Wednesday, January 11, 2012

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-37

11012012 - 17012012

Bayi : Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan.

Ibu : Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.

T sihat Alhamdulillah. Cuma itulah, terasa badan semakin memberat. Tadi buat check-up di Klinik Kesihatan Simpang Songsang. Hb ok iaitu 11.3. Tekanan darah 120/80. Berat naik 0.5kg menjadikan berat T hari ini ialah 93.5kg. Berat tuuuuu... Hok alohlakan... Beg-beg nak dibawa ke hospital sudah siap disediakan sejak 3 minggu lepas. Tunggu masa turun tanda dan terus ke hospital. Insya Allah T akan bersalin di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Due date pada 1.2.12 ini tapi walau apa pun, T telah bersedia mental dan fizikal untuk melahirkan anak T yang ke-3 ini. Insya Allah. Please pray for me and and my baby. Semoga T mudah dan selamat melahirkan nanti.

** 9 tahun tak bersalin. kechut perut jugak ok?! lupa cara nak meneran. macam mana tu eh? **

6 comments:

salina said...

salam T..
wah dah 37 weeks yer..
dah boleh bersalin tu..
anak2 saya 2-2 dah keluar masa tu
saya doakan yg elok2 ajer utk T dan baby....
insyaallah. baca selawat shifa banyak2 ye

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

waa dah dekat tu kakk
takpe..kang dah nak beranak sure akak ingat balik cara teran..wekkekek

semoga semuanye selamat aminn

Cho Zila said...

ok T terasa dekat dah yerk... moga semuanya selamatler ... betoitu kalau dah 9 tahuntu cam nak bersalin kali pertamajer...

.:nhalilah:. said...

gudluk kak.. moga Allah permudahkan..

wati said...

Salam T,

terlalu pantas masa berjalan..dah nk bersalin ye..kita doakan T selamat bersalin dan insyaallah dipermudahkan segalanya, amiin.

yus said...

t jgn angkat punggung masa teran nanti banyak koyak..(berckp dr pengalaman)...hehe..semoga dipermudahkan..amin..