Sunday, March 27, 2011

MINI GATHERING-SMVT

Assalamualaikum.... Hari ni ada perjumpaan kecil-kecilan bekas pelajar Sekolah Menengah Vokasional Sanggang di Esplanade Temerloh. T jadi salah seorang admin group sekolah kami di Facebook. Nak dijadikan cerita, T cuba mengelak daripada menghadirkan diri ke perjumpaan kali ini. Juga perjumpaan sebelum ini yang diaturkan atas usaha bersama Nonie Zulkifli dan Suffian Abdul Rahman. T malu sebenarnya nak bertemu bekas kawan sekolah. Segan. T tak seberjaya mereka. T pergi tadi pun last minute dah. Nonie puas dok pujuk T dari semalam lagi. Jugak hari ini. Tapi selepas membaca artikel Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj di dalam majalah Mingguan Wanita bil 1418 petang tadi, T terus merubah fikiran dan bersiap-siap ke tempat yang dijanjikan semua. Kata-kata Dr. Tuah adalah "Biarlah buruk asal bahagia - Hidup bukan masalah miskin-kaya, cantik-buruk, yang penting apakah baik ataupun jahat. Kalau baik biar diri tidak dihiasi permata, dia tetap senang ditatap, tetapi kalau jahat biar penuh permata serata badan, hati yang buruk akan tetap kelihatan" Ya Allah! Betapa T merendahkan diri selama ini. Bencikan diri sendiri sebab T bukan sesiapa jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan T yang lain. Hal inilah yang T fikirkan setiap kali jika T online di Facebook. Melihat kejayaan yang dimiliki oleh kawan-kawan sedangkan T bersekolah sama dengan mereka dahulu. T tak boleh berasa cemburu dengan kejayaan mereka semua. Memang tak patut T berfikiran sedemikian. Mereka telah berusaha dan pulangannya mereka kecapi hari ini. Doakan T semoga T kuat menempuhi kehidupan mendatang dan sentiasa berfikiran positif. T mahu gembira dan bahagia mengikut acuan hidup T. Sama-sama kita kecapinya mengikut haluan hidup masing-masing. Insya Allah. T bahagia dan tumpang gembira dengan kejayaan mereka semua. Allah dah tentukan rezeki masing-masing. Tinggal usaha diri sendiri untuk hidup bahagia ataupun derita. Insya Allah. Think positive Wati! Bersyukurlah dengan apa yang sudah engkau kecapi selama ini. Ya Allah! Betapa tidak bersyukurnya aku... Gambar kenang-kenangan kawan-kawan T yang menghadirkan diri di perjumpaan tadi. Sebenarnya mereka tak sentuh langsung pun tentang status T sebagai "suri rumah". Berborak hal-hal sekolah dulu dan gelak-gelak saja. T sedikit pun tidak berasa malu apabila berhadapan dengan mereka semua tadi. Cuma T yang berfikiran kolot. T malu tak pandai membawa diri dengan mereka semua. Tapi Alhamdulillah. Merekalah kawan-kawan yang boleh T harapkan. Terima kasih korang! Bersama Nonie Zulkifli, Thita Zikron Mohd Amin dan Maizurawati Abd Mubin. Sedang molek dapat bergambar sekejap di hadapan tulisan TEMERLOH ini, hujan turun dengan lebatnya dan T cadangkan kami duduk makan dan minum dekat sebuah kedai makan kat area Esplanade Temerloh ni. D' Santhai kepunyaan kawan suami T. Banyak cerita nak diperbualkan.. Hehe..

Bersama Feary Syed Idris, Thita Zikron Mohd Amin dan Nonie Zulkifli. Maizurawati Abd Mubin ada hal dan terpaksa balik awal setelah bertemu sekejap tadi.





Kami berjumpa sekejap sahaja tadi. Dalam pukul 5.00 petang hingga pukul 7.00 malam. Harap korang semua tak serik nak berjumpa T ye?. Dan semoga kita boleh bertemu lagi. Di lain masa. Di lain ketika. Insya Allah. Kenangan zaman persekolahan yang manis terimbau kembali. Malam ni T pasti tidur sambil tersenyum. :-D Selamat Malam. Sayang kamu semua ketat-ketat!

Friday, March 25, 2011

BOLEH KELUAR






Cerita hari ini. Pagi ni T, Mr. Hubby & Ma bersarapan bersama di Taman Seri Semantan. T & Ma order Nasi Kerabu manakala Mr. Hubby order Nasi Dagang. Lepas tu T & Ma terus balik ke Kuala Krau sebab nak mengambil barang yang tertinggal di sana. Juga singgah di rumah kawan Ma yang order Tapai Ubi Kayu semalam. Kemudian kami terus gerak balik ke Temerloh. Ambil my kids di sekolah & pergi ke Hoshas untuk menjemput Abah yang sudah boleh keluar. Alhamdulillah. Kesihatannya bertambah pulih. Berkat doa Family & Friends. Terima Kasih banyak-banyak kepada yang sudi mendoakan. Adik T balik dari KL & bawa balik Ma & Abah ke Kuala Krau. Tengah hari tadi T tak makan & for Tea Time cuma buat air Teh 'O' + Kuih Apam Kukus yang diberikan oleh kawan Ma T masa kami ke rumah mereka semalam. Siapa kawan Ma tu? Oh! Uncle Sarjan Ramli & Auntie Mah. Dia jugak beri Kuih Cucur Badak frozen untuk T. Sangat baik & peramah melayan kami berdua. Merekalah orang pertama yang datang melawat Abah di Hoshas. Memang mereka sudah berkawan lama. Semenjak T dari kecil lagi. Malah T pun sama bersekolah dengan anak mereka yang sebaya umur dengan T. Baru semalam berjumpa dengan kawan T tu di Facebook. Sangat mengujakan berjumpa kawan lama & melihat dia berjaya di dalam kehidupannya kini. Alhamdulillah. T berasa sungguh bertuah apabila dikelilingi oleh Family & Friends yang berjaya di dalam kerjaya & hidup mereka. Memandangkan "level" T setakat ini sahaja, T tumpang gembira berada bersama kelompok kalian! Sangat berasa gembira. Berjaya, bergaya di dalam kerjaya masing-masing. Syukur, Allah dah tentukan rezeki masing-masing. Untuk hidup lebih senang, kenalah berusaha lebih. Kan? Sekarang T sedang berbaring-baringan sambil menonton The Biggest Loser Australia 3. Kadang-kadang menontonnya sampai mengalirkan air mata. Masakan tidak, T pun tergolong di dalamnya. Sama obes seperti mereka. Tak sabar nak melihat perubahan mereka semua nanti. T suka personaliti Sean, John & Micheal. Go for it! Shannan, good job bro! (dahla hensem, baek lak tu. so sweet). LaLaLaLaLa...

ABAH












Ini cerita semalam (240311). T bawa balik Ma ke Kuala Krau dari Hoshas tadi pas hantar anak-anak g sekolah. Ma nak balik ke rumah sebab nak ambil Tapai Ubi Kayu yang kawannya order. Jugak nak berkemas rumah sebab kelam-kabut dok tinggal rumah sebab rushing nak ke Hoshas semalam. Sebelum tu kami singgah makan di sebuah kedai di tepi landasan keretapi dekat area rumah. Pekena Nasi Lemak & Teh 'O'. Settle kemas rumah & siapkan beg pakaian nak dibawa ke Temerloh semula, Ma jamu T minum Teh Panas & Karipap. Then terus g rumah kawan Ma hantarkan Tapai. Kemudian gerak balik ke Temerloh. Ambil anak-anak dari sekolah mereka & balik ke rumah. Siap lunch, hantar my kids g Kelas Q-fa pulak. Pas tu balik ke rumah, berehat sejam dua & ke Hoshas pula selepas Mr. Hubby mengambil anak-anak dari Kelas Q-fa. Abah dah okey sikit hari ini. Kencing Manis daripada tak ada nombor menurun ke 4.2 & BP 130/70. Alhamdulillah. Ada dalam sejam di sana, kami pun beransur balik. Abah cakap malam ni tak payah jaga dia. Dia dah sihat. Kami pulak terus g dinner. Ajak sekali Kak Long & anak-anaknya join dinner bersama kami. Lepas dinner balik ke rumah & settlekan hal anak-anak nak sekolah besok. Malam ni masuk tidur awal tapi tak lenalah. Kena mintak Mr. Hubby dodoikan dulu kot baru boleh tido lena? :-p

Wednesday, March 23, 2011

ABAH WARDED


Assalamualaikum...

Tadi dapat call dari Ma, cakap Abah warded kat Hospital Temerloh. T dan Hubby dah pergi tengok. Diabetes sampai tak ada nombor, high blood dan jugak sebelah jantungnya bengkak. Abah, Abah... Malam ni T nak jaga. Tapi Ma cakap biarlah dia jaga dulu dan T akan jaga Abah malam esok. Family & Friends, doakan Abah T cepat sembuh ye? Terima Kasih.

BILA DIRI DISAYANGI

Assalamualaikum

Pagi ini, 200311 bersarapan di rumah emak Biras, Pn. Hajah Zainab yang berdekatan dengan rumah Biras T. Tq banyak-banyak Mak Nabku sayang!



Kemudian kami terus gerak ke Selayang. Biras dan Abang Ipar dok berajak kami semua g makan tengahari. Ni anak bujang dan anak dara dia, Din dan Aisyah, sediakan Air Jus Mango special buat kami. Yum.. Sedap! Tq Din! Tq Aisyah!
Menu for lunch Ayam Goreng, Ikan Kembung Goreng, Sup Gear Box, Udang dan Sotong Celup Tepung, Sup Sayur dan Air Lada. Tq so much tuan rumah! Kenyang kami semua dijamunya! Alhamdulillah....



Okey. Cerita jalan-jalan berakhir di sini. Ini adalah Kek Moist Choclate dan Pau Kacang pemberian Biras T di Selayang. Tq banyak-banyak Kak Ma. Rasa Kek dan Pau sangat sedap. Tuhan saja yang tahu! :-D

Ini pulak buah tangan daripada pasangan mempelai. Tq Remy :-D



Ini pulak pemberian Emak Biras, Mak Nab. Terima Kasih Mak Nab :-D Fridge Magnet tu dia beli masa dia ke US baru-baru ini.



Okey. Yang ini pulak souvenir daripada my SIL yang baru pulang bercuti dari Sabah. Tq so much Na! :-D



Yang ini tak lain tak bukan, buah tangan daripada Abang Ipar yang datang dari Kelantan. Terima Kasih Abang Mi :-D



Yang ini. Yang ini pulak pemberian Biras T. Dia dapat apron banyak coz dia ada tender kantin di sekolah. So dia dapat benda ni banyak. Dia dok bahagi-bahagikan buat kami yang gegirl ni. Supaya rajin-rajin memasak macam dia. Ha! Gitulah.. Hehe.. Tq Kin :-D



Okey. Cerita jalan-jalan sudah habis. Tamat di sini. Terima Kasih banyak-banyak kerana menyayangi diri ini. Seadanya saya. Saya sayang kalian juga! Muah!

HAPPY BIRTHDAY PIA!

Assalamualaikum..

Balik ke rumah Biras di Sg. Rambai, kami sambut birthday si kecik comel ni... Sofea aka Pia! Pia dah setahun! Yes! Pia dah pandai potong kek.. Pia adalah anak kepada my SIL yang duduk kat Subang.




Dinner kami



Sebelah malam dok berborak-borak dengan family mertua. Macam-macam yang dibualkan. Bila pulak nak berkumpul ramai-ramai gini....

KLUANG & AYER HITAM


Assalamualaikum..

Okey. Gerak balik dari rumah sewa di Kluang, T dan Mr. Hubby ke sini pulak. Memang mengidam dah lama punya mengidam nak makan-minum di sini. Terima Kasih buat Zana Nordin dan suaminya sebab bagitahu jalan macam mana nak ke Kluang Rail Coffee ni. Cuma tak ada rezeki nak berjumpa Zana. Insya Allah. Lain kali kita plan ye Zana?

Kat sini T sempat beli Kopi dan Kaya buat diri sendiri jugak buat Mak Mertua dan family Abang-Abang dan Adik Ipar. Sempat merasa Air Kopinya. Memang "KAW HABIS!" Tak dilupakan, tapau Roti Bakarnya jugak.. Sedap, Sedap, Sedap! Tapi mesti lagi sedap kalau dok makan-minum kat sini tanpa menapau. Lagi fresh dan panas!



Mr. Hubby satu dan untuk I satu..


Roti Bakar Bulat dan Roti Bakar Keping... Yummylicious!



Orait. Orait. Orait. Kami gerak ke Ayer Hitam pulak. Mula-mula tak ada niat nak membeli. Cuma nak temankan Biras nak shopping. Tapi T betul-betul dah tergoda dengan satu benda ni. Apa dia?





TADAAAAAAAA..... Inilah dia.. Cantikkan? T suka. Daripada harga yang diletak RM143 something dia bagi RM85. Bolehlah tu kot?



Belikan ini pulak untuk Mak Biras T yang duduk di Sg. Rambai.


KENDURI MENYAMBUT MENANTU


Assalamualaikum...

Tujuan sebenar kami ke Melaka ialah nak menghadiri Majlis Menyambut Menantu. Adik Ipar T berkahwin dengan orang Kluang pada 040211, so hari ini, 190311, pihak kami menghantarnya ke sana pula. Lagi gambar sekitar majlis ini ada di sini, silakan click http://thestyloworks.blogspot.com/2011/03/remy-ieqa-19-mac-2011-kluangjohor.html

Cantik-cantik gambar yang diambil. Mak teruja sama. Kalaulah dapat jadik model. Boleh posing-posing gini. Gagaga.....

Sebelum turun ke Kluang, kami bersarapan Nasi Lemak 50 Sen dahulu. Dah kenyang baru gerak ke Kluang. Jarak Sg. Rambai ke Kluang mengambil masa 2 jam 30 minit. Sebahagian ahli keluarga mertua sudah berada di rumah yang disewa oleh suami my SIL di sana. Kami berconvoi 3 kereta menunggukan Abang Ipar dan Adik Ipar yang datang dari Kuala Lumpur.


Rombongan kami...




Masa ni awan dah gelap. Sedang molek orang habis bersilat bagai, kami masuk ke khemah makan dan hujan turun dengan selebat-lebatnya. Alhamdulillah. Rezeki tu.




Selamat Menjamu Selera



Meja T dan family... Rasa makanan superb beb! Sedaps! (Penambahan huruf 's' itu mahu menunjukkan yang rasa makanan ini semua adalah sangat sedap). Hehe.



Pengantin sedang bersantap



Sessi membelah-belah kek setinggi 3 tingkat itu.. Hehe...



Alhamdulillah, telah selamat semuanya... Terima Kasih Orang-Orang Kluang! Remy, Kakak.. Selamat melayari alam berumahtangga. Moga kekal bahagia untuk selama-lamanya. Kakak Iparmu mendoakan. Amin.