Friday, January 13, 2012

PUDING ROTI KISMIS

Assalamualaikum...

Buat Puding Roti Kismis ni. Lagi layan kalau ada Sos Kastard. Lagi bertambahlah kalorinya pulak iye?



For dinner, Ayam Masak Kicap. Hubby tak bagi T masak. Dia takut T penat. Dah lama jugak tak memasak pun. Tapi tak larat ah makan lauk kedai. Masak sendiri walau tak sedap mana, tapi rasa puas hatikan? Tak perlu komplen apa-apa. Tahu-tahu sepinggan nasi habis licin dimakan! Kan? Memasak tak susah sebenarnya. Ada cukup bahan-bahannya, jalan terus aje. Sedap tak sedap itu belakang kira hokey? Yang penting rajin dan ada usaha nak memasak tu. Tapi bila tengok anak-anak dan suami makan berselera sehingga bertambah, kembang rasa punggung. Suka hati melihatnya. Penat-lelah memasak di dapur tadi, hilang begitu saja. Iye tak? Tanda mereka menghargai kita. Ni penat-penat masak, tak ada siapa nak makan. Sedihkan kalau begitu? Kalau dipuji masakan kita sedap, lagi bertambah motivasi kita nak memasak dengan lebih baik dan menghasilkan makanan yang lagi enak daripada sebelumnya. Kan? Iyelah, bercerita pasal bab makan, of course orang nak rasa makanan yang sedap-sedap saja. Yang tak sedap for sure kena kutuk. Tapi tak baikkan? Rezeki tu. Tak baik dok kutuk rezeki. Eish! Kadang terlepas kutuk jugak! Dah memang tak sedap. Kenalah kata tak sedap! Takkan nak puji melambung kata sedap pulak. Kan???



Sayur Taugeh dan juga Fresh Orange. Alhamdulillah.



Okey Wati. Cukuplah tu dok membebel. Pegilah masuk tidur berehat ye? Night Night!

No comments: