Wednesday, January 18, 2012

BELAILAH KALBU



Perjalanan hidup ini sememangnya sukar dijangka. Apa pun yang menjengah kita, biar apa dan bagaimana bentuk rentak yang datang; kalbu yang sentiasa dibelai dengan keimanan pasti akan sentiasa damai. Biar orang melihat itu sebagai petaka tapi bagi hati yang tenang, ia bukan terlalu sakit untuk dikesalkan.

Lumrah kehidupan, bukan semua kita ingini akan tercapai. Andai semuanya dapat, kita akan jadi takbur. Adakala, sekuat mana pun usaha, andai DIA tidak izinkan, sesuatu itu tidak akan terjadi. Maka, jika perlu menangis, menangislah... Tapi usah terlalu lama sebab pintu kebahagiaan yang baru telah sedia terbuka.

Yakinlah... Ketentuan-NYA telah sedia tersimpan jauh lebih dahulu daripada kewujudan kita. Kita hanyalah makhluk penyempurna apa-apa yang telah ditentukan. Belai-belailah kalbu dan damai-damaikanlah hati, moga rahmat dan redha-NYA akan sentiasa memayungi hidup kita. Insya-ALLAH.

1 comment:

MAYA said...

macam best je buku ni kak t.. ;)