Friday, April 29, 2011

MY ABAH





Abah masuk hospital lagi tengah hari semalam. Petang semalam dah g melawat. Kencing Manis dan High Blood jugak. Abah... Abah... Pagi tadi breakfast Roti Canai Banjir dengan Ma. Kemudian T temankan Abah dalam 2 jam gitu. Lepas tu T g Farmasi Al-Syifa. Cari Susu & gula tiruan, Ever Sweet untuk Abah. Pergi The Store & KS Walk nak cari minyak Jagung Daisy, Marjerin Soft Daisy & Beras Perang Eco Brown tapi tak ada. Pergi Tunas Manja baru ada barang-barang tu. Beli untuk Abah. Kena lebih jaga kesihatan. Pakar Diet dah bagi ceramah kat Abah tadi. Hem! Hopefully Abah boleh pantang makan, bukan pantang nampak makanan! Ces! Pandai nak nasihat orang. Tukang punya blog pun kena diet gak arrr. Jangan makan ikut belasah sedap jer, kan? Hehe...

MY KIDS








Tadi lunch di Tunas Manja. Sebelum tu cari barang sikit. Gambar Adib & Nur kat rumah tu ambik semalam. Sebelum depa g Kelas Q-Fa. Malam kelmarin T masak Daging Hitam Manis + Ikan Patin Goreng. Favourite my kids. Tasbih & Kain Merah Putih tu kawan Hubby bagi masa dia balik dari Umrah. Tea tu pulak client Hubby yang kerja di Arzabaijan yang bagi. Orang memberi, kita merasa. Terima kasih daun keladi.

Tuesday, April 26, 2011

MACAM-MACAM!






Lepas hantar anak-anak ke sekolah, T g jogging @Taman Awam Kubang Gajah dengan my buddy, Kak Yah. Then kami janji nak kluar jalan-jalan selepas itu. Balik rumah, mandi & bersiap keluar ke Temerloh. Mula-mula kami ke The Store. Jumpa sehelai baju, rasa berkenan & terus bayar di kaunter. Lepas tu kami singgah lunch @Restoran Ima. Masuk First Lady sekejap & ke Butik Rosmat kemudiannya. Dah lama tak jumpa Kak Rose. Dia suruh try baju daripada Butik Mama. Dah try. Tapi semua baju dok melekat kat badan. Sah-sah Mr. Hubby tak bagi pakai baju cam gitu. Tahu dress tu berlengan panjang & labuh tapi bila ia melekat di badan walau bertudung, awal-awal lagi T katakan NO! Dia ajak pergi di satu lagi kedainya. Dress tu semua memang cantik but not for me. Orang yang kurus baru sesuai pakai. Orang badan berisi macam T memang tak sesuai langsung! Okey, habis menerai baju, kami singgah minum Air Tembikai @rKedai Kek Kak Yah. Cuaca panas betul & habis segelas air baru rasa lega sikit. Beli majalah Harmoni & Rapi 1 Mei jugak. Then kami singgah @opis Mr. Hubby sekejap. Masuk toilet! :-* kemudian, kami masuk ke Avon, cari barang sikit & tepat 1.10 petang, T ambik Nur @sekolah. Adib balik tak sama masa dengan Nur hari ni. Then balik rumah, tunggu Nur bersiap & hantar ke Kelas Q-Fa. Adib dari sekolah tadi terus ke tempat mengaji. Dekat jer jalan kaki. Balik ke rumah semula & barulah T dapat berehat barang sejam dua. Penat & mengantuk tapi tak tidur pun. Sebelah petang lepas ambik my kids dari Kelas Q-Fa, buat Roti Bersosej tu. Mr. Hubby pulak balik dari KL dia belikan Lamb Mandy, Chicken Mandy & Air Barbican. Kenyang. Makan macam-macam hari ni! Badan makin naik nanti sendiri tanggung, ok?

BORIA SKJB 2011

MESYUARAT PIBG SKJB

Assalamualaikum...

Sabtu lepas, 230411, T pergi menghadiri Mesyuarat PIBG di sekolah anak-anak di Sek. Keb. Jalan Bahagia, Temerloh. Selepas mendaftarkan diri pada pukul 8.00 pagi, T mula masuk ke dewan. Tak ramai lagi yang datang. Dalam setengah jam kemudian, dewan dah mula penuh dan majlis dimulai dengan ceramah motivasi oleh Ustaz Mohamad Danial. Dalam sejam ceramah gitu, kami menantikan pula ketibaan perasmi majlis. En. Saruchi bin Sawal, Pen. Pengarah Unit Perhubungan, JPNP merasmikan majlis pada hari tersebut.




Bacaan doa dibaca oleh Ustaz Fadhil


Ucapan dari YDP PIBG, Immerus bin Mahmud


Ucapan oleh Tuan Pengetua SKJB, En. Ali bin Mohd Yusof, PPN




Ini pula perasmi majlis, En. Saruchi bin Sawal, AMP




Sebelum jamuan makan, kami dihiburkan oleh nyanyian Boria oleh Adib & The Gang. Hehe.. Tak sangka anak bujang I ni minat benda-benda gini.. Teringat zaman sekolah I dulu. Ada acara begini terutama Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, muka nilah yang naik atas pentas saban tahun dok buat persembahan.... Indahnya momen itu..





Sempat ambik gambar mereka.. Semua cute-mute ah!



I'm very proud of you my son..



Kami dijamu makan di sini.



Makan Nasi Lemak dan Air Teh 'O' di kantin sekolah.





Mesyuarat sedang berlangsung. Majlis berakhir kira-kira 1 tengahari.








T sertakan video Adib berboria di sini...


Monday, April 25, 2011

TUNAS MANJA








Tadi pergi TM lagik. Kali ni bersama Mr. Hubby & my kids. Mula-mula masuk kami terus g makan kat Food Court. Nasi Goreng Bodoh-Bodoh pun RM6 sepinggan. Makan semua ni tadi RM44. Emmm.. Nak makan sangatkan? Ha! Bayar jelah! Janganla nak buat bising kat sini pulak. Kan? Banyak songeh tau! Tu saja nak tunjuk kedai kat TM ni. Satu lot sewa RM3K. Tu 2 lot, meaning sebulan sewa RM6K. Kau mampu? Aku tak mampu. Hehe & no wonderlah harga makanan mahal. Tak boleh salahkan depa yang berniaga tu jugak. Tadi beli barang dapur sikit. Orang punya ramai tak putus-putus yang datang. Siap shopping terus balik rumah. Rumah dekat je ngan TM. No hal bila-bila masa boleh lepak soping sini. Kan aimi? :-D Tu bekas pink colour, free beli Air Yogurt. Nampak je bekas tu, terus I rembat tanpa berfikir walau sesaat. Now koleksi semakin bertambah!

JANGAN BOSAN YE?








What? Cerita pasal makan lagi? Tak de isu lain ker? Oh no, no, no! Hidup untuk makankan? Eh, bukan. Sudah tukar. Makan untuk hidup. Hehe. Poyo ah T ni! Kan? Tak pekan cite pasal makan-makan lagi? Boleh ye? Hehe... Satu petang 22.4.11, T goreng Sosej perisa Keju & Lada Hitam. Letak dalam roti & campur Sos Cili + Mayo. Lawan dengan Jus Oren. Buat satu sorang. Nur makan Roti dengan Telur Hancur. Kenyang dibawa hingga ke malam. Alhamdulillah. Semalam 24.4.11, g makan kat kedai Kak Long T. T order Mee Goreng + Kopi Ais. Terbaek! Sebelah malamnya pulak layan makan Nasi Kukus Ayam Madu. Beli dekat kawasan perumahan T. Makan panas-panas. Rasanya bolehla. Cuma dia tak letak Sambal. Kureng ah sikit. Hush! Makan nak sedap saje! Nak sedap masak sendirilah! Ini lagi mahu kondem-kondem, kan? Haish! Kamuuuu... Tadi pulak 25.4.11, bawa Adib bergunting rambut. For lunch pulak, hidangan yang simple saja, Kari Ayam Diet + Ulaman + Budu. Alhamdulillah. Tu saja nak tayang di antara koleksi awok yang ada unsur-unsur "pink colour"! Tak semestinye semua complete pink colour, ada sikit-sikit warnanya pun tak pe. Awok tetap like!

Sunday, April 24, 2011

AWOK LIKE PINK!






Sebelum ni aku memang gilakan warna MERAH. Apa-apa barang yang mahu dibeli, warna MERAH paling diutamakan. Tapi lately ni aku tergila-gilakan sangat dengan warna PINK! Apa-apa saja barang yang mahu aku beli, aku akan pastikan ianya berwarna PINK, PINK dan semuanya PINK! May be sebab pengaruh "Usop Wheelchair", "Kumpulan Jambu Maharaja Lawak", tengok koleksi kawanku, Sh Fateha Sy Idris yang obses dengan warna ni (aku bakal mengikuti jejak langkahnya nanti), tengok gambar barang-barang berwarna PINK, maka aku terus tergoda sama. Ni antara koleksiku yang terbaru. Barang-barang keperluan seharian yang dibeli di Tunas Manja, Cekak Rambut Nur yang dibeli secara online dengan Sayang Sara Bowtique (FB : Sara Russly) & Apron Avon. Koleksi pink colour yang paling aku sayang pula off courselah handbag Coach yang dibeli di US oleh Abang Birasku. Mintak tolong kirim beli dengan dia sebelum dia pulang ke Malaysia pada Mac lepas. Tq Darling merealisasikan permintaan isterimu ini. Itupun dengan syarat, hehe. Order handbag yang berharga setakat 200 Dollar sahaja. Tak boleh lebih daripada tu. 200 Dollar pun, 200 Dollarlah bang!. Janji dapat. At last merasa jugak aku pakai handbag Coach. LalalaLa...

Saturday, April 23, 2011

MY ABAH









Pagi semalam T balik Kuala Krau. Sebelum tu singgah bersarapan dulu di kedai berdekatan rumah. Tengokla my Abah. Poor him. Kurus sangat dia. Kalau boleh bagi, dah lama T bagi daging T yang berlebih berkilo-kilo ni kat dia. Tapi apakan daya. Memang tak boleh pun! Sihat dalam sakit beginilah keadaannya. Setiap hari T berdoa semoga dipanjangkan umur Ma & Abah. Semoga mereka dapat hidup lebih lama. Semoga T terus dapat berbakti kepada mereka berdua. Insya Allah. Kalau balik ke rumah ni, t suka perhatikan ikan-ikan di dalam kolam ni. Hilang rasa masalah dok tengok pergerakan mereka. Ralit rasanya! Itu menu Ayam Perap goreng, Ikan Selar Kuning Goreng & Masak Kicap, Ikan Gelama Jeruk, Ulam Timun Batang & Kacang Panjang & Buah Epal, Ma yang masak. T cuma menyediakan bahan-bahannya. Big Apples Donuts Mr. Hubby beli di Kuantan hari Selasa lepas. Teringin sangat nak makan donuts. Nak-nak yang ada perisa Kacang & Chocolate! Yang si Adib tu pulak, kami belikan dia sepasang kasut warna Hitam hari Rabu lepas. Dia nak pakai masa buat persembahan Boria di Mesyuarat PIBG di sekolahnya. Nanti T try uploadkan videonya di sini. 8-)