Sunday, January 01, 2012

JERANTUT - KUALA KRAU

Assalamualaikum...

31.12.2011

Hari ni lepas breakfast Roti Canai & Teh Tarik di Restoran Kasim, kami ke Pasar membeli lauk-pauk. Nak bawa balik ke Kuala Krau. Singgah sekejap di Kuala Krau ambil Ma dan adik bongsu untuk dibawa ke Jerantut. Misi, mahu membeli cermin mata buat Ma & juga Adib. Sementara menunggu spek mata disiapkan, kami ke TF membeli barang-barang dapur. Beli sebahagian lagi majalah-majalah untuk bulan Januari 2012.

Balik dari Jerantut, kami terus lunch. Nasi & lauk Ma dah masak awal-awal tadi. Menunya Ayam Masak Kicap, Ikan Tenggiri Masak Ompok, Ikan Sepat Masin Goreng, Sambal Cili, Salad dan Air Sirap. Sedaps & Alhamdulillah. Kenyang kami makan.



For dinner, Kari Kepala Ikan Merah. Air tangan Ma. Tak toleh kiri kanan dah. Memang makan tahap lahap ghairah sekali! Burok lantak betol! :-p



Ikan Cencaru Sumbat. Air tangan Ma jugak. T tolong bakarkan saja. Makan ketika panas-panas. Berebut-rebut dibuatnye! Alhamdulillah. Kenyang betol dinner malam ni.



Ma rebuskan Kacang Kuda for me. Buat penambah darah. Makan sambil layan Tiz & Remy berlakon dalam drama Aduh Sayang. Si Fateha masa kecil tu, aduhai, cute sangat-sangat taw! Pandai betol dia berlakon. Lepas ni lakulah dia orang dok offer berlakon lagi. For sure tu! No means no! Wah3!

1 comment:

Yusha'a Yuhyi said...

Salam.. Saya mencri ruma sewa d kuala krau kerana mendapat kerja d kk kuala krau.. Namun tidak dpt mencri rumah sewa hingga kini.. D harap cik dpt membantu sya..