Wednesday, January 04, 2012

PUDING ROTI

Assalamualaikum...

02012012

Buat Puding Roti. Makan panas-panas. Anak-anak suka bahagian di atasnya. Ada rasa kerak sikit-sikit. Yummy!



Breakfast di Restoran Temerloh Tomyam. Roti Canai Banjir & Milo Panas. Sedapnyer! Memang suka makan Roti Canai Banjir di sini.



Tambah Roti Sardin satu. Share makan 3 beranak. Nur dah kenyang dah masa ni. Alhamdulillah.



Lunch. Beli di Bukit Angin. Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak, Gulai Lemak Ikan Baung, Ayam Goreng, Sayur Taugeh Goreng, Ulaman dan Sambal Tempoyak. Singgah beli Buah Rambutan juga. Terliur!



03012012

Breakfast Roti Canai Banjir & Milo Ais di Restoran Temerloh Tomyam lagi macam semalam. Alhamdulillah.



Lepas breakfast, kami ke Maybank. Settle urusan di situ, kami ke The Store pula. Cari barang makanan sikit. Singgah di sebuah kedai depan The Store. Hajat hati nak cari besen mandi untuk baby. Ada warna pink dan warna biru. Anak-anak pilih warna biru. T ikutkan aje. Daripada harga RM29.90, tokey bagi harga RM25.00 lepas T mintak kurang. Bila T cakap tak apalah nak tengok kedai lain dulu, teros dia bagi harga RM20.00. T ingat nak cari warna putih. Pikir-pikir ambik ajelah warna biru tu. Berkenan dengan warna pink, karang baby boy lak yang keluar. So, biru pun birulah... Hehehe... Sebab walau dah scan 3 kali doktor kata girl, tak tentu jugak. Coz banyak yang T dengar cerita gender yang doktor scan tak sama dengan yang keluar nanti. Tak kisah apa jantina, janji selamat melahirkan sudah... Kemudian, singgah di kedai depan Pasaraya Sakan beli lauk for lunch. Ambik Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak, Gulai Lemak Kuning Ikan Kembung, Hati Masak Kicap, Ulaman dan Sambal Cili. Balik rumah masak nasi sahaja. Alhamdulillah.

4 comments:

munna said...

restoran temerloh tomyam ni kat mana

Ruziawati Yusof said...

Bangunan lknp. Blkg bangunan guardian, butik rosmart tu dear

munna said...

la dekat je dgn opis munna..tak tahu pun.. boleh try nanti makan roti banjir kat situ

Ruziawati Yusof said...

opis munna kat mana? opis husband t kat kwsp tu, lawyer firm, bukari shuhaida & partners