Sunday, October 30, 2011

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-26

26102011 - 01112011

Bayi : Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.

Ibu : Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini disebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru.

Sumber : Majalah Pa & Ma. Februari 2005.

Alhamdulillah. T sihat. Baru balik bercuti dari Langkawi & Pulau Pinang. Entry ketika bercuti akan diupdatekan kemudian. Terima Kasih.

ABANG SAYANG

Assalamualaikum...

221011

Singgah sebentar di rumah abang T di Damansara Damai sebelum meneruskan perjalanan ke Penang. Sudah tiga bulan tidak berjumpa dengan abang walaupun dalam masa itu sudah beberapa kali jugak kami ke KL. Masa yang tidak mengizinkan untuk kami bertemu. Dapatlah melepas rindu barang sejam dua. Kakak Ipar sudah siapkan makanan for lunch jugak Laksa Lemak. Kami dah lunch di Temerloh (makan kenduri), jadi makan sedikit saja buat alas perut. Terima kasih Kak Kin! Masakan Kak Kin tetap sedap seperti selalu! I love my brother. I love my sister in law!



MAIN MASAK-MASAK

Assalamualaikum...

171011

Puyuh Goreng



211011

Puding Karamel



291011

Fettuccine Carbonara

Thursday, October 20, 2011

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-25

19102011 - 25102011

Bayi : Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.

Ibu : Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.

Sumber : Majalah Pa & Ma, Februari 2005

T sihat alhamdulillah. Cuma dua tiga hari ni, tekak terasa kering sangat dan sering tersedak, terjelik lantas terbatuk-batuk. Sakit nak telan air liur. Emmm, kurang minum air masak ni kot! Baby pulak aktif bergerak. Barang baby satu apa pun belum dibeli lagi. Nanti-nantilah tu. Tunggu time mega sale ke. Dapat harga murah sikit. Mana yang kita boleh jimat, kita jimat. Kan B? Kan baby?

Saturday, October 15, 2011

RIZKI TOMYAM

Assalamualaikum...

Tadi keluar dinner di Restoran Rizki Tomyam di Mentakab. T order Ikan Talapia Bakar, Ikan Siakap Black Pepper, Tomyam Campur dan Sayur Campur. Sebelum balik, T order Somtam pulak. Kenyang makan malam ni. Alhamdulillah.


SELAMAT PENGANTIN BARU WAN & AMIN

Assalamualaikum...

Hari ni kami menghadiri undangan majlis perkahwinan kawan T, Wan Azniza bersama pasangannya Mohd Amin di Dewan Serbaguna Taman Seri Semantan. Tahniah buat kedua mempelai. Kak T doakan jodoh kalian akan kekal hingga ke akhir hayat. Semoga Allah S.W.T memberkati hidup kalian berdua. Amin Ya Rabbal Alamin. Terima Kasih ye Wan, sudi menjemput kami meraikan hari bersejarah kamu! Berseri-seri kamu tadi. Cantik dan manis sekali. Jaga cik abang baik-baik ye? :-D



Preggy mommy tengah dok tayang hadiah. Cari hadiah di The Store Temerloh tadi sebelum ke sini. Harap Wan suka ye hadiah yang Kak T beri?



Baru sampai di dewan




Gulai Ikan Talang Masin dia sedap. Bubur Kacang panas-panas. Alhamdulillah.



KASUT BARU

Assalamualaikum...

Budak-budak ni happy. Hari ni abah belikan kasut baru buat mereka. Abahnye, kasut baru untuk Ummi tak beli ke?


Friday, October 14, 2011

PUYUH MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum...

13102011

Untuk dinner T sediakan Puyuh Masak Lemak Cili Api, Sayur Campur Goreng, Ikan Kering Gelama dan juga Sambal Cili. Alhamdulillah.

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-24

12102011 - 18102011

Bayi : Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu.

Ibu : Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kencing manis atau diabetis pada minggu ini.

T sihat Alhamdulillah. Baby makin aktif bergerak. Menendang-nendang. Kalau dia diam, T tegur tanya dia tengah buat apa, sepantas kilat dia tendang T. Nak jawab dia ada tu. Hehe.. Anak Ummi.. Tak sabar Ummi nak tunggu kamu lahir baby!

KUBAWA HATI INI

Assalamualaikum...

10102011

Layan novel ni sambil dok makan-makan jugak. Tapi taklah makanan ni dihabiskan semua sekaligus. Pepalih yek awok? Ate melampau benor tu. Hehe...




Kek Coklat yang dikirimkan oleh Nona Diva oleh suaminya. Tq Nona. Sedap rasa kek ni tau! Teruja preggy mommy dok makan.




12102011


T masakkan lagi Puyuh Tiga Rasa di atas permintaan anak-anak. Sementelah Mr. Hubby ada urusan kerja di KL. So, masak sejenis lauk saja. Makanlah kami tiga beranak ni. Alhamdulillah.




SARAPAN DI MANA?

Assalamualaikum...

09102011

Pagi ini Ma masak Nasi Goreng, Nasi Lemak dan Air Teh 'O'. Selepas bersarapan kami pun pulang ke Temerloh. Bersantai berehat di rumah saja.




TANJUNG LUMPUR, KUANTAN

Assalamualaikum...

08102011

Dari Dewan Kastam, kami gerak ke Tg. Lumpur. Misi mencari seafood yang dicelup tepung. Ada kat satu gerai yang famous di sini. Gerai Pok Su. Sebelah Balai Polis di Tg. Lumpur ni. Kemudian, kami tapau bungkus makanan dan bawa ke rumah kawan Hubby di Taman Astana Permai. Minum petang di sini. Ajak seorang lagi kawan kami datang berkumpul sama. T berkawan sama dengan isteri-isteri kawan Hubby, Suzy dan Nona.




Nona Diva nak balik dulu. So mari kita ambil gambar bersama. Masa ni perut agak tidak kelihatan. Akan tetapi...




Ye! Perut semakin menonjol di dalam gambar ini. Sayang kamu Nona Diva. Dia salah seorang sahabat T yang memahami. Paling cool dan best sekali!




Anak dara T...




Dinner dalam pukul 6.30 petang dan kemudian kami gerak balik ke Kuala Krau. Bermalam di Kuala Krau sambil nak menghantar Emak dan Mak Su. Terima Kasih tuan rumah! Melayan dan memasak buat kami. Tqvm Suzy!



SELAMAT PENGANTIN BARU YANA & ZUL


Assalamualaikum...

08102011

Kami bersarapan di Temerloh sebelum ke Kuantan. Makan pagi di gerai Mok Nab di Taman Seri Semantan, berhadapan Dewan Orang Ramai. Sampai di Kuantan, kami ke East Coast Mall. Cari hadiah buat pengantin baru, Yana dan Zul.



Dalam pukul 1 tengahari kami sampai di Dewan Makmur Ar-Rahman di Perumahan Kastam Sultan Hj Ahmad Shah, Bukit Pelindung. Berselera kami dok makan. Nasi dan lauk-pauk kenduri semuanya sedap-sedap belaka.




Pengantin baru tiba selepas waktu Zohor. I malu nak naik atas pelamin. Biarlah mereka bergambar bersama ahli keluarga saja. Dapat di hadapan pelamin ni pun cukuplah. Oh by the way, Yana ni adik angkat T. Sama-sama belajar dengan adik T di UITM Jengka dan UITM Segamat. Insya Allah, 24102011 ni mereka sama-sama akan berkonvo menerima Ijazah di UITM Shah Alam. Tahniah buat Yana, Asmidar dan kawan-kawan seangkatan dengan mereka ye?





Bersama Ungku Nafeesah. Salah seorang kawan adik T.




Sempat bergambar dengan pengantin di meja makan ni. Tapi guna camera dia aje. Nanti kalau ada T upload kemudian ye? Buat Yana dan Zul, Selamat Pengantin Baru. Semoga jodoh kalian kekal hingga ke akhir hayat. Diberkati Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Alamin. (gugur air mata tatkala mendengar bacaan doa selamat oleh ayah pengantin lelaki. sebak wei. dengar suaranya yang sebak dan mendayu. oh sungguhlah sedih. terasa sayu dan air mata mengalir tanpa disangka. dada ketat dan lemas. tanda kasih sayangnya kepada anak dan menantu)




Nur pun sama dan sign buku ucapan tetamu.






Makan Cendol dulu. Cuaca tengah panas. So layan Cendol di ketika ini amatlah bersesuaian sekali ye? Kemudian kami terus bersolat jamak di surau bersebelahan dewan. Sudah bersolat, kami gerak pula ke Tg. Lumpur. Buat apa di Tg. Lumpur? T sambung cerita next entry.



Friday, October 07, 2011

PUYUH TIGA RASA

Assalamualaikum...

Untuk dinner malam ini T masak Puyuh Tiga Rasa. Buat tak pedas sangat jadinya anak-anak T laju dok makan. Nur siap pesan masak begini lagi jugak dia mintak masakkan Puyuh Masak Lemak Cili Api. Menu je namanya Masak Lemak Cili Api. Tapi T letak Cili Apinya sebiji dua saja. Kalau pedas Nur dan Abahnya tak makan pulak. T dan Adib je dok layan makan pedas-pedas ni.



Mr. Hubby baru balik dari KL tadi. Dia belikan Donut, Sandwich Tuna dan Sandwich Ayam di DD. Tq B!

KAD UNDANGAN PERKAHWINAN

Assalamualaikum... Kami suami isteri menerima 4 kad undangan perkahwinan yang bakal berlangsung sepanjang bulan ini. Semua ini adalah jemputan daripada kawan-kawan kami. Terima kasih kerana sudi menjemput ye? Selamat Pengantin Baru diucapkan buat pasangan mempelai. Cantik-cantik design kad mereka dan yang terkesan di hati ialah apabila melihat kad undangan ala-ala "Facebook"! Suka sangat melihatnya. Sempoi but so romantic. Kata-kata yang tercatat di atas kad, "Telah. Ditakdirkan. Untuk. Kami. Bercinta. Bahagia. Dan. Terus. Bercinta. Selamanya." Ah! So sweet right?

Thursday, October 06, 2011

40 MINGGU NAN AJAIB - Minggu Ke-23

03102011 - 09102011

Bayi : Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan stetoskop. Dia juga mula pandai tersedu.

Ibu : Jika tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai 'oedema'.

T rasa sihat Alhamdulillah. Cuma kadang-kadang bila rasa malas tu datang, apa lagi berlingkau tidur buat tahi mata! Sebab malas mahu berbuat apa-apa. Rasa nak relax bersantai di pembaringan saja. Paling tidak habiskan masa dengan menonton rancangan tv Astro atau membaca majalah Pa & Ma. Haish!

Sumber : Majalah Pa & Ma, Februari 2005

Wednesday, October 05, 2011

SUP BURUNG PUYUH

Assalamualaikum... Untuk dinner hari ini T masak Sup Burung Puyuh, Ikan Talapia Goreng dan Sambal Belacan. Stok Burung Puyuh baru sampai dari kampung tadi. Emak T kirimkan pada kawan T yang bekerja di sini. Tq ye Kak Anis? Dah banyak kali T susahkan akak nak ambik barang di rumah Ma. Tq banyak-banyak! Nanti T belanja akak makan eh? :-D

FETTUCCINE CILI API

Assalamualaikum... Alkisah 031011 T goreng Fettuccine Cili Api. Hanya tumis Bawang Merah, Bawang Putih dan Cili Api saja. Senang sangat. T suka makan pedas so layanlah makan menu jenis gini! Korang cubalah!

Monday, October 03, 2011

AHAD KAMI

Assalamualaikum... 02/10/2011 Kami ke kedai makan Tok Ayoh yang terletak di hadapan Masjid Abu Bakar Temerloh. Tempat lepak kami di pagi Ahad coz selepas makan kami akan terus berjalan kaki ke Pekan Sehari. Kami memang suka makan di sini kerana tuan punya kedai orang Kelantan dan off course rasa makanannya sangatlah sedap. Rasa macam dok makan di Kelantan pulak sebab ramai pelanggannya terdiri daripada orang-orang Kelantan. Ramai tau orang Kelantan yang duduk di Temerloh ni! Termasuklah kami. Pergi Pekan Sehari cari kuih-Muih dan Lala sahaja. Balik rumah dok baca paper jap dan terus masak Lala Tumis dan tumbuk Sambal Cili Api. Kari Ayam dan Kerutub Daging tu T beli di Kedai Makan Tok Ayoh tadi. Alhamdulillah. Rezeki kami untuk hari ni. Sepanjang hari ni dok lepak di rumah saja. Tak ke mana-mana pun. Bersantai sambil baring-baring baca majalah, tengok homework anak-anak. U ols berjalan ke mana? Sure g mallkan? Banyak nampak dok bershopping tu? Hehe...




SABTU KAMI

Assalamualaikum... 01/10/2011 Kami bersarapan di Restoran Temerloh Tomyam. Berhadapan Am Bank yang terletak di Flat PKNP. Kami order Nasi Lemak dan juga Roti Canai Banjir. Alhamdulillah. Kenyang kami sekeluarga dok makan. Sudah makan T ajak Mr. Hubby ke Shamensi. Cari tudung untuk Nur. Dia beria nak pakai tudung ala Yuna @ Hana Tajima. T pun suka tengok anak-anak gadis sekarang dok pakai tudung jenis gini. Sweet sangat-sangat tau! T nak pakai tapi takut tak sesuai dengan muka T yang bulat dan berpipi tembam ni. Over tau! Mak maluuuu! Ngeeee... Siap membeli tudung, kami ke Plaza Temerloh. Nama je gah "Plaza Temerloh" tapi yang ada hanyalah Pejabat MPT dan cuma 2-3 kedai yang beroperasi. Sekitar tahun 1997-1998 dulu semua kedai dibuka dan ramai orang yang datang berkunjung. Tetapi keadaan amat menyedihkan sekarang. Agaknya bisnes tak boleh berkembang di sini aka sewa yang mahal agaknya. Tujuan T kalau ke sini tak lain tak bukan nak pergi ke Tailor Sayang. Nak jahit blouse dan baju kurung Nur. Siap dalam masa seminggu ni. T jadi pelanggan kedai ni sejak tahun 1997. Memang sedap memakai hasil jahitannya. Untuk lunch merangkap minum petang, Mr. Hubby nak makan Fettuccine Carbonara. So T masak sajalah memandangkan bahan-bahannya sudah ada di rumah. Untuk dinner pula, kami ke Restoran Rizki Tomyam di Mentakab. Order lauk yang simple sahaja. Ikan Siakap Black Pepper, Tomyam Campur, Sayur Campur dan Telur Dadar. Makan dalam keadaan hujan lebat yang tengah turun membasahi bumi. So order Air Masak Suam saja. Alhamdulillah. Ini cerita Sabtu kami. Sabtu kamu? Mesti lagi meriah dan happenning! Kan? Ha! Dah agak pun! :-D.