Monday, January 23, 2012

ABAH

Assalamualaikum...

190112

Abah & Ma datang ke rumah T untuk menghadiri majlis tahlil di rumah kak Long. Abah memang tak sihat lately. Tak boleh nak makan banyak. Semput. Tak boleh tidur juga hampir sebulan lepas.

200112

Nak bawa Abah ke klinik, tetapi Abah tak mahu.

210112

Nampak keadaan Abah semakin teruk. Kaki dan betisnya semakin sembab. T segera memberitahu adik-beradik yang lain mengenai Abah. Mr. Hubby memutuskan untuk menyuruhnya memdapatkan rawatan di hospital. Adik bongsu yang baru tiba dari KL membawa Abah dahulu ke hospital. Kami menyusul kemudian memandangkan me yang tengah sarat dan tidak larat lantaran badan yang semakin memberat. Selepas membuat ujian air kencing dan X-ray, Abah akhirnya ditahan di wad. Doktor mengatakan keadaan Abah amat serius berpadanan dengan usia 65nya. Mujur kami hantar Abah awal-awal ke hospital kerana darahnya juga rendah. Tidak silap keputusan kami "memaksa" Abah tadi. Abah sampai tak sedarkan diri pada sebelah malam kerana kandungan gula yang amat rendah di dalam badan memandangkan dia tidak berapa mahu makan kerana takut semput juga tidak dapat tidur. Kedua-dua buah pinggangnya rosak dan sekarang berada di tahap 4. Tahap 5 adalah untuk membuat dialisis. Ya Allah! Jauhkanlah! Dengan me yang sudah tidak larat, demam & batuk Nur yang belum kebah sejak seminggu yang lalu, batuk Adib yang tak elok-elok jugak sejak seminggu yang lalu. Semuanya berlaku serentak. Alhamdulillah, kepulangan adik-beradik (8 orang termasuk T) mengubat sedih yang ada. Tiada yang lebih membahagiakan selain berkumpul bersama ahli keluarga kita. Bukankah begitu rasanya?

Rumah T bercahaya dan ceria dengan berkumpulnya mereka iaitu Kak Dah, Kak Na, Kak Jah, Abang Yus, Nizam, Eidi dan Asmidar.

220112

Abah ceria pabila anak-anaknya datang berkumpul dan bertemunya di hospital. Senyuman tak lekang dari riak wajahnya. Kedatangan keluarga Abang Long (abang Mr. Hubby) dari Selayang menjadikannya bertambah gembira. Terima kasih family Selayang di atas kunjungan kalian.

230112

T tak pergi melawat Abah hari ini. Adik-beradik lain dan Mr. Hubby saja yang pergi. T dah tak larat nak menyertai mereka. Duduk di rumah sahaja bersama anak-anak memandangkan usia di bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam wad untuk melawat. Kata mereka, Abah nampak semakin lemah jika dibandingkan dengan semalam.

Hatiku walang!
Berasa bimbang!

Emy Omar my friend, my truly friend. Tq so much my dear! Doanya yang tak putus-putus for me & my abah. Love you so much my dear!

6 comments:

fiziskandarz said...

kak T, we're really sorry to hear your dad is sick. kami doakan ayah kak T cepat sembuh :(

MAYA said...

semoga abah kak t cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya..

Emy Omar said...

Ruzi,semoga semuanya dipermudahkan ye.Sabar..ini semua dugaan dan ujian dariNya. Take care dear

sHeeMa DeaN said...

T...
banyak kan bersabar yerk.. insyaALLah abah T akan sihat nanti.. kita doakan yerk.. T pun kena banyak rehat.. take care yer T..

saya faham perasaan T ketika ini.. saya pernah mengalami nya dulu..

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

moga cepat sembuh utk abah kak tie ya..insyaAllah

A.I said...

Alahai... :(
semoga abah T kembali sihat mcm biasa & dikurangkan sakitnya.
kau pon take care ye T..