Wednesday, September 28, 2011

NASI DAGANG MY MOM!



Assalamualaikum...


Pagi ni Ma datang ke rumah. Ma buatkan Nasi Dagang menggunakan Beras Nasi Dagang yang dibelinya di Kelantan baru-baru ini. Makan bersama salah seorang staff Mr. Hubby. Dia tumpangkan Ma datang ke rumah T. Terima Kasih Kak Anis ye?


T buatkan Puding Roti dan jugak Air Teh 'O'. Alhamdulillah. Kenyang makan pagi ni. Terima Kasih Ma buatkan Nasi Dagang yang T idam-idamkan ni! Sayang Ma tau! Sayang banyak-banyak! Sayang ketat-ketat sama kamu!




Acara makan-makan sedang berlangsung...




Untuk tengahari T masak Ayam Masak Lemak Cili Api, Ayam Goreng Berempah, Ikan Pelata Masin, Sambal Tempoyak dan jugak T sediakan budu. Minum Air Masak Beyond Zhulian sahaja. Alhamdulillah.





** nota betis **

~ cukuplah mengupdate blog untuk hari ini. cukup tu sebab dah tak ada gambar. dah tak ada cerita lagi. apa-apa nanti, t update kemudian saja ye? mata sudah mengantok ini. mari kita masuk tidur dulu, yuk! ~


Night, Night. Love You!

PUASA 6 - 6

Assalamualaikum...

26092011

Untuk hari terakhir berbuka puasa 6 hari ini, T masak Ikan Talapia Stim dan ...



Sambal Ayam.




Air Ribena.





Dan ini adalah Durian Raja Kunyit pemberian kawan sekolah T dulu, Yus. Yus, terima kasih eh? Sedap rasa isi durian ni. Berebut aku dok makan dengan Nur. Hehe...


40 MINGGU NAN AJAIB - Minggu Ke 22

26092011 - 02102011

Bayi : Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.

Ibu : Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.

Setakat hari ini, T sihat Alhamdulillah. Cuma tak boleh rasa penat. Semput dibuatnya. Kena cool dulu. Tak boleh rushing nak buat kerja itu ini. Walau tak bekerja tetapi duduk di rumah pun kerja tak habis-habis. Ada saja yang mahu dilakukan. Perangai T tak boleh tengok rumah bersepah. Mulalah tak senang duduk. Rumah berkemas baru boleh bersenang-lenang nak rilex-rilex pun. Korang pulak macammana?

IMRAN ZEN


Assalamualaikum...

25092011

Dah siap dinner, borak-borak, gelak-gelak, layan bola bersama di Selayang, kami gerak ke rumah adik ipar di Subang Suria, tidur di situ.

Ini adalah sarapan kami di pagi Ahad. Nasi Lemak dan jugak Roti Canai. Makanan tipikal pilihan rakyat Malaysia. Kenyang. Alhamdulillah.




T bersama rombongan "Cik Kiah" ke Jalan TAR. Singgah membeli tudung di De Salma dan kemudian ke Sogo. Cari barang dapur sikit. Tak ada shopping-shopping ok. Cuci mata saja. Tengok orang lain kemaruk macam apa kat bahagian bawah tu mencari baju, pakaian dan hand bag. T dan suami turun ke bawah untuk mencari sedikit barang runcit. Siap cari barang, kami terus ke UKM, Bangi. Hari Konvo anak saudara Mr. Hubby, Imran Zen. Mendapat Ijazah di dalam pengajian Sains Politik. Tahniah Im!




Anak-anak di Jalan TAR





Selepas makan tengahari di Kafe UKM.




Kami sekeluarga yang berbangga dengan kejayaanmu Im! Kami semua sanggup "turun" dari jauh hendak meraikanmu!







Usai majlis, kami pulang ke Selayang semula.




Dinner di Selayang dahulu sebelum gerak pulang ke Temerloh. Biarpun penat, tetapi kami tidak hiraukan. Yang penting dapat berkumpul bersama keluarga. Walau masa sesingkat cuma. Cukuplah saat bersua muka. Bila lagi kita nak berkumpul lagi ye?




Terima Kasih yang tidak terhingga buat family di Selayang. Riuh-rendah, kecoh, hingar-bingar rumah kamu diperlakukan kami sesuka hati... Haha! Gelak macam orang jahat tu... Hehe... Tq banyak-banyak... Sayang korang semua ah! Muah pelok cium dari orang yang dok kat Temerloh ni! Sayang korang ketat-ketat! Sampai korang susah nak bernapas! Haish!

KL - BANGI - SELAYANG - SUBANG

Assalamualaikum...

24092011

Kami ke KL hari ni. Muka tak sabar preggy mommy nak g makan sarapan di Mc'D Genting Sempah! Ngeeee...





Okey. Kami bersarapan dulu ye? Dah lama tak pekena makan pagi di Mc'D!





Nur minta ditambah lagi pan cakenya. Juga Bubur Nasi.





Adib dan Milo Mc flurrynya.





Perjalanan diteruskan ke Jakel KL. Cari kain cotton untuk dibuat blouse preggy mommy!





Cukuplah 4 helai sahaja kot. Japanese Cotton dan English Cotton. Suka kain cottonnya. Sangat cantik dan sungguh menarik.





Em. Plan nak makan di Restoran Garuda Emas di Kg. Baru. Masakan Padang tetapi diubah di saat-saat akhir kerana sepupu Hubby mengajak kami ke open housenya di Bangi. T makan Nasi Ayam, Laksa Lemak Kelantan, Kek Coklat, Satey bersama Kuah Kacang, Nasi Himpit dan Air Masak. Alhamdulillah. Kenyang amat! Terima kasih ye tuan rumah!





Dari Bangi, kami ke Subang Suria. Rumah Adik Ipar. Kemudian ke Selayang. Rumah Abang Ipar T pula. Dinner di rumah Abang Long dan Kak Long malam ni.





Sebelum ke rumah Abang Ipar, singgah beli barang dapur sikit untuk dibuat makan-makan malam ini.





T buat Koktail Campur.





Anak sedara dok bakar Ayam, Ikan, Udang, Sotong dan Daging malam ini. Alhamdulillah. Tq Din!





Yummilicious kau!





Dinner kami malam ini.







Abang Ipar baru sampai dari Melaka. Dia bawakan ini, Udang Harimau dan...





Ketam...





Jemput makan... Eh! Jemput tengok! Hehe...





Tara! Sambal Udang Harimau dan jugak...









Ketam masak Black Pepper. Sampai di dapur terus dimasak dan terus dimakan. Yummy! Kenyang betul malam ni. Alhamdulillah. Tuan Rumah. Terima Kasih banyak-banyak tau!




Thursday, September 22, 2011

PUASA 6 - 5

Assalamualaikum... Hari ni untuk berbuka T merajinkan diri memasak Gulai Ikan Tongkol, Puyuh Berempah, Sambal Cili, Air Sunquick dan beli Buah Mata Kucing. Nampak dok dijual di tepi jalan masa nak balik dari mengambil anak-anak di Kelas Q-fa tadi. Saiz buahnya agak besar. Mendorong T untuk membeli barang sekilo. Ni tengah menunggu Mr. Hubby balik dari Kuantan. Dia ada hal di sana hari ini. Kejap lagi nak melayan Soffiya pula sesudah berakhirnya kisah Kasih Alia. Episode 2 hari ni. Gila ah si doktor ayah Soffiya tu. Poor you Soffiya!

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke 21


** Masa T pregnantkan Adib dan Nur, T minum susu Anmum. Tu yang berat naik sampai 20kg ++ every pregnancy. Mengandung kali ini T tak minum susu Anmum pun. Berat pun baru naik 6kg saja setakat mengandung ni. Dulu-dulu bila dah beli susu, isikan borangnya untuk tebus barang-barang Anmum seperti baju di atas, frame gambar dan pelbagai lagi signature Anmum. Balik ke Kuala Krau baru-baru ni T terjumpa baju ni. Adib dan Nur pakai ketika mereka kecil dahulu. T ada banyak koleksi baju ini tetapi cuma ini yang tinggal. Yang lain mungkin kotor dan ada juga T berikan kepada orang lain. Baju anak-anak ketika baby semua dah tiada. Sudah disedekahkan kepada anak orang lain. So, baby dalam perut nanti, tunggu Abah dan Ummi belikan baju baru okey. But not now sayang, masih terlalu awal lagi. Tapi yang pasti, Ummi tak sabar-sabar menantikan detik dan waktu Ummi dok memilih barang-barang baby nanti tau! Tak sabar! **

19092011 - 25092011


Bayi : Si kecil kini sebesar sebiji pisang yang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.

Ibu : Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.

Emm.. Kena control makanlah nampak gayanya sekarang ni iye? Mampukah aku? Ceh! Bersoal-jawab pulak iye dia?! :-p

NASI KERABU

Assalamualaikum... Cerita semalam. Hubby ajak makan breakfast dengannya. T makan Nasi Kerabu + Milo Panas. Hubby pula makan Nasi Dagang + Teh Panas. Ingat nak sambung Puasa 6 tapi rasa lapar tak tertahan. Teroknyelahkan? Tadi pulak pergi cari barang dapur sikit. Nak memasak untuk berbuka puasa petang nanti. Masak yang simple-simple saja. Tak de masak yang special pun :-p.

Tuesday, September 20, 2011

PUASA 6 - 4

Assalamualaikum... Hari ni T sambung Puasa 6. Hubby beli lauk di Restoran Batu Satu. Hubby beli sup Ekor, Tom Yam Campur dan Telur dadar. T pulak masak nasi, goreng Puyuh Berempah, buat Sambal Mangga Muda dan Air Horlicks + Milo Ais. Tadi T ada beli jugak Nasi Himpit + Sambal Kelapa. Alhamdulillah. Kenyang makan tadi :-D

KENDURI KAHWIN -VS- OPEN HOUSE

Assalamualaikum...


17092011


Dari Kuantan, kami ke rumah kawan Hubby di sekitar kawasan perumahan kami. Sempat bergambar bersama-sama dengan mempelai dan kawan Hubby. Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai. Semoga jodoh kalian kekal hingga ke akhir hayat. Bahagia untuk selamanya. Amin.




Sedap nasi lauk kenduri. Alhamdulillah.



Kami kemudiannya ke rumah kawan Hubby. Open House Hari Raya. T makan Nasi Dagang sikit dan jugak Air Oren Sunquick. Dah kenyang sangat dah. Tak mahu makan banyak-banyak.





Yang berambut panjang berbaju melayu hitam tu, Ebby Saiful. Pelakon penyanyi terkenal zaman 80'an dulu. Yang berbaju kurung hitam itu adalah isteri beliau. Dia adalah kawan kepada tuan punya rumah. Tengah dok busy memasak Rendang Ayam masa ni.





Sempat mengambil gambar bersama Ebby Saiful. Cool orangnya. Teringat aksi lakonannya di dalam filem Marah-Marah Sayang dan Ali Setan.




18092011


Untuk tengahari, T cuma masak nasi, goreng Puyuh Berempah dan juga Sambal Buah Mangga Muda. Untuk minum petang T masak Spageti Bolognese. Alhamdulillah. Duduk di rumah saja sepanjang hari ini. Penat dah berjalan jauh.





Jumpa kamu lagi nanti!


Love You!

DUTA SANDS BEACH RESORT

Assalamualaikum...

16092011

Balik dari tempat kenduri, kami singgah di Kerteh. Singgah beli burger di Mc'D. Tapau saja makan di dalam kereta. Sampai di area Beserah, Mr. Hubby singgah cari bilik. Di Duta Village Beach Resort semua bilik sudah habis dibooking. So kami ke sinilah. Duta Sands Beach Resort. Tinggal pun cuma dua bilik saja. Pertama kali singgah tidur di sini. Sampai pun dah nak masuk waktu Maghrib. Badan dah penat giler. So, kami bermalam di sinilah. Rest and Relax.





Dinner. Minta Mr. Hubby tapaukan saja. Kami dah tak larat nak keluar. Nasib Alhamdulillah. Semua makanan berasa. Sedap.




17092011


Sudah pagi. Aktiviti di pagi hari ialah berjalan-jalan di persisir pantai ye adik kakak!




Kawasan sekitar chalet




Sudah sampai di pantai. Seronoknya dapat berjalan-jalan menghirup udara segar di sini. Sempat pulak berbual-bual dengan seorang makcik dan seorang kakak yang amat peramah tu. Silap T tak ambik gambar atau no telefon mereka. Sampai sekarang rasa menyesal coz mereka sangat baik dan peramah.





Breakfast yang Mr. Hubby cari berdekatan chalet. Nasi Lemak, Nasi Dagang dan Air Teh Tarik. Sedap. Alhamdulillah. Kenyang kami makan.




Nak check out dah. Sampai ketemu lagi ye Duta Sands...




Dah... Dah...





Kami terus pulang ke Temerloh. Mahu menghadiri undangan majlis perkahwinan anak saudara kawan Hubby. Juga ada jemputan Open House.