Monday, November 28, 2011

TUNAS MANJA

Assalamualaikum...

Pagi ni lepas breakfast, kami ke Tunas Manja. Cari barang dapur sikit. Adib kena duduk dalam kereta. Ummi kena cepat-cepat cari barang coz kesian pada Adib yang ditinggalkan di dalam kereta. Tapi dia okey coz dah tingggalkan handphone untuk dia main game tadi. As long as dah dapat handphone, dia tak kisah apa dah...



Untuk lunch Adib, T masak Sup Kepala Ikan Merah. Adib makan bertambah. Suka Ummi melihatnya! T tak pernah beli tau Ayam atau Ikan di The Store atau di Tunas Manja. Atau di kedai yang besar. T beli di kedai dekat kawasan kedai rumah T saja. Pernahlah sekali dua beli daging yang diperap di Giant atau Tesco. Tak berani beli Ayam kat situ takut cara sembelih tak betul. Sebab tu T cari di kedai biasa saja. Ikan-ikan nipun Hubby beli di Pekan Sehari semalam.



Untuk minum petang T dan Hubby, T buat Salad ni dan juga potong Buah Naga. Teringin nak makan dua makanan ni hari ni. Anak-anak pulak mintak dibuatkan Roti Bakar saja. Alhamdulillah.



Untuk dinner kami 3 beranak, T masak Kari Kepala Ikan Tenggiri. Alhamdulillah.



Baby sayang,

Tadi sebelum Ummi dan Abah pergi cari barang dapor di Tunas Manja, kami singgah di Kedai Perabot Teck Seong. Ummi dan Abah nak cari almari untuk baby. Ummi memang nak cari almari yang berwarna putih tau untuk Baby. Hari tu Ummi dah tengok di IKEA, ANEBODA chest of 3 drawers. Harganya dalam RM199 tapi Abah tak mahu beli yang itu. So tadi, Ummi pilih almari yang ini dan Abah setuju nak beli. Terus call tokey Teck Seong minta diskaun aka special price. Hehehe. Deal harga dan terus petang tadi almari ni mereka hantar ke rumah kita. Nanti Ummi simpan dan susun barang-barang baby dalam almari ni okey anak Ummi? :-D

Sunday, November 27, 2011

SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum...

Salam Maal Hijrah. 1433H. Selamat Menyambut Tahun Baru dalam kalendar Islam. Semoga hari-hari mendatang, memberikan kebaikan dan kesejahteraan buat kita semua. Dijauhi bala mara bahaya. Semoga yang manis-manis saja hendaknya terjadi. Tak mahu lagi alami yang pahit-pahit. Serik! Amin Ya Rabbal Alamin.

Hari ini family Abang Ipar datang bertandang dari selayang. Terima kasih di atas kunjungan kalian! Datang melawat Adib. Untuk lunch, T cuma masak Ikan Talapia Goreng dan Ikan Merah Bakar. Lauk-lauk lain Hubby beli di kedai makan di Bukit Angin. Dekat kedai kontroversi pasal kes Gulai Ikan Patin Tempoyak yang dicaj harga RM35K tak lama dulu. Makan ramai-ramai. Seronok!



Lauk Adib dan Nur for dinner, Ikan Tenggiri Bakar.



Untuk T dan Hubby, Ikan Krai Goreng Berempah + Kicap Manis. Rempah Mak Mertua bawa dari Kelantan ari tu. Simple menu saja malam ni. Alhamdulillah.

Saturday, November 26, 2011

KENA TINGGAL

Assalamualaikum...

Hari ni T kena tinggal. Hubby g KL tolong adiknya berpindah rumah. So T masak yang ringkas saja untuk kami 3 beranak. Untuk lunch T masak Ikan Kembung Cili Hijau, Ikan Bawal Bakar dan Sayur Sawi Tumis Air. Alhamdulillah.



Kek ni anak saudara T yang buat. Dia singgah datang rumah tadi. Sedap! Tq Anis!



Untuk lauk dinner Adib, Ikan Bawal Halia Kukus

Friday, November 25, 2011

SELAMAT BERKHATAN ADIB!

Assalamualaikum...

Adib selamat berkhatan sudah hari ini di Klinik Sulaiman Temerloh. Alhamdulillah. Adib ok. Ummi dia saja yang berdebar lebih! Takut Adib rasa sakit. Ouch! Pedih, perit, ngilu gitu rasanyakan? Hehe...

Terima kasih di atas ucapan tahniah dari auntie-auntie yang wishkan Adib di FB ye? Yang doakan Adib selamat berkhatan dan cepat sembuh. Tq uols! Really appreaciate it!



Menu orang dalam pantang. Ikan Bilis Goreng dan Ikan Tenggiri Bakar. Surprisingly, Adib makan bertambah!



Untuk T, Hubby dan Nur, makan yang ini saja. Singgang Ikan Kembung, Ulam Timun Batang dan Budu. Tambah Telur Dadar juga. Alhamdulillah.

Thursday, November 24, 2011

ANAK-ANAK & CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum...

Hari nikan, T bawa anak-anak T g Perpustakaan Awam Temerloh. Actually, 1st time T datang sini. Anak-anak dah merasa pergi masa rombongan tadika mereka dulu. So tadi buat kad untuk my kids nak meminjam buku-buku di sini. Settle bayar RM7 seorang untuk buat kad, tanpa membuang masa, mereka dok pulun memcari dan membaca buku. T pulak dok tinjau buku di bilik orang dewasa. Tak ada buku-buku yang menarik pun coz semuanya dalam keadaan yang buruk lagi daif. T sekadar dok belek-belek majalah saja. Dalam sejam setengah jugak duduk di situ. Bagi peluang pada anak-anak untuk membaca. Air cond kuat. T pun jadi mengantok dan lapar giler. Ingat pikir pasal makan saja. T pun mesej pada Hubby nak ajak lunch sama. Nasib Hubby tak busy so hari ni g makan kat tempat jauh sikit...




Sejurus keluar dari library, T terus berjumpa Hubby di tempat yang dijanjikan dan menaiki kereta bersamanya untuk lunch di Restoran S.Z. Rahmah di Jalan Maran. Dah lama tak makan di sini. Berselera benar T dok makan tadi memandangkan perut pun tersangatlah laparnya. Best, best, best amat dapat makan di sini. Masa T sampai dalam pukul 12.45 tengah hari gitu, meja makan semua dah penuh diduduki orang. Ada satu meja saja lagi yang tinggal untuk kami. Apa lagi! T terus mencelah-celah ambik lauk dan nasi. Lambat-lambat kalu, habislah semua lauk tu. Alhamdulillah. Kenyang makan tadi. Terima kasih Mak Ngah, sibuk pun sempat jugak kita berbual tadi!



Hubby balik dari kerja tadi dia bawak balik ni, Blu-ray DVD Player. Gambar lebih jelas dan cantik kalau pakai Blu-ray. Suka!



Hubby tengah test dvd player. Tv Plasma 3D 50 inci LG ni Hubby baru beli masa kami ke KL last week. Beli di Harvey Norman Mid Valley.



3D. Syiok! Tambah syiok bila T tambah Astro super Pack. Banyak cerita yang ada. Yang paling best gambar HD dia. Jelas, terang dan menarik sungguh! Sampai T naek pening nak tengok channel mana satu. Semua channel sedap-sedap belaka ceritanya! :-D



Malam ni lepas hantar Adib ke kelas tuisyen Bahasa Inggeris, kami keluar dinner di Mc'D Mentakab. Memandangkan esok Adib nak bersunat, T tanya dia nak makan apa? Adib request nak makan burger Mc'D. T beli Family Dinner Box saja tadi.



Selepas makan, kami ke The Store yang terletak bersebelahan untuk membeli sedikit barang dapur. Dan bergegas pulang nak ambil Adib di kelas tuisyen. Uisssh! Jem pulak dah! Ada road block. Kat area lepas traffic light simpang 4 Seri Kemuning tu. Haish! Lewat setengah jam ambil Adib tadi! Geram betul tau! Kereta kena tahan sekejap. Dia suruh berhenti di tepi jalan nak tengok lesen kereta. Walawei! Pas tu tak de apa pun, dia lepas pergi gitu je. Sakitnyala hati aku ni! Grrrrrr!

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-30

231111 - 291111

Bayi : Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.

Ibu : Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.

Wednesday, November 23, 2011

BLOOD SUGAR PROFILE

Assalamualaikum...

Hari ni T kena buat BSP. Blood Sugar Profile. Keputusan 8.00 pagi tadi ialah 4.9 (T kena puasa sejak pukul 10.00 malam tadi sebelum buat BSP hari ni). Kemudian balik ke rumah dan makan 2 keping Roti Wholemeal Gardenia dan segelas Susu Glucerna SR (susu khas untuk pesakit diabetes). Alhamdulillah, keputusan pada pukul 12.00 tengah hari pulak ialah 3.9. Lepas buat BSP, T ke Restoran Saniah untuk lunch. T makan Nasi Putih separuh, Sup Ayam, Kicap, Sayur Kangkung dan Air Suam. Lepas lunch tak ambik sebarang makanan dah. Takut result tak cun petang nanti. Pukul 6.00 petang keputusannya ialah 5.6. Aduh! Tak cun jugak rupanya! Balik rumah, makan menu yang sama seperti pagi tadi dan keputusan pada pukul 9.00 malam pulak turun ke 4.9. Uuuh! Serik ah! Kena jaga makan elok-elok. Kalau tidak kena ambik insulin. Tak rela I ah!



Gunting botak rambut Adib di Lemy Love Salun. Nampak kemas sikit :-D



Beli kain pelikat untuk Adib. Nak bersunatkan Adib hari Jumaat ni. Dia dah tak sabar-sabar nak bersunat. Semua kawannya pun sudah bersunat. Dia saja yang belum.



Beli sandal T & the kids di BATA tadi. Kaki T saiz 10. Susah nak cari kasut, sandal. Baru ni g Mid Valley pun, stakat ada saiz 9. Lewre ada saiz 10 tapi ketat di bahagian tengah kaki. Dah try Carlo Rino, Sembonia, Hush Puppies, Nose, Vincci tapi still tak ada saiz jugek! Geram!

Tuesday, November 22, 2011

SECRET RECIPE

Assalamualaikum...



211111

Semalam g makan Nasi Ayam Kak Mala di area Tabung Haji Temerloh. Ini baru kali ke dua T makan di sini. Hari tu makan, (dalam setahun lepas) tak berapa sedap rasanya dek anak tekak. Tapi bila makan semalam, sedapnya lain macamlah! Sambal dia ada kick! Dan pagi tadi, T g makan di restorannya pula di Bandar Baru Temerloh. Makan bersama anak-anak dan kawan T, Kak Yah. Kalau semalam makan ayam yang diperap goreng, hari ni try makan ayam yang dikukus pula. Yummy! Sedap!



221111

Hari ni keluar dating dengan kawan T, Kak Yah. Mula-mula kami ke Restoran Kak Mala, kemudian temankan Kak Yah ke kedai Shmoo Pet Care. Kedai kawan kami jugak, Erin. Kak Yah nak belikan mainan untuk kucing-kucing peliharaan dia. Dari situ kami lepak pulak di Secret Recipe. Sambung berbual panjang (tapi still tak puas!). Lain kali kena plan keluar dating lagilah ni! Hehe...

Adib



Me & Kak Yah. Sayang Kak Yah ah!



My lovely kiddos

Monday, November 21, 2011

2011 2011

Assalamualaikum...

2011 2011

Tarikh yang sangat cun hari ini. Suka tarikh-tarikh yang unik begini. It is something...



Breakfast di Citi Cafe






Mr. Hubby mahu check-out bilik sudah



Bestkan kalau dapat TV Plasma LG 3D 50 inci ni? Aha! Lalalala...



O yeah! Kami di IKEA! Senyum Ummi melebar hingga ke telinga! Suke!



Ini saja yang sempat dibeli. Nur demam so kami balik awal dari Kuala Lumpur. Sebelum itu singgah di rumah Abang Ipar di selayang. Lunch di situ dan kemudian terus pulang ke Temerloh. Home suite Home!


CITITEL MID VALLEY

Assalamualaikum...

Lepas lunch, kami terus check-in bilik di Cititel Mid Valley. Sebelah malam jalan-jalan window shopping saja di bawah.













Big Apple Donut. Makan sikit buat merasa.