Friday, August 26, 2011

TADARUS AL-QURAN

Assalamualaikum... T pergi ambik anak-anak di sekolah mereka pukul 12.00 tengahari tadi. Tersenyum-senyum dok tunjuk pada T apa yang mereka dapat. Surah Yaasin dan juga duit raya RM5 seorang sebagai cenderahati mereka bertadarus Al-Quran di sekolah. Syukur Alhamdulillah. Ummi bangga dengan anak-anak Ummi!

Thursday, August 25, 2011

25 RAMADAN

Assalamualaikum... Hari ini T masak Tom Yam Campur, Sambal Sotong, Ikan Talapia Goreng dan Sambal Belacan. Air pula T buat Milo Ais dan Air Sunquick untuk penghilang dahaga tekak yang amat-amat kering ni. Lepas balik Solat Terawih tadi dok pekena Bakso dan Murtabak Black Pepper pulak bersama Hubby and the kids. Kenyang, Alhamdulillah. Dan sekarang sedang menonton "Ramadan Terakhir".

Wednesday, August 24, 2011

24 RAMADAN

Assalamualaikum... Sama macam semalam. Hari ini tidak memasak jugak. Lauk berbuka puasa Mr. Hubby beli di Pasar Ramadan. Mrs. Bukari busy dok blogging today. So sorry darling!

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-17

22082011- 28082011

Bayi : Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jari sendiri.

Ibu : Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.

Bab pinggang ramping tu, memang T tidaklah. Tapi kalau 12 tahun dulu, ukurannya ialah sekitar 25-26cm. Sekarang, vavavava... Tak mo cakap, tak mo bilang sama kamu! Malu dong ah! Ye, perut semakin membesar dan memang pada dasarnya perut tu memang buncit sebelum mengandung kali ke tiga ni pun (lalalala). Tapi bab gusi berdarah, so far, Alhamdulillah. Belum mengalaminya lagi. Puasa pun Alhamdulillah. Belum ponteng lagi dan masih larat berpuasa. Tinggal tak lama je lagi ni. 6 hari saja lagi sebelum kita berhari raya. Insya Allah, seronoknya kalau dapat puasa penuh tahun ini. Syukur Alhamdulillah.

Sumber : Majalah Pa & Ma, Februari 2005

Tuesday, August 23, 2011

23 RAMADAN

Assalamualaikum... Hari ni T tak masak. Mr. Hubby beli di Restoran Tom Yam Timur di Batu Satu. Mr. Hubby order Ikan Siakap Tiga Rasa, Tom Yam Campur, Sup Ekor, Kerabu Sotong dan Sayur Campur. Air Sunquick buat penghilang dahaga. Kuih Cucur Badak dan Kuih Lapis tu, Kak Long T yang berikan. Alhamdulillah.

Monday, August 22, 2011

22 RAMADAN

Assalamualaikum... Hari ini untuk berbuka T masak Sambal Ayam Lada Hitam. Senang saja resepinya. Tumis Bawang Merah, Bawang Putih, Halia dan Lada Hitam yang telah ditumbuk halus bersama Serai (diketuk) dan Cili kering. Bila Cili Kering dah garing, masukkan Ayam dan Asam Keping. Masukkan sedikit air untuk kuahnya. Tambah Garam dan Gula, siap! Lauk-lauk lain Mr. Hubby beli di Pasar Ramadan. Ni baru sudah makan Murtabak Ayam. Alhamdulillah.

Sunday, August 21, 2011

21 RAMADAN

Assalamualaikum... Hari ni keluar beli barang sikit. Pergi Baazar Temerloh di Lurah Semantan, Kaid Johar dan juga ke kedai Kek Kak Yah. Hari ni tak ada acara bersilat di dapur aka masak-memasak. Beli saja di kedai makan dekat area rumah. Alhamdulillah.

Saturday, August 20, 2011

20 RAMADAN

Assalamualaikum... Hari ini untuk berbuka T masak Sambal Sardin Berkentang dan juga Ayam Masak Halia Berkicap. Masuk dapur pun dah pukul 6 petang. T tak suka masak awal-awal. Biasanya kalau lauk ringkas pukul 6.00 @ 6.30 petang, baru T masuk dapur. Tapi bahan-bahan rencah sudah disediakan awal-awal. Yang penting kita layan "Ketika Cinta Bertasbih" dulu. Gayanya cemburu Ustazah Anna semakin menjadi-jadi terhadap Ustazah Qonita. Sarah pulak, ah! Kamu jangan macam-macam! Hehe. Aku suka betul dengan cerita ni. Banyak nasihat dan pengajaran yang boleh dititip setiap episode. Tapi kalau petang Sabtu, kita layan "Marry Me Mary" pulaklah ye? Konflik sesama mereka semakin ketara. Jalan cerita lebih mendebarkan! Ini je cerita Korea yang T layan, cerita lain masih belum berkesempatan walaupun ada kawan-kawan dok bercerita mereka tengah "addict" menonton drama-drama Korea yang lain. T tahu mesti sedap, sebab tu mereka tengok tapi itulah. Tak kena dengan masa T pulak. Anyway, lauk lain untuk berbuka Hubby beli di Pasar Ramadan. Tapi itulah ye, tak boleh beli makanan luar sebarang. Bahaya. Sampai boleh membawa maut! Nauzubillah!

Friday, August 19, 2011

19 RAMADAN

Assalamualaikum... Untuk berbuka tadi T masak Ikan Talapia Kukus, Sotong Bakar, Air Asam dan Telur Bungkus. Air pulak macam biasa Sirap dan Sunquick. Tekak teringin makan Mee Goreng Basah, so goreng mee malam ni. Kenyang. Alhamdulillah.

Thursday, August 18, 2011

18 RAMADAN

Assalamualaikum... Bersahur tadi T goreng Nasi + Air Milo Panas sahaja. Manakala untuk berbuka T cuma masak Kari Ayam memandangkan tiada lauk lain di dalam peti ais. Lauk-lauk dan kuih-muih lain Hubby beli di Pasar Ramadan. Alhamdulillah. Sudah selamat menjalani ibadah berpuasa selama 18 hari ini. Baby, tq di atas kerjasama yang telah diberikan! Ummi sayang baby!

Wednesday, August 17, 2011

17 RAMADAN

Assalamualaikum... Hari ini Hubby beli Nasi Beriani di Restoran Ali di Mentakab dan kuih-muih dibeli di Pasar Ramadan. Alhamdulillah. Rezeki kami untuk berbuka.

Tuesday, August 16, 2011

16 RAMADAN

Assalamualaikum... Hari ini kami ke Kuantan. Hubby ajak temankan dia ada kerja sikit di sana memandangkan esok cuti Nuzul Quran. Dah siap kerjanya, kami bersolat jamak di Masjid Besar dan terus ke Pasar Ramadan. Sedang asyik berjalan melihat-lihat juadah untuk berbuka, tiba-tiba bahu T dipegang seseorang. Bila T berpaling muka, T nampak kawan sekolah T dulu, Ja. Uh! Tak sangka berjumpa di sini. Last kami bersama adalah semasa kami berada di Tingkatan 2 dan dia kemudiannya berpindah sekolah. Sudah berbelas tahun tu! Happynya dapat berjumpa kawan lama biarpun sekejap cuma. Selepas berbual barang seketika, kami ke Restoran Phuket di Tg. Lumpur untuk berbuka. Siap berbuka, kami balik ke Temerloh. Singgah di R&R Gambang untuk bersolat jamak. Pukul 10.00 malam sudah sampai di rumah. Home sweet home! Night Night!



Monday, August 15, 2011

15 RAMADAN

Assalamualaikum... Untuk berbuka hari ini T masak Ayam Masak Lemak Putih aka Percik yang T ambil resepinya daripada blog kawan baik T, Shima, http://shimazahar.blogspot.com (Sedap resepi ni Ma! Cuma lagi sedap kalau T buat kuah dia pekat sikit lagi. Tengok yang Ma masak tu lagi sedap dan nampak lagi "mari". Tq coz sudi kongsi resepi sedap ni ye?) juga T masak Telur Kicap dan Sambal Cili Api. Sambal Ikan Bilis tu Biras T yang beri. Lauk-lauk lain Hubby beli di Pasar Ramadan. Alhamdulillah. Rezeki berbuka kami hari ini.

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-16

15082011 - 21082011

Bayi : Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.

Ibu : Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda adalah tidak terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

Alhamdulillah. T berasa sihat dan tidak punyai apa-apa masalah kesihatan. Cuma berasa sedikit letih. Mana taknya, weekend lepas dok berjalan ke KL. Harap-harap T akan merasa lebih sihat di sepanjang proses kehamilan ini. Insya Allah, Amin.

Sunday, August 14, 2011

14 RAMADAN

Assalamualaikum... Hari ini kami ke Jusco 1 Utama pula. Misi mencari baju raya anak-anak. Kemudian gerak ke Sunway Pyramid. Sudah shopping sikit, posing ambik gambar, kami ke Sentul Curry House. Misi mencari Kari Kepala Ikan di situ. Seterusnya pulang ke rumah Abang Ipar di Selayang. Berbuka beramai-ramai. Apabila 4 family adik-beradik Hubby berkumpul, gamat jadinya! Terima kasih uols sudi berkumpul bersama. Inilah hari berbuka paling best setakat berpuasa tahun ini! Kita jumpa lagi di Kelantan nanti ye? Can't wait! Buat tuan rumah di Selayang, terima kasih banyak-banyak sampaikan Nur tak mahu pulang dan nak tidur di rumah Pak Longnya lagi! Enjoy sangat dia di sana! Alhamdulillah, selamat sampai di rumah pukul 11.30 malam. Good night! Love, Love, Love You!






Saturday, August 13, 2011

13 RAMADAN

Assalamualaikum... Hari ni kami ke MV. Cari baju raya anak-anak. Dapat cari baju Nur saja dulu. Kami berbuka puasa di MZ Darul Naim di Kg. Baru depan Hotel KLIH. Ajak juga family adik & abang ipar berbuka sekali. Kemudian kami ke rumah abang ipar di Selayang pula. Tidak berbuka bersama mereka kerana mereka sekeluarga berbuka di KPGA. Dok sambung menjamu makan dengan penuh berselera & juga bermalam di sini. Tengah malam dok makan Kuey Teow Goreng pulak. Kenyang Alhamdulillah.





Friday, August 12, 2011

12 RAMADAN

Assalamualaikum... Hari ni T cuma masak nasi dan buat air saja. Lauk berbuka Hubby beli di Pasar Ramadan. Alhamdulillah.

Thursday, August 11, 2011

11 RAMADAN

Assalamualaikum... Hari ini untuk berbuka T masak Ikan Tilapia Kukus, Stew Ayam Kicap, Sambal Cili Api, Puding Roti, Cendol Bersantan dan Air Sunquick. Alhamdulillah. Berbuka 3 beranak saja sebab Hubby keluar berbuka puasa bersama kawan-kawannya. Bila dia balik tadi dia belikan Murtabak Daging Black Pepper. Yummy!



40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-15

08082011 - 14082011

Bayi : Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.

Ibu : Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Pagi tadi T pergi check-up di Klinik Kesihatan Simpang Songsang. Baru Nurse berpuas hati apabila ketika berat T ditimbang, sudah naik sekilo. Sejak pertama kali T berkunjung ke klinik untuk check-up iaitu pada 15062011, baru hari ini berat badan T naik. Ye, T seberat 84kg hari ini! T berada di dalam keadaan yang sihat. Sudah tidak berasa mual dan muntah-muntah. Dapat juga berpuasa Setakat ini tiada Darah Tinggi ataupun Kencing Manis. Alhamdulillah. Harap-harap semuanya dipermudahkan sepanjang proses kehamilan T yang ke tiga ini. Amin.

Wednesday, August 10, 2011

10 RAMADAN

Assalamualaikum... Bersahur tadi Hubby nak makan Sambal Sardin. So itulah juadah bersahur kami 3 beranak. Nur makan Nestum saja. Untuk berbuka pula T masak Rendang Kerang, Gulai Tempoyak Ikan Patin dan Ayam Goreng. Ada Buah Tembikai jugak buat Air Tembikai dan Sunquick. Lauk-lauk lain Hubby beli di Pasar Ramadan. Alhamdulillah.


** rusuhan di Kota London. Dahsyatnya! **

WORDLESS WEDNESDAY

Puteri Islam

Tuesday, August 09, 2011

9 RAMADAN

Assalamualaikum... Hari ni kami berbuka puasa di Hotel Sri Malaysia, Temerloh bersama-sama staff Bukari Shuhaida & Partners. Alhamdulillah. Tq Darling! Kenyang makan sambil borak-borak tadi. Berbuka ramai-ramai memang seronok!


Monday, August 08, 2011

8 RAMADAN

Assalamualaikum... Untuk bersahur tadi T goreng nasi saja. Untuk berbuka pula T masak Kari Ayam, Ikan Patin Bakar & Kerabu Taugeh Kerang. Buat Air Sunquick & Air Nestea. Kuih-Muih Hubby beli di Pasar Ramadan. Alhamdulillah.