HAPPY NEW YEAR 2012!

Assalamualaikum...

Selamat Tinggal 2011. Selamat Tahun Baru 2012! Suka duka pahit manis cerita sedih pilu, gembira bahagia silih berganti sepanjang tahun lalu. Namun semua masalah dan kesulitan yang melanda, dapat juga diselesaikan. Jika tidak diusaikan masalah ketika itu, setidak-tidaknya dapat jua masalah itu diatasi di penghujungnya. Episod kehilangan ahli keluarga yang kembali ke rahmatullah, mendapat ahli keluarga baru, kesulitan itu dan ini, marah dan rajuk, senda-gurau kau dan aku silih berganti bertukar warna dan wajah. Apa yang aku mahu, 2012, datangilah aku dengan yang manis-manis saja. Jika ada pahit yang mencalar, biarkanlah ianya nanti menjadikan aku lebih tabah dan kuat menghadapi liku-liku kehidupan ini. Membentuk seorang aku agar bisa menerima setiap ujian-Nya dengan redha dan pasrah. Semoga impian mahu menjadi hamba Allah yang taat, isteri yang solehah dan ibu mithali buat anak-anakku akan diperkenankan Oleh-Nya. Itu yang lebih utama daripada seribu azam yang cuba direalisasikan setiap awal tahun yang tiba. Azam hanya tinggal azam. Janji tinggal janji. Tak mahu begitu lagi. Insya Allah. Mudah-mudahan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Pagi ni Ma buat breakfast Nasi Lemak, Kuih Talam Ubi dan Air Teh 'O'. Sedapnyer masakan Ma! Alhamdulillah. Kenyang perut suka hati!



Dari Kuala Krau, kami ke Temerloh. Cari sikit lagi barang-barang sekolah anak-anak. Last touch up! Lauk pun main beli je di Restoran Saniah. Balik rumah masak nasi terus. Sempat masak santan untuk dibuat minyak. Nak suruh Mr. Hubby sapu di perut untuk memudahkan proses bersalin nanti. Insya Allah. Di samping itu, T akan amalkan juga minum 2 sudu Olive Oil setiap hari mulai hari ini untuk tujuan yang sama. Mana-mana petua yang baik T ikut cozz takut nak tempuhi saat-saat bersalin nanti. 9 tahun tak beranak kau! Sakit yang dulu pun masih terasa! Ya Allah, kau permudahkanlah semuanya nanti. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang