Monday, January 31, 2011

JUMPA KAWAN LAMA


T bersama Aishah. Kami sekelas bersama di Sek. Men. Vokasional Sanggang Temerloh tahun 1995 - 1996. Kebetulan kami baru sampai di rumah dari KL & semasa nak mengambil beg di dalam kereta, ada kereta berhenti dan si pemandu memanggil nama T. Seketika T amati wajahnya & terus mengecam empunya diri. Kali terakhir kami berjumpa iaitu pada tahun 2002 di Hospital Mentakab. Masa tu masing-masing nak melahirkan anak. Selama setahun ni kami dok bertemu dalam handphone saja (sms). Dia ada hal nak berjumpa & berbincang dengan suami T tadi. Seronokkan perasaannya tatkala dapat bertemu walau seketika dengan kawan sekolah lama!

IKAN BAKAR BELLAMY



Lunch kat sini tadi. Kedai makan ni kat belakang Istana Negara. Orang makin ramai dan semakin ramai yang datang. Mujur kami sampai awal. 1st time datang makan kat sini. Tadi ambik Ikan Talapia & Ikan Pari Bakar. Sedap rasa ikannya! Harga pun berpatutan. Tak mahal mana pun. Boleh datang lagi & lagi! Hehe..

HUJAN


Kalau u ols perasan, setiap kali tiba perayaan CNY, masa tu akan tiba musim hujan. Begitulah jugak tahun ini. Em, hari semalam di sini hujan daripada pagi. Pagi ni pun hujan lagi. Anak-anak tak dapat mandi kolam. So tu depa tengah berendam dalam tab dalam bathroom saje.

TOILET


Ni dalam toilet kat lobi hotel. Tandas wangi & selesa kalau nak tunggu "turn". Hehe

DAH SUDAH



Kami baru sudah breakfast. Ni dok lepak kat lobi sat. Jap lagi nak masuk bilik sambung baca novel by Dr. Tuah, "Cinta Segi Lima. Chow!

Sunday, January 30, 2011

BANGSAR VILLAGE



Pusing-pusing area Bangsar before dinner tadi. Dah lama tak datang sini. Window Shopping sajer.. :-D

PELITA NASI KANDAR, BANGSAR





Hari ni breakfast & lunch kat sini. Makan tanpa sedikit pun rasa bersalah. Kari Ayam dia sangat "mari"! Pas dinner pulak singgah beli barang sikit di Guardian.. Then terus balik masuk bilik di Hotel Shah's Village..

SHAH'S VILLAGE, PJ



Balik dari beli tudung tadi, kami terus gerak ke hotel ni. Nk g MV mak ai! Jem punyer jem giler! Grrrr!! So malam ni tidur sini sebab esok B ada kes. Court kat sebelah hotel ni je. Tadi for lunch, B order je kat Cafe Gazebo. Then dok rehat dalam bilik saja. Rasa sakit dalam mulut. Nak start bengkak gusi dah...

TUDUNG DE SALMA


Shopping tudung jenis ni kat Jalan TAR tadi. Semuanya 20 helai. Nak pakai sendiri, bukan nak buat niaga tau! T selesa pakai tudung brand ni. Yang penting tudung bahagian depan labuh, menutup dada! :-D Tq my darling, belikan tudung-tudung ni untuk I!

GOOD HOPE ZAM-ZAM



Ok, dari Karnival Karangkraf, kami gerak tapau food @Restoran ZAM-ZAM. Baca dalam paper semalam tengok artikel pasal restoran Arab baru ni. Tapau Lamb Mandy, Chicken Mandy & air botol. Tapi tak leh lawan Nasi Arab @Al-Rawsha ah! Kemudian gerak cari bilik lak. B ambik bilik di Hotel Good Hope - Worldwide. Pas makan layan tengok bola. Yeah! Kelantan menang 2 - 0 ke atas Selangor. Syabas Kelantan. Khairul Fahmi & the Gang, Good Job boys!

KARNIVAL KARANGKRAF





Dari Sg. Besar kami terus gerak ke Shah Alam. T tahu ada Karnival Karangkraf melalui Kak Azueriena Halim. Adalah beli majalah untuk kids, novel-novel & buku -buku motivasi by Dr. Tuah Iskandar. Jumpa gak ngan my sil yang kerja kat sini. Sempat tegur & berbual dengan Dato Husamuddin Yaakub masa dok q beli makanan. Memang peramah & baik sangat orangnye. Cuma yang ralat tak dapat jumpa dengan Dr. Tuah Iskandar sebab dia ada kat situ dari pukul 10am - 1pm. Frust sangat ah!

MAJLIS RESEPSI KSWSK








Semalam g Majlis Resepsi Wawa Jamil & Mr. Khairin di Sg. Besar. 1st time sampai ke sini & lalu jugak di Kuala Selangor, Tg. Karang, Sabak Bernam & kampung budak "Sin Chan" iaitu Sekinchan. Hehe. Jumpa gak kawan FB Kak Azueriena & Co. & Kak Baayah & Co. Buat Wa tq di atas layanan. Semoga Wa bahagia hidup bersama suami tercinta, Mr. Khairin. Semoga jodoh kalian kekal hingga ke akhir nyawa. Amin.

Thursday, January 27, 2011

SUHANA, YOU MAKE MY DAY!




Tengah bersiap nak kluar rumah g sekolah ambik kids tadi, van Pos Laju datang ke rumah. T memang tertunggukan parcel ni. Hehe? Apa isi di dalam? Oh! Pes Laksa Sarawak. T order dengan kawan T. Dapat tahu dia dok kat sana & tanpa segan-silu T order pes ni dengan dia. T kenal si dia, Suhana melalui FB. Last Friday T order & hari ni dah selamat sampai pun. Pertama & terakhir kali T masak menu ni tak silap 5 tahun lepas. Kawan T beri pes ni selepas dia balik bercuti dari Sarawak. Makan kat Laksa Shack tak bestla. Tak berapa "mari". Makan kat Secret Recipe Temerloh ni pulak sampai termuntah cirit T. Banyak kilo boh Mr. Ajinomoto agaknya. Kemuncak yang tak tahan sangat bila tengok program Warung Kita. Si Angah Raja Lawak dok pulun makan Laksa Sarawak dalam 2 minggu lepas. T telan je air liur melihatnya. So sebab mengidam sangat, T dok cari mana-mana kawan yang boleh tolong T belikan pes ni. Nak g terbang ke sana tak cukup budget lagi. Hehe! So Ana, tqvm my dear! You make my day ah! (Tq Ana, siap bagi FM & T-Shirt untuk my kids. Suke!)

Wednesday, January 26, 2011

BALIK DARI GYM TADI...






Balik dari gym tadi, terus buat ni. Roti Burger + Scramble Eggs + Nescafe Panas (sebelum g gym stiap pagi makan Cornflakes + Susu HL Marigold aje) Belah petang pas settle hantar anak-anak g ngaji, layan tengok The Biggest Loser 8 @702. Untuk dinner, t buat lagi Sambal Ikan Bilis Kering. Anak-anak lak nak makan Nasi Ayam. Beli je kat kedai. B lak g KL. Lepas tengok Tiramisu & America's Next Top Model, g kedai ambek baju-baju yang telah siap dijahit. Dok berulang test pakai tadi. Semua sedap di badan T yang agak "langsing" ni! HuaHuaHua.. Ni tengah layan Samson & Delaila @TV3. Baru episode ke 2 malam ni.

Tuesday, January 25, 2011

BEKAS CIKGU SAYA NI..



Muka dia ada iras Mat Over ni.. Tapi versi lebih manis dan lagi handsome.. Al-Fatihah.. Semoga roh-roh mereka tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin Ya Rabbal Alamin.


http://www.hmetro.com.my/articles/3mautnahas4kenderaan/Article

Monday, January 24, 2011

PALING MALAS




Ha! Jangan tak tahu! Kain semak menimbun gini pun boleh buat bahan T dok cite kat blog hari ni. Siap upload gak kat FB tadi. Siot je eh? Benda remeh/biasa gini pun sebok nak jaja citekan? Hish! Tak paham ah! Tapi dalam banyak keje rumah, yang nilah paling malas aka liat nak buat. Nak start tu. Kalu dah mula ok jer. Tadi g ngaji anak dara T pakai baju baru tau! Skang dia suka koleksi baju Ana Muslim. Sweet je tengok budak-budak pakai baju jenis gini. Tak semestinya pakai Baju Kurung je nak g ngajikan? Em.. Untuk dinner T tonite, T buat Sambal Ikan Bilis Kering. Hubby & kids cari makanan di Pasar Malam. Tak larat nak masak ah. Kepala pening kena panas tengah hari tadi. T ni "Puteri Lilin" sejak kecik lagi. Tak leh kena panas. Sure teros sakit kepala. Auch!

Sunday, January 23, 2011

AHAD SAYA






Hari Ahad macam biasa. Kluar pukul 11 pagi & terus breakfast. Makan kat kedai semalam. Kedai orang Kelate dekat Masjid Abu Bakar Temerloh. Tapau terus lauk untuk lunch di rumah. Balik rumah masak nasi saja. Pas makan g beli baju uniform kids untuk dipakai setiap hari Rabu. Adib Kadet Remaja & Nur Puteri Islam. Then singgah Pustaka Saujana beli barang sikit nak kirim untuk kawan T yang dok kat Singapore tu. Kluar dari kedai tu, tapau Cendol Pulut + Pisang Goreng lak. Sementara tu Hubby dok cari buku kat kedai sebelah. Ni tengah baring-baring menonton The Robot. Pelakonnya Rajinikanth & Aishwarya Rai. Fun!

Saturday, January 22, 2011

FETTUCCINE CARBONARA








Dinner malam tadi B beli di Tawan. Jugak B beli Kuih Akok di Kelfood. Td kluar brunch dengan Hubby sebab anak-anak bersekolah ganti untuk CNY nanti. Depa dah start cuti 31.1 nanti. So untuk CNY depa cuti selama seminggu. Suka ah! Pas tapau nasi untuk depa, g amek Nur kat sekolah. Sementara menunggukan Adib, singgah Teluk Ria beli barang dapur sikit. Kemudian ambik Adib & terus balik ke rumah. Lepak santai di rumah sambil tengok tv, layan lappy. Tea time T masak Fettuccine Carbonara. Sekarang teringin pulak nak makan Laksa Sarawak. Dah tempah dengan kawan di Sarawak untuk belikan pesnya. Dah tak sabar ah!