Sunday, January 08, 2012

MALANG DAH BERBAU!

Assalamualaikum...

Hari ni breakfast di Gerai Makan Lurah Semantan. Dekat area Pekan Sehari Temerloh. Misi utama mahu mencari Buah Kurma, Buah Oren Sunkist dan Kuih Apam Balik. Tapi lepas ni tak makan dah kat sini kot. Sebab tempat ni agak eh bukan agak tapi memang very the kotors pun! Siap berbau lagi. Ah tak rela mak ah berlama-lamaan di sini! Macam manalah depa dok berniaga sehari-hari ye? Hidung dah imun bau dah agaknya. Tak ada bau apa pun pada depa kot? Tadi T makan Nasi Berlauk & Milo Panas. Alhamdulillah.




Selepas breakfast, dok tunggu En. Suami cari barang-barang yang dihajati oleh isterinya yang sedang sarat mengandung ini. Isteri & anak-anak tak pergi sama coz hujan dah mula turun membasahi bumi. Kesian pada En. Suami yang berjalan secara solo di dalam kehujanan. Hujan tidaklah lebat sangat tetapi bolehlah membawa kemudaratan kepada isteri beliau yang mesti akan "headache" kalau kena air hujan jenis begini.

Tengah menunggu Abah di Terminal Bas Temerloh. Stesen bas lama di Lurah Semantan. Terimbau kenangan dok menunggu bas nak balik ke Kuala Krau dari asrama Sekolah Vokasional Sanggang dahulu. Sekarang ia menjadi terminal bas henti-henti. Tak lama menunggu, En. Suami call dan cakap kereta tak boleh nak bergerak. Ingat sebab jem kereta terlampau banyak. Rupa-rupanya tak boleh jalan teros! So, T & anak-anak berjalan kaki ke Pejabat Felda melalui jalan Istana Temerloh. Naek bukit. Adoi! Sabar wati, sabar baby! Gara-gara mahu mencari Kurma di Pekan Sehari, sampai aku capek begini kok! Waduhhhh! Nasib tak terberanak sudah... Konon En. Suami nak mengelak aku & anak-anak berjalan jauh ke tempat parking kereta, tu yang dia suruh kami tunggu di Terminal bas. Last-last kena gak menapak ke Pejabat Felda nun. Nasib badan yek! Semputttt...



Kejadian di Pejabat Felda Temerloh. Adegan yang tak ingin aku lihat langsung pun okey! Kelihatan seorang pegawai polis yang berjaga di Pejabat Felda, seorang pegawai Felda yang bekerja di sini, kawan En. Suami (his best buddy) & my kids dok menolak kereta untuk parking di tepi. Nasib baiklah ada mereka yang sudi menolong. Sejak pakai kereta ni tahun 2005 dulu, inilah kali pertama "beliau" rosak teruk. En. Suami dah tahu "beliau" rosak sejak 3, 4 hari lepas tetapi dibiarkannya dahulu. Malang memang dah berbau tapi En. Suami saja buat-buat tak tau! Sebenarnya dah tukar clutch kereta. Macam dah ok tetapi hari inilah asmaradana kemuncak cinta eh kemuncak "beliau" meragam! Mahu tukar kereta barukah? Oh tidak! Tak ada budget ok? Pakai saja kereta-kereta yang telah sedia ada :-p



Tengah tunggu Abah ambil kereta kawannya. Kebetulan kawannya ada di Pekan Sehari juga. Dah sampai di rumah, baru terperasan kunci rumah tertinggal di dalam Kereta Kia Carens. Padahal sebelum ni kunci rumah T mesti letak dalam hand bag. Kunci rumah En. Suami tertinggal di dalam rumah pulak. Nak tak nak, maka berpatah baliklah kami ke Pejabat Felda semula. Ambil kunci dalam kereta Kia. Bertambah malang apabila cina bengkel mahu dalam 2-3 ribu untuk baiki gear box kereta. Atau mungkin lebih kot! Cool wati, cool. Chill! Take your deep breath. Insya Allah, En. Suami tahu mahu settlekan macam mana nanti ye?



Petang tadi Ma dan Abah datang ke rumah. Bawa Nasi Kerabu Buat santapan kami. Masih dalam keadaan panas lagi sebab Ma baru memasaknya. Kasi tambah Budu sikit, ahhhh layan yok! Alhamdulillah. Ma dan Abah saja berjalan singgah di rumah T dan rumah rumah Kak Long. Tak tidur pun. Datang lepak di rumah dalam sejam dua saja. Kemudian terus balik ke Kuala Krau. Abah tak berapa sihat tu. Kakinya bengkak betul. Sembab. Takut T tengok. Kesian sama Abah :-(



Selepas Solat Maghrib, kami ke The Store. Cari barang sikit. Balik dari The Store, beli Satey saja for dinner. Masih kenyang lagi makan Nasi Kerabu pukul 6.30 petang tadi. Beli Satey Ayam saja kerana Satey Daging sudah kehabisan. Alhamdulillah. Kenyang perut dengan rezeki yang Allah beri hari ini.

2 comments:

Cho Zila said...

ingat tajuk tentang apa yerk... berdebar2 rasa hati ini... tuler kan kadang makanan sedap tapi der yang tak kena...

munna said...

aduhai banyak juga dugaan yg menimpa ye.... dah lama munna tak pergi pekan sehari temerloh