KESIAN DIA

Assalamualaikum...

Tahun ni Adib belajar dalam darjah 6. Nak ambik UPSR bulan September nanti. Sekarang sudah mula ke kelas tuisyen. Hari ini paling padat jadualnya. Pagi ke sekolah di SKJB, petang dalam pukul 2.30 ke Kelas Q-Fa, dari situ ke kelas tuisyen Bahasa Inggeris. Dan malam ini ke kelas tuisyen Matematik pula. Balik dari kelas tuisyen, kena siapkan pulak homework dari sekolah di sebelah pagi. Lelah dibuatnya! Kelas tuisyen pulak bertembung sebab minggu depan cikgu-cikgu cuti for CNY. Kalau tidak kelas tuisyennya sebelah petang sepanjang hari bersekolah. Kita nak mengambil dan menghantarnya pun semput, apatah lagi mereka yang tengah belajar ni ye? Penat mental mahupun fizikal. Kesian dekat Hubby jugak penat dengan kerjanya lagi. Nak kena bergilir-gilir ambik hantar dengan me yang tak berapa nak larat ni. Tapi apa boleh buat, kenalah berkorban masa. Untuk anak-anak kami juga.

Sepatutnya Adib ke sekolah petang ni. Ada pemilihan untuk Bola Sepak. Teacher call cakap banyak nak kena belajar lagi tadi so skip untuk latihan bola. Balik tadi dia dah muncong. Tak dapat nak bermain bola. Dia memang "hantu" bola sepaklah pun. Tengah merajuk duduk dalam bilik dia tu. Macam manalah nak memujuknya tu nanti. Kesian anak Ummi.

** semasa persembahan Boria pada Hari Guru di SKJB 2011 **

Comments

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang