MAKAN LEMPENG

Assalamualaikum...

040112

Baru perasan dekat restoran baru ni, D Nadiyah Cafe ada jual Lempeng. Dia tulis Lempeng Kelapa tapi tak ada kelapa pun. Lempeng cicah Kuah Kari Ayam. Sekeping RM1.50. T beli 8 keping. Makan panas-panas. Sangat sedaps! Alhamdulillah.



050112

Breakfast Nasi Kerabu. Beli di kedai hadapan Kelas Qfa my kids. Mokcik Kelate ni buat Nasi Kerabu cuma pada hari Khamis. Dia masak sedap. Kena dengan selera T & family. T dok membeli makanan di kedainya sejak tahun 2000 lagi. Lama benar dah tukan? Anak-anak pun suka makan di sini time depa pergi Kelas Qfa. Mokcik tu pun dah kenal mesra dengan kami. Dia baik sangat orangnya...



060112

Breakfast pagi ni T makan Nasi Putih, Rendang Ayam dan Gulai Ikan Tongkol. Beli di kedai hadapan Kelas Qfa my kids. Untuk lunch, T bawa anak-anak ke D Nadiyah Cafe selepas mengambil mereka di sekolah. Makan Nasi Ayam for lunch. Diminum bersama Milo Ais. Alhamdulillah.



Dinner tonite. Cuma ini yang mampu dimasak malam ini. Nasi Goreng, Keropok dan Teh 'O' Panas. Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang