Wednesday, January 18, 2012

40 MINGGU NAN AjAIB : Minggu Ke-38



18012012 - 24012012

Bayi : Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.

Ibu : Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Me sihat saja. Tapi rasa tak larat benar dah nak membawa perut ni. Tadi pergi check-up di Klinik Kesihatan Simpang Songsang. Berat badan naik sekilo lagi, hari ini T seberat 94.5kg. Yang lain normal tak ada apa yang nak dirisaukan. Adib dan Nur lahir ketika mereka berada di minggu yang ke-38. Yang nombor 3 ni tak tahulah bila dia nak keluar ye? Menghitung hari sajalah. Nurse bagi buku Pregnancy Guide ni. Ala, I nak bersalin dah ni baru nak kasi? Isi dalam buku ni cute tau! Suka dapat buku ni. Tq Nurse!

1 comment:

Anonymous said...

I'd like to find out more? I'd care to finԁ оut
more details.

my ѕіte ... Payday Loans