Monday, February 28, 2011

KITA IBARAT KAPAL



Setiap kali ada Pasar Malam, Hubby mesti belikan ini. Dia tahu sangat selera T. Tq B. Entry kali ni nak berkongsi kata-kata hikmah ini dengan korang. Kita Ibarat Kapal...

CUKUPLAH NI...



Balik dari jog tadi, makan ini, Omelette + Hot Milo. Layan Amazing Race Asia then mandi. Pas mandi layan Full House sambil masak Kari Ayam. Kelakar ah cite ni. Tapi baru hari ni aku start tengok. Dah episod ke 21 pun. Then masa bersiap keluar nak pergi sekolah ambik kids, Hubby call & kata biar dia ambik anak-anak. Bagos ah! Ni baru pas goreng Telur Dadar. Cukuplah ini for lunch. Syukur Alhamdulillah.

Saturday, February 26, 2011

GOODIE BAGS



Tadi my Hubby sorang je g kenduri kawen. Adik kawan Hubby yang kawen @Restoran Sri Puncak, Temerloh. Me & kids x pegi sebab kena "cerry berry". Tapi Alhamdulillah. Skang dah ok pun. Tadi sambil layan Raja Lawak 5 dok minum Air Koktail ni. Terasa segar anak tekak pas pkena air ni. Yum!

CHERRY BERRY

Semalam lunch kat kedai yang biasa T makan ni (depan Pasaraya Sakan Temerloh). Sebelah malam, makan Nasi Arab yang Hubby beli di Restoran Al-Amin Food Corner, Greenwood, Gombak. Kesudahannya, tengah malam tadi, T & my kids dok berulang ke tandas. Bukan sebab makan Nasi Arab tapi makan Gulai Tempoyak Ikan Patin. Sebelum ni makan ok je. Fuh! Tobat! Pas ni aku tak makan kat kedai ni dah! Never!

Thursday, February 24, 2011

SHIMA ZAHAR


Sahabat saya, Shima Zahar, http://shimazahar.blogspot.com tengah sakit & warded kat hospital sekarang. Tolong doakan sahabat saya ini cepat sembuh & kembali sihat seperti biasa. Ya Allah, lindungi & rahmatilah sahabatku ini. Kepada-Mu aku meminta & memohon belas Ya Allah!

Wednesday, February 23, 2011

FISH FILLET



Makan ikan ni 4 dinner 2nite. Tambah Hot Sauce Nando's sikit. Alhamdulillah.

COMEL



T suka beli barang dapo @sini. Banyak pilihan, harga pun murah. Tadi tengah dok cari barang, jumpa tisu ni. Suka cover design gini. Terus ambik. Comel!

BIARKAN BUNGA BERKEMBANG...



Last week Bunga Teratai ni cuma kembang sekuntum. Ni dah kembang sepenuhnya kat dalam tasik tempat T jog selama seminggu ni. Entry kali ni khas didedikasikan buat 2 orang sahabat T tersayang, Emy & Aimi. Jadi macam bunga ni. Memang ambik masa nak mengembang. Tapi tengok, setelah dia kembang, jadi pujian & dapat kagumkan orang lain. Biar datang hujan ribut, berpanas bagai. Tapi dia tetap kembang dengan besar & gah. Cabaran yang datang telan & tempohilah dengan gagah. Bak sekuntum Bunga Teratai. Jangan layu di tasik madu. B strong ok? Ini pun nasihat buat diri sendiri jugak. Tak terkecuali dibebankan dengan masalah. Itulah yang dinamakan kehidupan. Sayang korang. Jangan sedih-sedih ok? Meh sini meh, T aka Ruzi nak pelok cium. Muah! Muah!

Tuesday, February 22, 2011

REZEKI @RIZKI





Dh lm x mkn @ sini, Rest Rizki Tomyam @Mentakab. Td kami order Ikn Siakap Black Pepper, Ikn Talapia Bakar, Tomyam Campur, Nasi & air buah. Alhamdulillah. Rezeki kami 2nite.

Monday, February 21, 2011

PASAR MALAM


Setiap kali ada Pasar Malam kat perumahan T ni, Mr. Hubby tak lupa belikan ini untuk T. T jarang g Pasar Malam kat sini. Boleh kira dengan jari je berapa kali g Pasar Malam. Jugak B mesti belikan Kebab Daging. Hari ni T tertarik tengok plastik panjang gini. Dia letak air Coconut Shake jugak Potato + Mayo + Sos Cili ni. Terus ambik hp ambik gambar! Poyo ah!

NASI ARAB

Untuk kali kedua merasa makan Nasi Arab @Restoran Al-Amin Corner, Greenwood, Gombak. Kali pertama g makan last week. Mr. Hubby belanja Ma, Abah, family Abang Yus & jugak adik-adik, Nizam + wife & Eidi. Makanan tak menghampakan. Memang tak boleh lawan Restoran Al-Rawsha kat Ampang tulah. Tapi rasanya lagi sedap dari Restoran Zam-Zam @Shah Alam. Mr. Hubby beli set untuk 3 orang makan hari ni. Ada Lamb & Chicken. Jugak Air Botol perisa Apple & Rasberry. Makan dalam pukul 6.30 petang tadi. Lepas ambik anak-anak kat sekolah. Ada latihan sukan. Eh! Tu ada Nasi Himpit + Rendang Ayamkan? Kakak T yang bagi. Pulangkan bekas yang T bagi Laksa sarawak baru-baru ni. Dok makan tu ngan my kids untuk lunch tadi. Yum!

Saturday, February 19, 2011

LAGI-LAGI JOG







Hari ni hari Sabtu. So ramai orang g jog tadi. Anak-anak ada program Merentas Desa hari ni. So T g jog pas hantar depa ke sekolah. Dalam pukul 7.45 pagi tadi, matahari dah mula memancar terik. KKM ada buat program Senam Aerobik kat bahagian depan padang tu. T & kawan g jog sampai tembus ke Tasik Bandar. Sama macam semalam. Badan rasa ringan sikit & paling seronok dapat hirup udara segar. Esok rehat kat rumah aje. Kita sambung jog hari Isnin nanti ye? :-D

Friday, February 18, 2011

JOM JOG!





Hari ni masuk hari ke tiga T g jog dengan seorang kawan @Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh. Start 7.30 am & pukul 9.00 am dah balik ke rumah. T tak pergi ke gym dah. Try cara ni pulak. Sakit betis ni, ada sesape bleh tolong urut tak? :-p

Thursday, February 17, 2011

NENEK SAYA


Assalamualaikum...

Nenek T, Pn. Hajah Saripah Bt. Haji Awang telah meninggal dunia pada 130211 jam 6.00 petang. Tak sempat bertemunya buat kali yang terakhir. Jumpa jenazahnya sahaja yang telah terbujur kaku. Nenek meninggal kerana sakit tua. Umurnya 78 tahun. Dia meninggal di rumah Mak Su di Klang dan dikebumikan di rumah Ayah Ngah di Beranang. T juga sempat menolong memandikan jenazah Nenek. Itulah pengalaman pertama T memandikan jenazah. Kalau nak diikutkan T ni seorang yang lemah semangat. Tapi T kuatkan diri dan mahu berbakti buat kali terakhir untuk Nenek T. Alhamdulillah. Proses pengkebumian pada 140211 berjalan dengan lancar. T cuma dapat sedekahkan bacaan Al-Fatihah dan Yaasin mengiringi pemergian Nenek tersayang. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Tak lupa Terima Kasih di atas doa kawan-kawan semua.



Ayah Ngah yang sedang memeluk T..


Saturday, February 12, 2011

SPAGHETTI GORENG



Untuk minum petang, masak Spaghetti Goreng. Lunch tadi pulak lepas g salun gunting rambut me & the kids, tapau food @Ayamas & KFC. Sarapan tadi? Oh, makan Roti Canai Sardin aje dekat rumah sambil tengok Damping Malam. Ada part-part yang terkejut tu. Hehe, takot!

Friday, February 11, 2011

BUAH TANGAN




Suka hati! Dapat FM sebagai hadiah! Zu! Tqvm! Selalu ingat ke Kak T! :-D Disebabkan FM dekat peti dah penuh, so T simpan dulu dalam sebuah bekas. Ingat nak beli board & tampal semua koleksi FM kat dapur. Bila nak buat entahlah ye? Suka sangat tangguh-tangguhkan sesuatu kerja. Em, malam tadi dinner makan Pizza Hut saja. Dok layan Lost6 episode kedua @701. 1st episode last Wednesday. Nasib baik tengok tv hari Rabu tu & tengok ada Lost6. Season Finale. T ikuti cerita ni sejak 1st season lagi. Sambil tengok tv sambil tersenyum-senyum. Suke!

Wednesday, February 09, 2011

LAKSA SARAWAK



Suhana, Kak T dah berjaya masak Laksa Sarawak hari ini. Kak T guna pes yang warna Hijau (Cap Burung Bayan) tu dulu. Bagi jugak untuk family Kak Long Kak T yang rumahnya sebaris dengan rumah Kak T ni. Esok-esok nak buat untuk kawan-kawan kat office Hubby Kak T pulak. Sikit banyak boleh bagi rasa jugak kat diaorang. Mr. Hubby dah makan masa lunch tadi. Dia kata sedap. Anak-anak nak makan petang ni balik dari latihan sukan kat sekolah nanti. Tak tahulah kena dengan selera depa tak nanti. Once again, tq Suhana!

Tuesday, February 08, 2011

ADIK DATANG


Adik lelaki T datang dari KL. Tidur rumah T malam ni. T masak lauk kegemarannya Gulai Tempoyak Ikan Patin, Ayam Goreng Rempah, Ikan Selar Kuning Goreng, Ulam Timun + Kacang Panjang, Budu & Air Fresh Orange. Syukur Alhamdulillah.

Monday, February 07, 2011

HUBBY BARU BALIK


Mr. Hubby baru balik dari Kuantan. Dia belikan ini for me & anak-anak. Tapi anak-anak dah tido dah. Baru ngap 3 biji. Tak mau makan dah. Nak masok tido pulak. Good night. Sleep tight.

XOXO


Dapat wallet ni. From US With Love. Suka! Tqvm my dear :-D

BALIK TEMERLOH




060211, Gerak balik ke Temerloh pada pukul 9 pagi & sampai di rumah pukul 4 petang. Adalah jem sikit kat 2, 3 tempat. Alhamdulillah. Selamat sampai ke rumah. Balik rumah layan makan jajan ni. Tadi timbang berat naek 2kg. Bagos! Syabas Wati! Hari ni rehat @rumah saja. Esok baru start g gym semula.

MAJLIS BERSANDING















050211, Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar & meriah. Mujur tak hujan. Syukur Alhamdulillah. Biarlah badan penat. Bukan selalu & asal majlis berjalan lancar, letih penat ditolak ketepi! Semangat Gelombang Merah! Apa yang penting? KERJASAMA!