Sunday, July 31, 2011

BALIK KAMPUNG!

Assalamualaikum...

Apa khabar? T baru dapat bersiaran hari ini. Ini pun dah agak lewat masanya. Tak apalah, janji sempat berupdate, sudahlah iye? Tak best pulak rasanya kalau dibiarkan blog tak berisi dengan cerita-cerita terbaru. Amboi! Banyak ke cerita terbaru kali ni? Agak-agaklahkan.. Hehe...

28072011

T buat Nasi Goreng Cili Padi, Goreng Nuget Tempura Ayamas dan potong Buah Tembikai. Ini untuk lunch T dan anak-anak. Alhamdulillah.




29072011



Ini pulak menu yang menjadi lunch kami. Beli di kedai saja. Ada Ikan Patin Masak Tempoyak, Sambal Ikan Tilapia, Sayur Lemak Kuning Rebung dan Ulam Kacang Botol. Alhamdulillah.





30072011



Kami lunch di Restoran Ali di Mentakab. Masa pergi orang penuh tengah makan di dalam kedai. Tunggu dekat 5-10 minit dan dapat 1 meja ni. Mula-mula order 4 pinggan saja Nasi Beriyani Ayam. Last-last tak cukup. Ambik sepinggan lagi. Tapi T tak makan bertambahlah. Anak-anak yang nak menambah pun. Huih! Bukan main. Makan banyak budak-budak dua orang ni taw! Keluar dari restoran ni, kami ke The Store. Cari barang dapur sikit. Kemudian, tapaukan MC'D pulak untuk dibawa pulang. Untuk dimakan di rumah pulak. Alhamdulillah. Kenyang makan hari ini.




Balik ke rumah, T dok proses buat Puding Karamel untuk dibuat buah tangan ke Kuala Krau. Selepas usai Solat Asar, kami pun balik ke sana. Abang dan adik bongsu ada balik juga.




Ini pulak Kek Coklat Lembab yang dibuat oleh My SIL. Yummy! Sedap! Tq so much Kak Shikin!



Nur dan sepupunya, sama umur ni. Nur dan Alia.





Selepas Solat Maghrib berjemaah, kami dinner bersama-sama. Ada Ayam Masak Merah, Ikan Singgang, Sambal Ikan Bilis Kacang, Sayur Tempoyak Daun Kayu, Ulaman dan Budu. Makan bertambah ok, sebab ada budu tu. Budu Sedap nama dibotolnya. Haha.. Memaaaaaaaaang sedap!





31072011



Ma buatkan Nasi Lemak hari ni. Ada Rendang Tok yang dibuat oleh My SIL malam tadi. Makan tak ingat dirikah aku dibuatnya oleh menu ini pagi tadi? Hehehe.. Tak adalah.. Kita makan berpada-pada sahaja okes?








My Abah yang menjadi kesayangan... Abah menyambut ulang tahun kelahiran ke 63 pada 29072011 yang lepas. Selamat Hari Ulang Tahun Abah. Semoga terus diberkati Allah, panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan selalu. Amin Ya Rabbal Alamin.




Lunch untuk hari ini. Ada Rebung Masak Lemak Kuning, Rendang Tok, Sambal Udang Petai, Ulaman dan Budu Sedap. Budu tak boleh tinggal tu. Hehe...




Kami nak bertolak balik dah. Abang menghala balik ke KL manakala kami menghala balik ke Temerloh. Sayang anak-anak sedara Makcik ni. Alia, Ijai dan Amir. Raya nanti depa balik beraya di Taiping. Ah! Sedih tak dapat beraya bersama tahun ini bersama mereka.




Bersama wajah kesayangan hamba. Abang tersayang, Abang Yus.





Bawa balik Rendang Tok dan Ma berikan Serunding Ikan. T rebus Ketupat Nasi Nona dan makan ini petang tadi. Ini jugaklah yang menjadi dinner kami untuk hari ini. Alhamdulillah.





Alhamdulillah, tadi kami sekeluarga bersolat Isyak berjemaah di Masjid Taman Temerloh Jaya. Diteruskan dengan Solat Sunat Tarawikh 8 rakaat. Insya Allah. Ingat dan mahu mencuba tidak tinggal puasa jugak bertarawikh tahun ini. Jika diizinkan-Nya. Baby, sila beri kerjasama penuh ye? Ummi tak mahu ganti puasa lain kali dah. Tahun ni aje kalau boleh nak penuh berpuasa pun. Please baby, boleh tolong Ummi tak? Hehe...




Okey, mahu masuk tidur dulu. Esok mahu bangun sahur. Sudah siap masak Sup Ayam dan Nasi. Tinggal esok nak goreng Telur Dadar saja.




Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa. Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432H.




Tinggalkan kamu bersama kata-kata ini,




LOVE, LOVE, LOVE YOU!

Thursday, July 28, 2011

APA DAH JADI?

Assalamualaikum...

Agak lama tidak bersiaran. Apa dah jadi? Hish! Tak jadi apa-apa pun. Nothing serious. Cuma badan rasa tak sedap. Nak demam. Didatangkan bersama pakej batuk dan selsema. Memang rasa tak selesa dan akibatnya, blog tak hidup 2-3 hari ini. Hari ni rasa ok sikit dan kita sambung update cerita dan gambar ye?

25072011

Dulu-dulu pernah try buat Puding Karamel aka Puding Gula Hangus ni tapi tak menjadi. Alih-alih tengok kat blog kawan, Shima Zahar, http://shimazahar.blogspot.com/2011/07/walaupun-puding-caramel-aku-tak-gojess.html di mana resepi asal diperoleh dari sini, Nani Rostam, http://nanirostam.blogspot.com/2011/06/desas-desus.html So T try buat dan Alhamdulillah, menjadi. Walau rupanya taklah sevogue segojes yang dibuat oleh Shima Zahar mahu pun Imran anak Pn. Nani Rostam! Tapi rasanya amatlah sedap dan komen daripada Hubby dan my kids cakap, "Macam yang selalu kita beli di Pasar Ramadhan"!



T berpuasa ganti hari ini. Goreng Spageti Lemak Pedas lagi. Ada Buah Kurma dan Kiwi. Jugak ada Sirap Bandung. Ini T makan ketika berbuka puasa. Alhamdulillah. Boleh berpuasa. Harap-harap puasa tahun ini, dapatlah cukup sebulan, ye baby?







Hubby baru balik dari Kuantan dan dia belikan Big Apple Donuts ni.




Juga Hubby tapaukan lauk dari Restoran Tawan. Hubby order Ikan Siakap Bakar, Tomyam Campur, Telur Dadar, Sotong Celup Tepung dan Kerabu Daging. Kenyang, Alhamdulillah.




26072011

Ini pulak juadah berbuka puasa hari ke -2. Hubby beli di Restoran Batu Satu. Ada Puyuh Masak Pedas, Sayur Campur, Ayam Masak Halia, Kerabu Sotong, Tomyam Campur dan Air Tembikai Laici. Selesailah sudah urusan berpuasa ganti. Alhamdulillah.




Hubby beli Buah Durian ni. Datangnya dari Sg. Jerik. Sedap rasa isinya. Kuning segar menyerlah!




Yummy ah!




27072011




Emak T datang ke rumah. Bawakan Kuih Bingka Ubi ni. Hari tu T teringin sangat nak makan. Terima Kasih Ma!





Bawa Ma ke rumah Kak Long yang berhampiran dari rumah T. Dia ajak lunch di rumahnya. Tak boleh makan banyak hari ni. Setelah hampir seminggu tak muntah. Hari ni muntahlah pulak. Aduh! Seksanya rasa!






Ma buatkan Pulut Durian. Tanak beras pulut. Panaskan Santan. Dan campur makan bersama gula di dalam mangkuk yang berisi Durian. Makan sedikit saja buat syarat merasa. Dapat rasa sikit pun jadilah. Dah teringin sangat.




Oleh sebab Emak T suka makan Puding Karamel ni, T buatkan lagi special buatnya. Ma pun cakap Puding ni sedap dan siap bawa balik ke rumah Kuala Krau hari ini. So, bulan Ramadhan ni tak perlu beli di Pasar Ramadhan dah. Sebab dah boleh buat sendiri. Tapi tak boleh diamalkan makan selalu sebab bahan-bahannya terdiri daripada susu tin dan telur. Tak boleh makan berlebih-lebih okes?




Untuk dinner, Ma masak Stew Ayam Kicap, Ayam Perap Goreng dan Sambal Cili. Alhamdulillah.



Hubby balik dari Kuantan dan belikan Satey pulak di Restoran Tifa. T cuma makan Satey tu 2 cucuk saja. Tak larat dah nak makan. Dalam pukul 10.40 malam tadi, kawan Hubby ada datang rumah. Jamu dia dengan makan Satey ni ajelah. Dah rezeki dia punkan?




Okey. Cukup. Dah tak ada modal gambar lain lagi. Mahu berehat sekejap sebelum ke sekolah nak ambik anak-anak. Till then, please remember this. I LOVE, LOVE, LOVE YOU GUYS!

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-13

25072011 - 31072011



Bayi : Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.


Ibu : Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda "buncit". Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.


T baru balik check-up di Klinik Kesihatan Simpang Songsang tadi. Berat still tak naik. Maintain 83kg jugak. Nurse tanya, "Kenapa berat tak naik?" T jawab, "Saya makan dan muntah kot!" Kenapa berat still tak naik ye? Nak kata diet, semua makanan T berselera makan. Cuma itulah. Sebab muntah selepas makan kot. Nak-nak T kena flu, batuk jugak badan rasa panas macam nak demam 2-3 hari ni. Buat pertama kali berjumpa doktor tadi. Doktor scan perut nak tengok baby. Temujanji akan datang, 2 minggu dari tarikh hari ini. 110811. Baru lepas makan ubat batuk yang doktor bagi tadi.

Sunday, July 24, 2011

CERITERA AHAD

Assalamualaikum...

Pagi ni keluar bersarapan di gerai berhadapan kedai SAKAN TEMERLOH. Pekena Roti Canai Sardin bersama Milo Panas.



Terliur tengok Nasi Lemak yang diisi oleh kakak tu, panas berasap untuk order orang lain. Order Nasi Lemak ni. Ada Sambal Bilis saja. Lauk lain sudah habis. Kongsi makan Nasi Lemak ni 4 beranak. Buat merasa. Dan tak rugi kami merasanya. Sedap! Maka kenyanglah perut kami makan sarapan pagi ni. Alhamdulillah.


Sudah habiskan air, kami menuju ke satu tempat ini pula. Ke mana? Mahu tahu?



Cari barang sikit di Jualan Gudang The Store di Dewan Tun Razak Temerloh. Adalah shopping sikit. Tak boleh beli sebarang sekarang. Kena berjimat sekarang. Fikir budget untuk raya, anak-anak nak sekolah dan si kecil di dalam perut ni. Banyak nak pakai duit tu. Tak boleh boros macam dulu-dulu dah. Beli mana yang perlu saja. Maklumlah, T tak bekerja. Harapkan duit gaji my Hubby saja.



Kemudian kami ke Bukit Angin. Ingat nak makan di tempat biasa kami makan tapi kedai tu semalam dan hari ni tutup. Kami try beli di satu kedai ni. Yang mana kami tengok kedai ni sentiasa penuh dengan orang ramai. Tengok-tengok rupanya kedai nilah yang depa dok bising masuk surat khabar pasal kena charge sampai beribu hari tu. Patin Muncung Masak Tempoyak untuk seketul harganya RM70. Itu Ikan Patin Asli yang paling sedap. Tapi T tak pernah try lagi. Agak aje sedap sebab harganya yang mahal. Mahal tentu sudah bermaksud sedapkan? Agaknya depa ambik banyak lauk tu bersama dengan Gulai Lemak Udang Galah. Tu yang harganya mahal betul. Nak-nak pulak ramai yang datang makan hari tu. Buat gempak saja depa ni dalam paper. Nampak artikel tuan kedai menjelaskan hal sebenar yang telah berlaku. Dan barulah orang faham. Untuk Ikan Patin biasa yang mana kalau yang macam T beli ni RM7 seketul. Gulai Lemak Ikan Krai tu RM20 dalam bekas putih tu. Sedap rasanya. Tapi ikan ni jenis bertulang. So, kalau makan kenalah berhati-hati. Semua harga makanan ini T bayar sebanyak RM36.00. Balik rumah T masak Nasi saja.



Kelmarin masa tengok blog Kak Ratna, T tertarik dengan satu menu ni. Resepinya ada di sini,
http://mamawandiha.blogspot.com/2011/07/spagetti-lemak-pedas.html
Silalah mencuba ye? Tak rugi punya. Mr. Hubby dan anak-anak pun laju dok makan tadi. Sedap dimakan panas-panas. Untuk korang, selamat mencuba ye? Kak Ratna memang seorang yang pakar memasak segala jenis masakan dan sangat peramah orangnya. Setiap kali berkunjung ke blognya, pasti T rasa teruja dan lapar sebab semua masakan yang dihasilkannya, nampak sangat menyelerakan. T pernah berjumpa dengan Kak Ratna sekali. Sangat baik dan friendly orangnya. Cerita dan gambar T bertemunya ada di sini, http://watiyusof.blogspot.com/2009/09/pindah.html



Okey. Berhenti di sini dahulu. Ada masa T update blog lagi. Last but not least, I LOVE, LOVE, LOVE YOU GUYS! Take care ya?

Saturday, July 23, 2011

APA YANG SAYA SUDAH MAKAN?

Assalamualaikum...

Sorry ye? Asyik bercerita pasal makanan saja. Saya tak ada modal nak bercerita. Duduk di rumah saja so ini sajalah modal untuk entry kali ini. Kalau siapa-siapa tak suka, saya mintak maaf ye? Sebab saya asyik dok bercerita pasal makanan saja. Macam tak ada isu lain, kan? Maafkan saya ke tidak ni? Ngeeeeeee...

18072011

Ini Mr. Hubby belikan Sotong dan Udang Celup Tepung Goreng bersama Sata dan Otak-Otak di Tg. Lumpur, Kuantan. Sedap ni! Pernah makan di kedai ni dan rata-rata setiap masa kedainya penuh dengan orang ramai. Sampai berebut-rebutkan meja nak duduk makan. Sampai ada yang akan berdiri di sebelah meja ketika anda sedang menjamu selera. Rasa tak selesa dibuatnyakan bila orang berdiri di meja tatkala kita sedang menjamu selera? Tak tak selesa dan cepat-cepat nak habiskan makan coz kasihankan orang yang dok menunggu tu. Lokasi kedai ini adalah di sebelah Balai Polis area Tg. Lumpur tu. Mana tahu kot-kot korang terlajak ke sini, bolehlah singgah sini untuk datang makan-makan ye?



19072011

Mr. Hubby ke KL dan tanyakan T nak makan apa? T cuma nak makan Croissant Tuna ni saja, Adib pulak nak Croissant Sandwich. Manakala Nur cuma mahu makan Donut sahaja. Yummy!!




20072011


Beli kasut sekolah anak-anak di BATA. Jugak belikan sandal T dan jugak sandal Nur. Tengah dok pilih sandal dengar satu lagu sedap ni. Pernah dengar semasa menonton filem "Menculik Miyabi" di ABO. Tanya pekerja BATA tu, "Adik tahu lagu apa ni?" Dia terus jawab, "Aishiteru kak". Oh! Betullah. Masa dengar sambil tengok filem tu senikata dia ada sebut Aishiteru, dalam Bahasa Jepun. Maknanya Saya Cintakan Awak. Kan, itu maknanya Aishiterukan korang? Dia pun cakap, "Lagu tu dalam cerita Cinta Melody". T jawab, "Ooo, tak tengok cerita tu tapi dengar dalam filem "Menculik Miyabi". "Saya ada lagu tu kak. Akak nak saya bluetooh?" Wah! Apalagi, terus bergigi birulah kami. Tq ye Miss Tinie. Oh Aishiteru!




Singgah di kedai Permata Herba pulak beli majalah ni semua. Naik pening aku dok baca Majalah PA & MA sekarang! Banyak benau iklan-iklan pasal barang-barang keperluan baby moden zaman kini. Macam-macam barang ada. Berwarna-warni. Naik pening sungguh! Buat aku teruja gila nak membeli aje. Tapi harganya boleh tahan mahal tu. Nak-nak lampin jenis Lunatots tu. Katanya jimat lagi daripada menggunakan lampin pampers biasa tu. Tengoklah nanti macam mana. Akan dibeli atau tidak. Kita tengok budget dulu ye baby? Kita tanya Abah dulu ok? Hehe...




21072011


Nasi Beriani Ali, Mentakab. Ada client belanja di office tadi. Mr. Hubby bawa balik untuk kami makan for lunch. Dah lama jugak tak pekena Nasi Beriani Ali ni. Memanglah sedap bila makan sekali-sekala ni. Kalau makan selalu, jemu jugak, kan? So, Terima Kasihlah buat yang sudi membelanja kami ni ye?





Untuk dinner, Hubby beli lauk di Restoran Batu 1. Ada Tom Yam Campur, Telur Dadar, Puyuh Masak Pedas, Kerabu Sotong, Daging Goreng, Sambal Belacan dan Timun. T cuma masak Nasi saja. Kenyang makan. Alhamdulillah.




22072011


Mr. Hubby pergi KL lagi hari ini. Dia call tanya nak makan apa? Nasi Arab di Restoran Al-Amin di Greenwood Gombakkah atau mahu makan apa? T cakap nak makan Roti Croissant Tuna lagi di Dunkin Donuts. So dia belikan ini untuk kami 3 beranak. Tengok ini sambil menonton Tahajjud Cinta. Seri, baik kau hati-hati dengan Ustaz gatal itu! Haha!!





23072011


Kami keluar bersarapan di Taman Seri Semantan tadi. Pekena Nasi Kerabu kaw-kaw masakan Orang Kelantan kat sini. Nasi Kerabu Mok Nab. Dibalas bersama Air Horlicks Panas. Syukur Alhamdulillah. Kenyang kami dok makan tadi. Gambar ini diambil dengan menggunakan HTC yang baru Mr. Hubby belikan. Lagi jelas dan terang gambarnya kalau nak dibandingkan dengan my BB Torch :-( Tukar handphone bang, buleh?




Selesai bersarapan, kami ke The Store pulak. Cari barang dapur sikit. Anak-anak yang berebut mahu membawa bakul yang berisi barang-barang pilihan hati.





Buah Kiwi Zepsri yang berwarna Kuning - Gold. Rasanya manis-manis sedikit. Kalau dibiar sehari dua, lagi Kuning dan manis isinya kot. I hope so! Tengok dalam magazine, terus je terliurkan buah ini. Biasa dok makan Buah Kiwi yang berwarna Hijau tu.




Dua tiga hari ni memang teringin betul nak makan Spageti. Jalan-jalan blog kawan, tengok dalam majalah, ada je menu ni. So, apa lagi. Dah beli bahan-bahannya di The Store tadi, balik rumah kita main masak-masaklah. Inilah dia rupa my simple Humble Spaghetti Bolognaise T. Kalau ditaburkan keju dan dimakan panas-panas lagi sedap. Tapi itulah. Tak berani beli Keju sebarang. Takut tak halal.




Selera betul Nur dok makan tadi...





Ok. Modal cerita sudah habis. Kita sambung borak next entry ye? Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

Monday, July 18, 2011

RIAK

Assalamualaikum...

Tajuk entry kali ini adalah RIAK. Siapa tahu maksud riak? Pengertian Riak . Riak yang aku maksudkan, Riak Dengan Perkataan. Aku mulakan Z (kawan yang aku kenali ketika berada di Tingkatan 5. Aku kenal dia sebab dia "bercouple" dengan kawan aku N. N adalah kawan aku semenjak kami berdua masih kecil lagi) yang bermati-matian memberikan balasan komen ketika aku mengutarakan isu aku menyokong Bersih 2.0. Sikit-sikit dahlahkan? Ini tidak. Dia yang over bagai. Sampai tahap meroyan dah aku tengok! Dah bagi penjelasan still tak mahu dengar. Siap dengan riak berkata dia dulu pernah jadi pegawai kerajaan. Bergaji besar. Nak tanggung anak-anak nanti tak ada masalah sebab banyak duit. Kerja dengan pekerja-pekerja Asing di perkapalan Asing. Sekarang dia kerja kapal. Alahai! Nak muntah aku dengar der! Aku adalah jugak kenalan malah di kalangan family yang bergaji berpuluh ribu. Tapi babe, tak ada pulak di kalangan mereka yang aku kenal ni, riak dengan gaji puluh ribu mereka. Mereka semua down to earth. Tak kalut macam kaulah Z! Relaxlah bro! Allah nak tarik rezeki kau, sekejap saja. Sekelip mata. Dia kata "jadi", maka "jadilah". So tak payah kau nak berbangga diri dengan duit kau tu. Pulak tu mamat ni aku memang dah lama nak sound. Apa-apa status kawan-kawan, cepat benar dia bagi komen yang berbaur dia lebih hebat. Dulu pernah aku tulis pasal suami aku mabuk laut. Dia siap kata, "kalau nak ke laut, tanya aku dulu. Aku pakar pasal laut pasal kerja perkapalan. Aku jawab, "semua tu kerja Allah. Mana nak tahu masa suami aku nak ke laut, berlaku ribut bagai. Pernah jugak aku tulis status, "jalan di KL jem". Dia bagi komen, "aku kalau jalan-jalan di KL, semua jalan tikus aku tahu, dah lama belajar masa di KL dulu"! Aduh! Tak mudah lalu der! Suami aku bukannya buta jalan di KL nun. Tempat mainan dia jugak. Cuma nasib time tu jem kereta banyak tak boleh lalu ke mana dah. Dia pikir dia hebat. So, apa-apa saja pasal orang lain, tak ada maknanya pada dia. Baru-baru ini aku ada baca status dia di fb, kawannya lelaki telah meninggal dunia. Sakit apa tahu? Dia tulis Kanser Rahim! Isterinya N perbetulkan, "Bukan Kanser Rahim Abang, Kanser Prostat. Z jawab, "sudah tukar ke? N jawab, "mana tukar, memang begitulah frasanya. Aduh! Gelak guling-guling aku dok baca komen-komen tu. Itulah, hebat sangatkan? Sampai lelaki pun ada rahim ke der? Turut sama memberikan komen tentang Bersih 2.0 tu, kawan-kawan aku yang menyokong kerajaan. Mereka beri komen tapi tak ada masalah dan bahasa pun baik-baik belaka. Taklah macam Z yang awal-awal lagi dah "wak lu" kat aku. Dua kali dia "wak lu" kat aku! Dasar! Juga ada seorang kawan sekolahku semasa di sekolah rendah yang bergelar Ustaz (Ustaz R) memberikan penerangan yang sejelas dan sewajarnya tentang Bersih 2.0. Z tak mahu dengar langsung malah Ustaz R telah berkata kepadaku, "T, aku mengalah dan menarik diri daripada perbincangan ini sebab dah mula menimbulkan masalah" (di antara aku, Z dan dia sendiri sebab Ustaz R pun berkawan dengan N). Tapi dia cakap, "Aku mengalah bukan sebab aku kalah". Z apa lagi. Seronok benar dia tatkala Ustaz R sudah mengalah dan meminta maaf kepadanya andainya ada komen-komen Ustaz R yang mengguris hatinya. Z siap cakap dia okey, "cuma aku tak nak mengalah dengan wati". Aku terus reply komennya, "kau ingat aku nak mengalah dengan kau, sorrylah". Hilang kawan macam kau ni satu sen pun aku tak rugilah!" Orang tengah sakit hati. Ha kau! Terus aku bagi komen begitu. Dah berhari-hari dia komen padahal kami dah stop pun bincang hal ni. Dia saja nak bangkit-bangkitkan hal ni semula. Dia jawab, "I pun tak heran. I pun ramai kawan." Siap cakap, "nanti jumpa di episode kedua"! "Episode ke dua ke, episode 300, 400 ke, ikut kaulah Z. Lantas aku remove dia daripada friend list aku. Tak lama lepas tu aku ke page FB isterinya pulak, N. Sah! N dah remove aku. Padahal aku tak gaduh dengan dia pun. Z suruh agaknya N remove aku kot. Atau N sendiri yang remove aku. Kawan sekolah dari darjah 1 sehingga tingkatan 5. Setelah berbelas tahun berpisah, tahun lepas kami berjumpa di FB. Apa boleh buat, aku remove suaminya. So, dia balaslah dengan remove aku pulak. Er, aku rasa rugi ke? Hilang Z aku okey, tapi hilang N aku rasa ralat sikit. Emm, aku rasa Z tak mahu mengalah dengan aku sebab aku ni bukan siapa-siapa. Belajar tak tinggi, orang kampung. Aku sedar tu. Tapi tak semestinya aku tak belajar tinggi, tak sambung degree macam Z dan N, cakap aku semuanya tak boleh pakai. Ada jugak yang boleh dipakai kot. Dan masa aku tulis komen, "kau ni memang riak Z! Berbangga diri dengan kejayaan kau". Dia jawab, "kau pun riak. Ambik gambar makanan, makan makanan mewah, pergi tidur hotel sana-sini tu riaklah jugak. Ni aku nak bagitahulah. Aku sorang je ke yang suka ambik gambar makanan? Orang lain pun ramai berbuat yang samalah! Aku sorang saja ke yang turun naik hotel ke sana-sini? Orang lain jugak berbuat yang sama. Aku ni gambar Kuih Cekodok Pisang yang aku makan 2,3 biji tu pun aku ambik gambar tau! Letak kat blog, letak kat Fotopages. Minat ambik gambar punya pasal. Aku turun naik tidur hotel sana-sini pun, bukannya hotel 5 bintang pun. Hotel murah-murah je babe! Tak ada rasa nak meriak pun sebab aku tahu, kawan-kawan aku semua pun mampu berbuat demikian. Di samping mereka boleh mengambil info-info daripada gambar-gambar yang aku uploadkan. Melalui cerita yang aku sampaikan. Setakat hidup yang aku lalui beginilah. Tak adalah mewah mana. Cukup makan pakai sehari-harian. Bersyukur dengan rezeki Allah beri seadanya. Janji suamiku mendapat rezeki yang halal. Duit menggunung tinggi pun, kalau tidak halal, tak berkat hidup kita ni. Jadi buat kau Z yang masih tak mahu mengalah dengan aku, aku nasihatkan, kau tak payahlah pedulikan apa-apa pendapat aku lagi sebab aku tahu kau takkan mendengarnya. Kau hebat. Lebih hebat daripada kawan-kawan sekolah yang lain. Mana ada orang boleh lawan kau. Kaukan pernah pergi berkursus di Jepun? Tak silap aku tahun 2009. Yang tak habis gambarnya kau upload di FB kau. Er, untuk pengetahuan kau, Abang aku yang kerja kilang dulu pun, pernah pergi berkursus di Jepun selama 2 bulan. Tapi tak adalah pulak dia meriak dengan mengupload gambarnya di FBnya. Coollah. Chill! Tak semestinya orang kau pandang tak ada benda, tak ada apa-apa yang boleh dibanggakan. Tak semestinya kau belajar tinggi, kau betul, kau dapat segala apa yang kau nak. Fikirlah. Semua itu ketentuan Allah S.W.T. DIA MAHA HEBAT. DIA MAHA BERKUASA. Kita hamba-Nya yang lemah dan sentiasa berbuat kesilapan. Sesungguhnya baru aku tahu your true colour. Macam aku cakap, aku hilang kau aku tak rugi apa. Cuma yang ralat, aku hilang N disebabkan kau. Buat N, untuk pengetahuan kau, aku sayangkan kau sahabatku. Semoga kau bahagia dengan hidup kau dan family kau. Amin.

Cukuplah untuk kali ini. Panjang aku dok berleter. Kalau ada cerita terbaru tentang Z dan N, aku beritahu kemudian. Till then, dengan penuh riak aku katakan ini. I LOVE, LOVE, LOVE YOU! Hehehehe...

TAKZIAH


Salam Takziah buat arwah DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI . Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang Islam yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin.

KERJA MAKAN!

Assalamualaikum...

14072011

Dinner malam ni T masak Singgang Ikan Kembung, Ayam Percik, Ikan Gelama Jeruk, Telur Dadar dan ada ulam-ulaman, Budu dan Buah Pisang. Syukur Alhamdulillah. Rezeki malam ini. Mak Ayah Mertua datang bersama family Abang Ipar dari Kelantan.



15072011

Sediakan sarapan. Goreng Karipap dulu. Karipap Frozen yang dibawa oleh Biras T. Sedap betul rasa intinya.




Mee Hoon Goreng Putih. Ini saja yang terlarat T sediakan untuk sarapan.






Mr. Hubby tambah beli kuih-muih. Karipap dan Kuih Lapis.




Kuih Apam dan Kuih Kaswi. Syukur Alhamdulillah. Selepas bersarapan, Mak Ayah Mertua dan family Abang Ipar menuju ke Melaka pulak. Rumah Abang Ipar T.





For dinner, Mr. Hubby belikan Ikan Tilapia Bakar dan Sup Ekor di Restoran Tifa. Anak-anak pulak makan Nasi Goreng USA dan Nasi Goreng Kampung. Alhamdulillah. Kenyang dok makan tadi.





16052011


Kami keluar bersarapan Roti Canai di gerai makan berhadapan SAKAN TEMERLOH. Jalan menghala ke Pasar Temerloh. Sedap rasa semua jenis Roti Canai di sini. Siap berbungkus Roti Telur 4 biji buat balik ke Kuala Krau. Singgah ke Pasar beli Ayam dan cari Buah-Buahan. Nak balik Kuala Krau ziarah Ma dan Abah.





Ini Roti Bom. Sedap! Syukur Alhamdulillah.




Ma sediakan Ikan Cencaru Sumbat Goreng, Gulai Lemak Kuning Ikan, Sup Kaki, Kacang Botol dan Buah Anggur. Sambal Cili Hijau dan dan jugak Sambal Tempoyak pun ada. Sedapnya makan masakkan Ma! Alhamdulillah!





Kuih Lompat Tikam, Puteri Mandi, Kuih Koci dan Kuih yang warna pink tu. Lupa apa namanya. Biasa orang letak inti Kacang Hijau dalam tu. Sedap rasanya!




Goreng Keropok Lekor yang diberikan oleh Biras T. Dia beli di Terengganu.





Dinner di sebelah malam. Goreng Ayam saja sebab lauk lebihan lunch tadi masih ada. Masak Nasi dan panaskan lauk-lauk yang ada. Lagipun dah kenyang makan Pulut Durian di Masjid tadi. Malam nikan malam Nisfu Syaaban.




17072011


Ma belikan Nasi Berlauk ni. T buat Air Teh 'O' sahaja. Alhamdulillah.




Ma buatkan Kuih Onde-Onde ni sebelum kami pulang ke Temerloh. Badan tak berapa sedap. So lepak rumah, baring tidur saja.




Tengahari tadi T tak makan. Suami dan anak-anak je yang makan. Hubby ajak keluar dinner di Restoran Alias Tom Yam di Mentakab. Mr. Hubby order Ikan Siakap Bakar, Tom Yam Campur, Telur Dadar, Sotong Celup Tepung dan Sayur Campur.




Mr. Hubby mintak tambah Sup Ayam bila dia tengok Tom Yam Campur sudah habis. Haish! Kerja makan saja. Nasib tak loya dan muntah dah. Syukur Alhamdulillah. Rezeki yang Allah berikan kepada kami supaya perut tidak kelaparan.





Nur mintak ambil gambar di sini. Kalau guna DSLR lagi cun! Tapi tak bawalah pulak. Guna my BB Torch saja.





Majalah-majalah bulan Julai. Ada yang sudah dibaca. Ada yang belum dibaca. Banyak isu Bulan Ramadhan dan Raya. Vavavava, I Like!






Jumpa lagi. Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!