Thursday, February 23, 2012

ABAH

** gambar tahun lepas @hoshas bersama abah, ma & kak long **



Sudah seminggu Abah admit @Hoshas Temerloh. Ma cakap tubuh badan Abah semakin mengecil. Menyusut sudah. Kesian Abah. Doktor bilang mahu monitor jantung, paru-paru dan buah pinggangnya. Oh deritanya dia menanggung sakit. Seksanya dia menahan sakit. Dengan faktor umurnya yang kian lanjut. Duduk diam tak larat nak buat apa. Sampai ketika Nurse nak ambik darah, tapi proses itu terpaksa dihentikan sebentar, kerana darah Abah dah tak ada! Jari pun dah hancur lebam hari-hari diambil darahnya. Hari tu masa pregnant sempatlah 5 kali T buat BSP (Blood Sugar Profile), 4 kali sehari dicucuk jarum untuk mengetahui kandungan gula dalam darah, dah pun terasa seksa. Ini pulak bila hari-hari diambil darahnya. Nak pergi melawat Abah pun tak boleh. Telefon sajalah menjadi penghubung kami. Ini merupakan kali ke tiga Abah ditahan @Hoshas tahun ni. Janganlah ditambah lagi bilangan itu Abah. Cukup-cukuplah tu. Kesian sama Abah! Tapi kalau tak ke hospital, bagaimana bisa Abah lekas sembuh?

Abah, cepatlah sembuh. T rindu Abah. T sayang Abah. Mahu peluk dan cium Abah!

Honey dah lena. T masih belum boleh lelap. Teringatkan Abah.

Abah tengah buat apalah agaknya sekarang? Ma bilang Abah tak perlukan wayar (oksigen) untuk tidur lagi. Abah lelah. Semput. Tak boleh tidur malam. Lena ke Abah tidur sekarang? Atau tengah menahan sakitkah?

Sayunya rasa. Bila teringatkan pandangan mata Abah sejak T jumpa dia dua minggu yang lepas. Kosong. Tiada apa.

Abah. Tak sabar nak jumpa Abah. Bila boleh nak jumpa Abah ni?

Ya Allah! Kau sembuhkanlah penyakit Abahku. Semoga dia berada di bawah lindungan-Mu selalu. Amin.

Sayang Abah.

3 comments:

Cho Zila said...

T... semoga abah T cepat sembuh yerk... macam jugalah perasaan akak kalau dengar bapak akak sakit.. kalau kena masuk wad lagiler tak keruan dibuatnyer...

MAYA said...

semoga abah kak T diberi kesembuhan..insyaallah..

sHeeMa DeaN said...

semoga abah T.. cepat sembuh.. insyAllah..