Wednesday, January 25, 2012

40 MINGGU NAN AJAIB: Minggu Ke-39

25012012 - 31012012

Bayi : Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.

Ibu : Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap untuk ke hospital.

Me sihat saja. Cuma pesen berjalan sudah berubah. Setapak demi setapak. Agak sopan kelihatan di situ ye? Lemah gemalai bagai wanita melayu terakhir. Tak larat sangat dah nak menapak. Hehehe...

Tadi buat Blood Sugar Profile bersekali dengan check up. Tiada masalah apa-apa. Berat turun 0.5kg. Nurse cakap kepala baby sudah turun dan dia menganggarkan baby seberat 3.2kg. Keputusan BSP hari ini ialah:-

08.00 am : 5.2
12.00 pm : 4.2
06.00 pm : 4.2
09.00 pm : 5.1

1 comment:

MAYA said...

dah dekat sgt dah tu kak t.. semoga semuanya dipermudahkan..insyaallah..