Thursday, May 19, 2011

SUDAH TUKAR

Assalamualaikum...

Sudah selamat menukar akaun yahoo ke gmail. Taklah rumit bagai disangka. So, tak kisahlah samada you alls nak melawat T di sini atau di wordpress. Mana satu antara dua pun tetap T sayang dan tetap T kunjungi sekiranya masa itu mengizinkan T berbuat demikian.

http://chakapchakap.wordpress.com

Sunday, May 08, 2011

PINDAH

Assalamualaikum...

Saya berpindah lagi. Nak tengok rumah baru saya, silalah tanpa segan-silu mengelik:

http://chakapchakap.wordpress.com

Sekian, Terima Kasih.

Friday, May 06, 2011

MELAKA - JB

Assalamualaikum

Okey, pagi ini 300411 setelah bersiap-siap dan daftar keluar bilik hotel, Hallmark Leisure, kami bersarapan bersama-sama sekitar jam 8.40 pagi.



Budget hotel, sekitar RM80 untuk satu malam. Tapi puas hati sebab barang-barang dalam bilik masih baru. Air pancuran dalam bilik air pun sangat selesa sebab ia berbentuk bulat lebar. Syok mak dok mandi.. Ngeeee.....




Kemudian kami singgah di Mc'D di Dataran Pahlawan. Tapau Family Breakfast Box Set B untuk dibuat bekal dalam perjalanan kami ke Johor Bahru. Harganya RM26 something. Dari Melaka pukul 9.14 dan kami sampai di JB dua jam selepas itu. Alhamdulillah. Hampir 3 tahun tak datang ke JB. Hari ini Alhamdulillah. Sampai jugak buat kesekian kalinya.




Kami terus ke Tune Hotel di Danga Bay untuk check-in bilik. Yup! Bilik dah booking untuk 2 malam seterusnya. Untuk satu malam harganya sekitar RM70 tak ditambah caj tax jugak towels dan alatan mandi. Dan kemudian kami ke ejen menjual tiket bas untuk ke Universal Studios Singapore esok hari. Harga tiket untuk dewasa sekitar RM53.00 dan untuk kanak-kanak sekitar RM25.00. Juga kami diberikan "white form" untuk diisi sebelum masuk ke Singapore. White form tu diberikan secara percuma sahaja.




Kami tak terus masuk bilik, kami terus pergi lunch sekitar pukul 1.00 tengahari di Restoran Singgah Selalu. Restoran yang wajib kami singgah sekiranya kami bercuti ke JB. Disarankan untuk kamu semua juga yang berhajat bercuti ke JB jika berkesempatan. Amat dialu-alukan. Untuk lunch ini kami dikenakan harga sekitar RM48.00.




Kemudian, kami terus gerak ke City Square pulak. Cari apa-apa yang patut. Dah dapat yang berkenan di hati, kami pun terus masuk ke bilik di Tune Hotel.




Standardlah bilik di Tune Hotel, kecil dan comel saja deconya. Simple dan murah. Cukuplah untuk kami rehat dan tidur selama 2 malam.






Okey, sekitar 6.30 petang, kami keluar ke The Zon, Stulang salah satu lagi tempat yang wajib kami kunjungi jika ke JB. Cari apa di sini? Adalah dapat 2,3 barang keperluan. Cukuplah tu. Kalau nak ikut hati, dengan tempat shopping tu sekali aku bawak balik.. Gagaga... Sengal ko!




Untuk dinner sekitar jam 9.00 malam, di port biasa kami, Restoran Zorro. Dekat je dengan The Zon. Dok makan Otak-Otak yang masih panas dan jugak pekena Mee Hoon Sup + Limau Nipis Suam. Untuk dinner kami dicaj sebanyak RM44. Sambil makan dok tengok rancangan Majalah 3 berkaitan isu Ikan Patin di Temerloh. Bangga mak tempat mak masuk tibi! Aha!





Balik ke bilik sekitar 10.3o malam, dok pulun isi "white form" dan terus sediakan pasport kami 3 beranak. Dan dalam pukul 11.30 malam dah mula masuk tidur. Night-Night!




Ini duit yang ditukar oleh Mr. Hubby tadi. 500 Dollars Singapore bersamaan dengan RM1014. Tak berhajat nak shopping di sana. Jalan-jalan cuci mata saja. Itu sudah memadai.



Thursday, May 05, 2011

TERENGGANU - MELAKA










Jumaat lepas, 290411, Adib ikut rombongan sekolahnya ke Terengganu manakala kami & dua orang staff Hubby ke Melaka. Seterusnya ke Johor Bahru & Universal Studios Singapore. Dari Temerloh pukul 4.00 petang & sampai di Alor Gajah pada pukul 8.00 malam. Kami terus dinner di Restoran Hajjah Mona Asam Pedas di Taman Kota Laksamana & kemudiannya terus masuk ke bilik kami di Hotel Hallmark yang terletak berdekatan dengan Jonker Walk. Dalam 10.30 malam dah masuk tidur. Penat & sangat-sangat mengantuk.