Saturday, January 07, 2012

TILAM BABY

Assalamualaikum...

Misi mencari tilam & bantal baby terlaksana jugak hari ni. Cari di Butik Anakku di Temerloh tak ada, di Mentakab pun sama. Out of stock katanya. Tak tahu bila sampai di butik. So T cuba cari di Kedai Cute-Cute Baby di Mentakab. Semua barang baby my kids dulu dah T bagi semuanya pada orang lain. Tak ada sikit pun yang tinggal. So semua barang kelengkapan baby adalah baru dari hujung kepala hingga ke hujung kakinya! Macam buat persiapan nak sambut anak sulong! Yang masih belum lengkap ialah barut perut baby. Tapi baru siap 5 helai. 10 helai lagi tailor tu tak sempat siapkan. Harap-harap dapat disiapkan sebelum baby ni keluar. Geram tau dah lama suruh buat dan dah bagi duit pun tak dapat siap-siapkan lagi. Hish!



Breakfast pagi ni Nasi Kerabu & Milo Panas di Gerai Mok Nab di Taman Seri Semantan. Alhamdulillah.



Belikan buku untuk my kids tadi. Untuk mereka buat latihan di rumah.



Buat Puding Roti lagi tadi. Untuk minum petang.

2 comments:

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

kak tie...beli brg baby mmg bes kan..ooo dah bagi semua org eh tpi if ade lagi sure dah lusuh kan kak..so kene beli barula semua..

barut pon lmbt ke nak siapkan? ish2..sian akak..salah cari tailor ni hehehe

Ruziawati Yusof said...

bes rose.. rasa nak borong semua, tp nasib baik en. suami warning cakap biarlah baby kluar dulu.. hik3.. teruja sgtkan? em, dah siap 5 helai ni pun , besar pulak dia buat.. duit dah bayar, nak buat mcm mana, kawan hubby.. ingat nak menolong.. tp.. x pelah..