Posts

Showing posts from February, 2012

MY BEST FRIENDS

Image
Assalamualaikum...

270212

Petang semalam, my best friend, Reena datang ke rumah melawat T & Honey. Dia bawakan kain selimut ni buat baby. Siap berjahit nama "HONEY" lagi! Kakak Nur dah siap cop nak kain selimut warna pink tu. Sebok je Kak Ngah ni ye Honey?



Me, Kak Yah (my best friend jugak) & Reena semasa opening spanya di premis baru bulan 12 tahun sudah.

Thanks again Na!



280212

Kak Anis (my best friend too) datang singgah di rumah tadi. Dok pegang gomol Honey tapi itu budak terus lelap tak khabar apa. Maklumlah baru lepas mandi & bf. Memang lena sangatlah dia! Sampai Mama Anis dia balik pun, dia masih ketiduran. Tq Kak Anis datang rumah T tadi ye!



My friends,
Sayang kamulah banyak-banyak!

ABAH

Image
Assalamualaikum...

Abah dah discharge tadi. Hubby g ambik @Hoshas. Alhamdulillah. Tapi badan Abah masih lemah. Kelihatan Abah dok makan nasi dengan Nur.

HONEY: 1 BULAN

Image
Apa yang Honey boleh buat dalam usia sehari menjangkau ke satu bulan?

* tak mahu teruskan bf kalau my breast berbau. Kalau tidak dia beraksi seperti mahu muntah. Hal ini terjadi masa T susukan dia di hospital sesudah melahirkannya. Masa tu badan Ummi berpeluh, berbau busuk. Pembersih betul kamu ni ye Honey?;
* tidak suka dibedung;
* tali pusat tercabut pada hari ke 9;
* tersenyum kala diagah orang,
* lepas bf, tak mahu terus diletak, nak duduk beriba dahulu;
* me tak boleh hilang dari pandangan matanya, mahu Ummi sentiasa di sisinya;
* setiap malam bangun bf 3 kali sahaja. Selang 2 jam sekali;
* purata tukar diaper 6 kali sehari;
* lately mahu tidur beriba. Then baru boleh letak atas tilam;
* kuat bf tau anak Ummi ni!;
* mulut ternganga tanda tidurnya yang amat lena;
* lately dah pandai menangis kalau Ummi lambat ambik dia;
* kuat mengerang. Orang tua-tua cakap "tengah mengeras daging";
* bersunat hari ke 30. Alhamdulillah;
* mula-mula nak tidur kena bertepuk peha. Dia nak ada orang teman…

BERPANTANG IV

Image
Assalamualaikum...

200212

Hari ni Kak Long masakkan Ikan Selar Goreng & Sayur Sawi Tumis Air. Alhamdulillah.



210212

Hari ni Kak Long masakkan Singgang Ikan Kembung & ada ulam Daun Pegaga. Alhamdulillah.



220212

Hari ni T dah larat memasak. Dah mula masak sendiri. Dah bagitahu Kak Long tak perlu dia masak for me lagi. Tapi yang mudah begini sajaLah. Main potong, hiris & campak style! Coz tak boleh berenggang dengan Honey. Dia nak Ummi dia lepak duduk sebelah dia saja. Kalau tak dia jerit "uwa,uwa"! Hehe...

Ayam Goreng & Ikan Selar Rebus. Very d simple one! Alhamdulillah.



230212

Hari ni T masak Ikan Selar Stim, Ayam Goreng & Sayur Sawi Tumis Air. Alhamdulillah.



240212

Hari ni T masak Ikan Tenggiri Stim. Alhamdulillah.



250212

Hari ni T masak Ikan Selar Rebus sahaja. Alhamdulillah.



260212

Hari ni T masak Kari Ayam Diet & Sayur Sawi Tumis Air. Alhamdulillah.

REZEKI

Image
Assalamualaikum...

Tadi kawan Mr. Hubby datang ke rumah. Isteri dia berikan ini. Kuih Tat & Kuih Donut. Anak-anak makan dok puji kata sedap-sedap! Alhamdulillah. Terima Kasih!

BERSUNAT

Image
Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Honey sudah selamat disunatkan oleh Mak Cu Nor tadi. Seorang bidan yang dibawa ke rumah oleh saudara Mr. Hubby. Ini saja bahan-bahan yang digunakan oleh Mak Cu Nor, Tepung Ubi aka Tepung Kanji atau pun Bedak Sejuk dan juga mata pisau Super Nacet jenama Gillette. Honey berbunyi "ekk" sikit aje. Ummi dia lak yang over debar-debar tadi. Settle satu bab. Tunggu nak buat majlis Cukur Jambul pulak lepas ni. Insya Allah.

ABAH

Image
** gambar tahun lepas @hoshas bersama abah, ma & kak long **



Sudah seminggu Abah admit @Hoshas Temerloh. Ma cakap tubuh badan Abah semakin mengecil. Menyusut sudah. Kesian Abah. Doktor bilang mahu monitor jantung, paru-paru dan buah pinggangnya. Oh deritanya dia menanggung sakit. Seksanya dia menahan sakit. Dengan faktor umurnya yang kian lanjut. Duduk diam tak larat nak buat apa. Sampai ketika Nurse nak ambik darah, tapi proses itu terpaksa dihentikan sebentar, kerana darah Abah dah tak ada! Jari pun dah hancur lebam hari-hari diambil darahnya. Hari tu masa pregnant sempatlah 5 kali T buat BSP (Blood Sugar Profile), 4 kali sehari dicucuk jarum untuk mengetahui kandungan gula dalam darah, dah pun terasa seksa. Ini pulak bila hari-hari diambil darahnya. Nak pergi melawat Abah pun tak boleh. Telefon sajalah menjadi penghubung kami. Ini merupakan kali ke tiga Abah ditahan @Hoshas tahun ni. Janganlah ditambah lagi bilangan itu Abah. Cukup-cukuplah tu. Kesian sama Abah! Tapi kalau tak k…

MAK SU HONEY

Image
Assalamualaikum...

20022012

Adik bongsu T balik ke Temerloh hari Sabtu lepas. Balik sebab nak jaga Abah kami yang admit @HosHas sejak hari Jumaat (17022012) kerana kaki bengkak & sembab angkara Diabetes. Kelihatan Honey di atas pangkuan Mak Sunya. Mak Su dah balik pun hari semalam.



Mak Su bagi ni untuk T. Nutty Almond Cookies dalam bekas Tupperware yang cute ni. Tq so much Mak Su! You are so sweet! Sayang Mak Su!

ABAH HONEY

Image
Assalamualaikum...

20022012

Tengahari tadi Mr. Hubby balik ke rumah. Hantar lauk for lunch. Kelihatan si Honey didukung diulit oleh Abahnya. Anak Abahlah katakan! Setiap masa nak bermanja dengan Abahnya.



Door Gift pemberian Bank Muamalat untuk Mr. Hubby. Tadi ada jamuan makan menyambut boss baru di cawangan Temerloh. Oh! Sangat suka dapat buku nota & paper bag gini! Mohlah kita mencoret-menconteng apa-apa yang patut yak?

KAK NGAH HONEY

Image
Assalamualaikum...

Semakin hari, Kak Ngah Honey semakin boleh diharap. Alhamdulillah. Mahu menolong ringankan beban Ummi samada di dapur ataupun menjaga adiknya. Ummi sayang Kak Ngah banyak-banyak tau!





BERPANTANG: III

Image
Assalamualaikum...

Seperti biasa, makanan kami disediakan oleh Kak Long. Untuk dinner, Hubby cari makanan lain pulak untuk dia & the kids. Terima kasih banyak-banyak Kak Long! Kalau Kak Long tak masak, kesianlah sama saya. Berlaparlah saya! Hehehe... Inilah masanya nak bermanja dengan Kakakkan? :-D

Menu kali ni ada Sup Ayam, Ayam Goreng Halia & Sayur Sawi Tumis Air. Alhamdulillah. Ini pun dah cukup bersyukur!




ANAK ABAH

Image
Assalamualaikum...

Saya dah jadi anak manja kesayangan Abah. Abang Adib & Kak Ngah sudah jeles sama saya. Hehehe...



BAJU BARU HONEY

Image
Assalamualaikum...

Honey bersama sebahagian lagi koleksi baju yang diberikan oleh "makcik-makciknya".

Baju yang diberikan oleh kawan T, Aunty Haiza.



Baju yang diberikan oleh kawan T, Aunty Zuraidah.



Baju yang diberikan oleh my Sil, Aunty Ieqa.



Baju yang diberikan oleh kawan T, Aunty Fida.



Baju dan set tilam yang diberikan oleh biras T, Aunty Shikin.



Baju yang diberikan oleh kawan T, Aunty Wa.

KAK NGAH

Image
Assalamualaikum...

Nur balik dari sekolah tadi, kawan T, Fida yang hantar. Adib stay di sekolah coz ada latihan Softball petang ni. T lambat buka pintu coz duduk "memerut" di dalam toilet. T bukak pintu & tengok Kak Ngah tengah menyapu daun-daun kering di garaj. Olo anak Ummi. So sweet tolong Ummi tau! Sempatlah Ummi candid gambar dia tengah menyapu. Ummi sayang Kak Ngah banyak-banyak tau! Dah boleh harapkan Kak Ngah masak nasi, basuh pinggan, basuh-jemur-angkat-lipat kain. Walau tak sempurna mana tapi bolehlah diharap serba-sedikit. Sama macam Abang Adib jugak. Dah boleh disuruh itu ini. Suka Ummi tau!


TETAMU HONEY

Image
Assalamualaikum...

Petang semalam kawan T, Kak Wa & Suami datang ke rumah melawat Honey. Bawa hadiah baju ANAKKU warna pink for Honey. Tqvm Aunty Wa!



Kawan T, Fida datang melawat last Friday. Bawa baju & legging for Honey. Tqvm Aunty Fida! Tq jugak tumpangkan anak-anak Kak T balik dari sekolah. Tak terbalas jasa Fida pada Kak T tau!



** Terima Kasih juga buat En. Tajul & family yang sudi bertandang ke rumah kami hari Isnin lepas **

BERPANTANG: II

Image
Assalamualaikum...

Makanan yang dimasak oleh Kak Long T. Bersekali dengan lauk for my kids. Tq Kak Long. Kalau Kak Long tak masak maka berlaparlah saya!







Telur Goreng. Air tangan Abah buat anak-anaknya. Diaorang suka makan Telur Goreng Abah. Gemok & Gebu kata mereka!



Sempat buat Puding Karamel ni sebelum admit di hospital baru-baru ni. Anak-anak teringin nak makan.

HONEY & BAJU BARU

Image
Assalamualaikum...

Honey dengan sebahagian koleksi pakaian yang diberikan oleh my friends.

Baju yang diberikan oleh Aunty Nonie.



Baju yang diberikan oleh Mak Su Erma.



Baju yang diberikan oleh Aunty Yusnita.



Baju yang diberikan oleh Aunty Shikin.



Baju yang diberikan oleh Aunty Ida.



Baju yang diberikan oleh Aunty Aimi.



Baju yang diberikan oleh Aunty Waty.