Posts

Showing posts from January, 2012

ABAH

Assalamualaikum...

Abah dah discharged dari Hoshas today. Doktor bilang tiada masalah dengan buah pinggang. Cuma hatinya bermasalah pula. Sudah bawa pulang Abah ke Kuala Krau. Dia lebih selesa duduk di rumahnya saja. Kena jaga makan, ubat tak boleh culas. Itu yang dipesankan. Doakan my abah cepat sembuh. Tadi pun dia masih lemah. Ah abah!

40 MINGGU NAN AJAIB: Minggu Ke-39

25012012 - 31012012

Bayi : Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.

Ibu : Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap untuk ke hospital.

Me sihat saja. Cuma pesen berjalan sudah berubah. Setapak demi setapak. Agak sopan kelihatan di situ ye? Lemah gemalai bagai wanita melayu terakhir. Tak larat sangat dah nak menapak. Hehehe...

Tadi buat Blood Sugar Profile bersekali dengan check up. Tiada masalah apa-apa. Berat turun 0.5kg. Nurse cakap kepala baby sudah turun dan dia menganggarkan baby seberat 3.2kg. Keputusan BSP hari ini ialah:-

08.00 am : 5.2
12.00 pm : 4.2
06.00 pm : 4.2
09.00 pm : 5.1

ABAH

Assalamualaikum...

190112

Abah & Ma datang ke rumah T untuk menghadiri majlis tahlil di rumah kak Long. Abah memang tak sihat lately. Tak boleh nak makan banyak. Semput. Tak boleh tidur juga hampir sebulan lepas.

200112

Nak bawa Abah ke klinik, tetapi Abah tak mahu.

210112

Nampak keadaan Abah semakin teruk. Kaki dan betisnya semakin sembab. T segera memberitahu adik-beradik yang lain mengenai Abah. Mr. Hubby memutuskan untuk menyuruhnya memdapatkan rawatan di hospital. Adik bongsu yang baru tiba dari KL membawa Abah dahulu ke hospital. Kami menyusul kemudian memandangkan me yang tengah sarat dan tidak larat lantaran badan yang semakin memberat. Selepas membuat ujian air kencing dan X-ray, Abah akhirnya ditahan di wad. Doktor mengatakan keadaan Abah amat serius berpadanan dengan usia 65nya. Mujur kami hantar Abah awal-awal ke hospital kerana darahnya juga rendah. Tidak silap keputusan kami "memaksa" Abah tadi. Abah sampai tak sedarkan diri pada sebelah malam kerana kandungan gu…

KESIAN DIA

Image
Assalamualaikum...

Tahun ni Adib belajar dalam darjah 6. Nak ambik UPSR bulan September nanti. Sekarang sudah mula ke kelas tuisyen. Hari ini paling padat jadualnya. Pagi ke sekolah di SKJB, petang dalam pukul 2.30 ke Kelas Q-Fa, dari situ ke kelas tuisyen Bahasa Inggeris. Dan malam ini ke kelas tuisyen Matematik pula. Balik dari kelas tuisyen, kena siapkan pulak homework dari sekolah di sebelah pagi. Lelah dibuatnya! Kelas tuisyen pulak bertembung sebab minggu depan cikgu-cikgu cuti for CNY. Kalau tidak kelas tuisyennya sebelah petang sepanjang hari bersekolah. Kita nak mengambil dan menghantarnya pun semput, apatah lagi mereka yang tengah belajar ni ye? Penat mental mahupun fizikal. Kesian dekat Hubby jugak penat dengan kerjanya lagi. Nak kena bergilir-gilir ambik hantar dengan me yang tak berapa nak larat ni. Tapi apa boleh buat, kenalah berkorban masa. Untuk anak-anak kami juga.

Sepatutnya Adib ke sekolah petang ni. Ada pemilihan untuk Bola Sepak. Teacher call cakap banyak nak kena…

BELAILAH KALBU

Image
Perjalanan hidup ini sememangnya sukar dijangka. Apa pun yang menjengah kita, biar apa dan bagaimana bentuk rentak yang datang; kalbu yang sentiasa dibelai dengan keimanan pasti akan sentiasa damai. Biar orang melihat itu sebagai petaka tapi bagi hati yang tenang, ia bukan terlalu sakit untuk dikesalkan.

Lumrah kehidupan, bukan semua kita ingini akan tercapai. Andai semuanya dapat, kita akan jadi takbur. Adakala, sekuat mana pun usaha, andai DIA tidak izinkan, sesuatu itu tidak akan terjadi. Maka, jika perlu menangis, menangislah... Tapi usah terlalu lama sebab pintu kebahagiaan yang baru telah sedia terbuka.

Yakinlah... Ketentuan-NYA telah sedia tersimpan jauh lebih dahulu daripada kewujudan kita. Kita hanyalah makhluk penyempurna apa-apa yang telah ditentukan. Belai-belailah kalbu dan damai-damaikanlah hati, moga rahmat dan redha-NYA akan sentiasa memayungi hidup kita. Insya-ALLAH.

40 MINGGU NAN AjAIB : Minggu Ke-38

Image
18012012 - 24012012

Bayi : Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.

Ibu : Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Me sihat saja. Tapi rasa tak larat benar dah nak membawa perut ni. Tadi pergi check-up di Klinik Kesihatan Simpang Songsang. Berat badan naik sekilo lagi, hari ini T seberat 94.5kg. Yang lain normal tak ada apa yang nak dirisaukan. Adib dan Nur lahir ketika mereka berada di minggu yang ke-38. Yang nombor 3 ni tak tahulah bila dia nak keluar ye? Menghitung hari sajalah. Nurse bagi buku Pregnancy Guide ni. Ala, I nak bersalin dah ni baru nak kasi? Isi dalam buku ni cute tau! Suka dapat buku ni. Tq Nurse!

ANAKKU

Image
Adib




Nur


** Primula Beach Resort. Kuala Terengganu. Christmas 2011 **

FESTIVAL PUISI WARISAN

Image
Assalamualaikum...

Cerita penuh ada di sini,http://watiyusof.blogspot.com/2011/12/festival-puisi-warisan.html Hari ini baru Adib dan kawan-kawannya mendapat sijil dan juga wang saguhati RM100 yang dibahagikan sesama mereka. Dapat semasa perhimpunan di sekolah pagi tadi. Alhamdulillah. Bertambah satu lagi sijil Adib. Ummi suka!

Hari ini Nur demam. Adib batuk. Mr. Carens meragam and me, kaki dah mula nampak sembab. Oh no! Tak sukanya pabila masalah datang bertimpa-timpa.

Cool wati... Cool. Chill!

SECRET RECIPE

Image
Assalamualaikum...

Dinner di Secret Recipe hari ni...



Chocolate Indulgence. Yum!



Adib punya ni...



Hubby punya. Fish & Chips.



T punya. Steak Burger.



Nur punya. Kids Burger.



Sudah kenyang makan. Mahu balik rumah dulu!



Creame Brulee Cheese & Tiramisu Cake. Kotak SR ni yang jenis barulah! Tak berkilat macam dulu. Lagi cantik design kotak ni!

THANKS AUNTIE EMY!

Image
Assalamualaikum...

140112

Dapat parcel dari my best friend, Emy for my kids. Apa yang ada di dalam kotak comel ni ye? Let's find out now!



Tq so much Auntie Emy! Nur & Adib happy sangat dapat gift ni! Nur cakap "Baik betul Auntie Emy bagi kami hadiah!" Thanks again my dear!

PUDING ROTI KISMIS

Image
Assalamualaikum...

Buat Puding Roti Kismis ni. Lagi layan kalau ada Sos Kastard. Lagi bertambahlah kalorinya pulak iye?



For dinner, Ayam Masak Kicap. Hubby tak bagi T masak. Dia takut T penat. Dah lama jugak tak memasak pun. Tapi tak larat ah makan lauk kedai. Masak sendiri walau tak sedap mana, tapi rasa puas hatikan? Tak perlu komplen apa-apa. Tahu-tahu sepinggan nasi habis licin dimakan! Kan? Memasak tak susah sebenarnya. Ada cukup bahan-bahannya, jalan terus aje. Sedap tak sedap itu belakang kira hokey? Yang penting rajin dan ada usaha nak memasak tu. Tapi bila tengok anak-anak dan suami makan berselera sehingga bertambah, kembang rasa punggung. Suka hati melihatnya. Penat-lelah memasak di dapur tadi, hilang begitu saja. Iye tak? Tanda mereka menghargai kita. Ni penat-penat masak, tak ada siapa nak makan. Sedihkan kalau begitu? Kalau dipuji masakan kita sedap, lagi bertambah motivasi kita nak memasak dengan lebih baik dan menghasilkan makanan yang lagi enak daripada sebelumnya. Kan?…

I WANNA BE...

Image
Assalamualaikum...

"Ummi, Adib nak jadi Chef! Masak-masak macam Ummi"

"Ummi, Nur nak jadi lawyer macam Abah!"

Apa-apa pun yang kamu mahu jadi, Ummi doakan kamu berjaya. Bukan sahaja di dunia. Malah di akhirat sana. Ummi sayang anak-anak Ummi!

** kesian tengok anak-anak dah start sekolah ni. Hari persekolahan terbahagi kepada 4 tugasan. Pergi sekolah, mengaji di Kelas Q-fa, ke kelas tuisyen, malam sambung buat homework. Tetapi T pastikan mereka akan masuk tidur sebelum jam 9.00 malam. So mereka akan mendapat rehat yang secukupnya setelah seharian berkejar masa dari satu tempat ke satu tempat. Kita yang nak menghantar dan mengambil ni pun dah semput, mereka apatah lagi. Penat mental fizikal. Apa boleh buat, demi kebaikan anak-anak kita juga di kemudian hari, kan? **

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-37

11012012 - 17012012

Bayi : Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan.

Ibu : Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.

T sihat Alhamdulillah. Cuma itulah, terasa badan semakin memberat. Tadi buat check-up di Klinik Kesihatan Simpang Songsang. Hb ok iaitu 11.3. Tekanan darah 120/80. Berat naik 0.5kg menjadikan berat T hari ini ialah 93.5kg. Berat tuuuuu... Hok alohlakan... Beg-beg nak dibawa ke hospital sudah siap disediakan sejak 3 minggu lepas. Tunggu masa turun tanda dan terus ke hospital. Insya Allah T akan bersalin di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Due date pada 1.2.12 ini tapi walau apa pun, T telah bersedia mental dan fizikal untuk …

MALANG DAH BERBAU!

Image
Assalamualaikum...

Hari ni breakfast di Gerai Makan Lurah Semantan. Dekat area Pekan Sehari Temerloh. Misi utama mahu mencari Buah Kurma, Buah Oren Sunkist dan Kuih Apam Balik. Tapi lepas ni tak makan dah kat sini kot. Sebab tempat ni agak eh bukan agak tapi memang very the kotors pun! Siap berbau lagi. Ah tak rela mak ah berlama-lamaan di sini! Macam manalah depa dok berniaga sehari-hari ye? Hidung dah imun bau dah agaknya. Tak ada bau apa pun pada depa kot? Tadi T makan Nasi Berlauk & Milo Panas. Alhamdulillah.




Selepas breakfast, dok tunggu En. Suami cari barang-barang yang dihajati oleh isterinya yang sedang sarat mengandung ini. Isteri & anak-anak tak pergi sama coz hujan dah mula turun membasahi bumi. Kesian pada En. Suami yang berjalan secara solo di dalam kehujanan. Hujan tidaklah lebat sangat tetapi bolehlah membawa kemudaratan kepada isteri beliau yang mesti akan "headache" kalau kena air hujan jenis begini.

Tengah menunggu Abah di Terminal Bas Temerloh. Stesen…

TILAM BABY

Image
Assalamualaikum...

Misi mencari tilam & bantal baby terlaksana jugak hari ni. Cari di Butik Anakku di Temerloh tak ada, di Mentakab pun sama. Out of stock katanya. Tak tahu bila sampai di butik. So T cuba cari di Kedai Cute-Cute Baby di Mentakab. Semua barang baby my kids dulu dah T bagi semuanya pada orang lain. Tak ada sikit pun yang tinggal. So semua barang kelengkapan baby adalah baru dari hujung kepala hingga ke hujung kakinya! Macam buat persiapan nak sambut anak sulong! Yang masih belum lengkap ialah barut perut baby. Tapi baru siap 5 helai. 10 helai lagi tailor tu tak sempat siapkan. Harap-harap dapat disiapkan sebelum baby ni keluar. Geram tau dah lama suruh buat dan dah bagi duit pun tak dapat siap-siapkan lagi. Hish!



Breakfast pagi ni Nasi Kerabu & Milo Panas di Gerai Mok Nab di Taman Seri Semantan. Alhamdulillah.



Belikan buku untuk my kids tadi. Untuk mereka buat latihan di rumah.



Buat Puding Roti lagi tadi. Untuk minum petang.

MAKAN LEMPENG

Image
Assalamualaikum...

040112

Baru perasan dekat restoran baru ni, D Nadiyah Cafe ada jual Lempeng. Dia tulis Lempeng Kelapa tapi tak ada kelapa pun. Lempeng cicah Kuah Kari Ayam. Sekeping RM1.50. T beli 8 keping. Makan panas-panas. Sangat sedaps! Alhamdulillah.



050112

Breakfast Nasi Kerabu. Beli di kedai hadapan Kelas Qfa my kids. Mokcik Kelate ni buat Nasi Kerabu cuma pada hari Khamis. Dia masak sedap. Kena dengan selera T & family. T dok membeli makanan di kedainya sejak tahun 2000 lagi. Lama benar dah tukan? Anak-anak pun suka makan di sini time depa pergi Kelas Qfa. Mokcik tu pun dah kenal mesra dengan kami. Dia baik sangat orangnya...



060112

Breakfast pagi ni T makan Nasi Putih, Rendang Ayam dan Gulai Ikan Tongkol. Beli di kedai hadapan Kelas Qfa my kids. Untuk lunch, T bawa anak-anak ke D Nadiyah Cafe selepas mengambil mereka di sekolah. Makan Nasi Ayam for lunch. Diminum bersama Milo Ais. Alhamdulillah.



Dinner tonite. Cuma ini yang mampu dimasak malam ini. Nasi Goreng, Keropok dan…

40 MINGGU NAN AJAIB: Minggu Ke-36

04012012 - 10012012

Bayi : Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.

Ibu : Pernafasan kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Hari ini T kena buat BSP di Klinik Kesihatan Simpang Songsang. Resultnya ialah:-

08.00am : 5.0
12.00pm : 4.4
06.00pm : 4.1
09.00pm : 4.4

Okey, good control! Good job! Selama 4 kali dah buat BSP selama preggy ni, paling tinggi pernah T dapat result 6.7. Makan Cereal Fitness masa tu. Yang lain purata 4 something aje. Harap-harap tak adalah memudaratkan T selepas ini. Nak sihat, tak mahu sakit-sakit lor...

CONFINEMUM PREMIUM LEESA FORMULA

Image
Assalamualaikum...

Hari ni T pergi Klinik Kesihatan Simpang Songsang. Kena buat BSP. Blood Sugar Profile coz T ada Diabetes sikit. Settle buat BSP & check-up, T ke Klinik Kesihatan Temerloh. Beli Susu Glucerna SR. Susu khas untuk pesakit Diabetes. Beli terus 2 tin coz susu ni pun bagus untuk turunkan kandungan gula di dalam darah. Boleh diminum juga selepas bersalin nanti. Murah kalau dibeli di klinik coz kalau dibeli di mana-mana farmasi, harganya lebih mahal sedikit. Kemudian T ke Spa Le Jasmeen. Buat temujanji dah semalam dengan kawan T. Buat facial saja. Dalam sejam gitu. Seronok tika kulit dibelai manja. Nak terlena jugak dibuatnya tadi tau! Hehehe. T beli jugak Confinemum Premium Leesa Formula. Dah order awal-awal dengan kawan T. Dari spa, T singgah beli lauk for lunch dan terus ke klinik sekali lagi untuk pemeriksaan pukul 12.00 tengahari. Alhamdulillah, result BSP T okey saja.



Lauk lunch beli di kedai makan berhadapan Pasaraya Sakan & juga di D Nadiyah Cafe. T makan awal…

JOM KE SEKOLAH!

Image
Assalamualaikum...

Hari ni anak-anak dah mula bersekolah. Adib masuk darjah 6 dan Nur masuk darjah 4. Bersemangat je depa nak ke sekolah tadi. Maklumlah barang-barang sekolah yang digunakan semuanya serba baru! Semoga semangat nak belajar pun membara-baralah iye?! Ummi sentiasa mendoakan anak-anak Ummi berjaya di dalam pelajaran. Juga berjaya di dalam kehidupan. Amin Ya Rabbal Alamin.

PUDING ROTI

Image
Assalamualaikum...

02012012

Buat Puding Roti. Makan panas-panas. Anak-anak suka bahagian di atasnya. Ada rasa kerak sikit-sikit. Yummy!



Breakfast di Restoran Temerloh Tomyam. Roti Canai Banjir & Milo Panas. Sedapnyer! Memang suka makan Roti Canai Banjir di sini.



Tambah Roti Sardin satu. Share makan 3 beranak. Nur dah kenyang dah masa ni. Alhamdulillah.



Lunch. Beli di Bukit Angin. Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak, Gulai Lemak Ikan Baung, Ayam Goreng, Sayur Taugeh Goreng, Ulaman dan Sambal Tempoyak. Singgah beli Buah Rambutan juga. Terliur!



03012012

Breakfast Roti Canai Banjir & Milo Ais di Restoran Temerloh Tomyam lagi macam semalam. Alhamdulillah.



Lepas breakfast, kami ke Maybank. Settle urusan di situ, kami ke The Store pula. Cari barang makanan sikit. Singgah di sebuah kedai depan The Store. Hajat hati nak cari besen mandi untuk baby. Ada warna pink dan warna biru. Anak-anak pilih warna biru. T ikutkan aje. Daripada harga RM29.90, tokey bagi harga RM25.00 lepas T mintak kurang. Bila…

HAPPY NEW YEAR 2012!

Image
Assalamualaikum...

Selamat Tinggal 2011. Selamat Tahun Baru 2012! Suka duka pahit manis cerita sedih pilu, gembira bahagia silih berganti sepanjang tahun lalu. Namun semua masalah dan kesulitan yang melanda, dapat juga diselesaikan. Jika tidak diusaikan masalah ketika itu, setidak-tidaknya dapat jua masalah itu diatasi di penghujungnya. Episod kehilangan ahli keluarga yang kembali ke rahmatullah, mendapat ahli keluarga baru, kesulitan itu dan ini, marah dan rajuk, senda-gurau kau dan aku silih berganti bertukar warna dan wajah. Apa yang aku mahu, 2012, datangilah aku dengan yang manis-manis saja. Jika ada pahit yang mencalar, biarkanlah ianya nanti menjadikan aku lebih tabah dan kuat menghadapi liku-liku kehidupan ini. Membentuk seorang aku agar bisa menerima setiap ujian-Nya dengan redha dan pasrah. Semoga impian mahu menjadi hamba Allah yang taat, isteri yang solehah dan ibu mithali buat anak-anakku akan diperkenankan Oleh-Nya. Itu yang lebih utama daripada seribu azam yang cuba dire…

JERANTUT - KUALA KRAU

Image
Assalamualaikum...

31.12.2011

Hari ni lepas breakfast Roti Canai & Teh Tarik di Restoran Kasim, kami ke Pasar membeli lauk-pauk. Nak bawa balik ke Kuala Krau. Singgah sekejap di Kuala Krau ambil Ma dan adik bongsu untuk dibawa ke Jerantut. Misi, mahu membeli cermin mata buat Ma & juga Adib. Sementara menunggu spek mata disiapkan, kami ke TF membeli barang-barang dapur. Beli sebahagian lagi majalah-majalah untuk bulan Januari 2012.

Balik dari Jerantut, kami terus lunch. Nasi & lauk Ma dah masak awal-awal tadi. Menunya Ayam Masak Kicap, Ikan Tenggiri Masak Ompok, Ikan Sepat Masin Goreng, Sambal Cili, Salad dan Air Sirap. Sedaps & Alhamdulillah. Kenyang kami makan.



For dinner, Kari Kepala Ikan Merah. Air tangan Ma. Tak toleh kiri kanan dah. Memang makan tahap lahap ghairah sekali! Burok lantak betol! :-p



Ikan Cencaru Sumbat. Air tangan Ma jugak. T tolong bakarkan saja. Makan ketika panas-panas. Berebut-rebut dibuatnye! Alhamdulillah. Kenyang betol dinner malam ni.



Ma rebuskan …