Tuesday, February 07, 2012

BEBAS JAUNDIS

Assalamualaikum...

Tadi adik bongsu datang ke rumah sebelum gerak pulang ke Kuala Lumpur. Honey bersama Mak Sunya. Nanti bila cuti balik lagi ye Mak Su jenguk Honey?



Hari ni confident je pergi check darah Honey di klinik. Rasa macam last dah check darah today & berita gembiranya memang tahap jaundis Honey sudah menurun. Dari 150, 246, 255, 270, 248, 200 dan result tadi ialah 156. Alhamdulillah. Tak perlu lagi kami berulang-alik ke klinik check darah, cucuk tumit Honey lagi. Sampai si Honey sudah fobia. Nurse baru pegang kaki, dia sudah keras menangis. Oh! Sangat kesian pada my baby! Poor u Honey! Harap-harap jaundisnya tidak kembali lagi & Honey membesar sihat bagaikan juara selepas ini. Amin.

Apa yang T amalkan selama Honey jaundis ialah memandikannya dengan air ubat berwarna biru yang dibeli di farmasi. Juga memberi Honey menghisap Buah Kundur bersama Air Zam-Zam. Dengan izin Allah jua, tahap jaundis Honey menurun dari sehari ke sehari. Terima kasih di atas nasihat & panduan kawan-kawan di Facebook dalam T menangani jaundis Honey. T amat menghargai segala petua atau nasihat yang diberikan. Risaukan bila baby yang kecil sakit dan perlu diambil darah setiap hari? Mama Anis, tqvm. Berikan T Buah Kundur & Air zam-Zam tu. Sayang Mama Anis banyak-banyak tau!

Balik dari klinik, T menerima kunjungan. Tetamu istimewa. My friend Aimi & d kids. Kelihatan di dalam gambar, my little Honey with her Aunty Aimi.



Faiq geramkan Honey ye? Hehehe



Honey bersama buah tangan pemberian Aunty Aiminya. Ada hadiah baju & ang pow juga. Mi, tq banyak-banyak tau! Datang visit kami di rumah. Susah payah balik dari kerja penat-penat tu & datang melawat kami pula. Love you babe! T sangat-sangat menghargainya!



Hubby balik dari office tadi & beri ini kepada T. Rupanya kiriman barang dari kawan T yang ditinggalkan di office. Aunty Zuraidah, tq ye? Belikan baju for Honey & ada ole-ole dari Pulau Pangkor. Kak T sangat like akan fm itu! Kenapa Zu tak datang ke rumah Kak T? Rindu mahu ketemu kamu ah!

4 comments:

MAYA said...

alhamdulillah..dh takde jauvendis..

geram ye faiq tgk honey..naseb baik kecik agi kan..nk usha2..hehe

Bibu said...

hihihi comelnya baju besar!slamat berpantang ye T

Anonymous said...

When sоmе оne seаrcheѕ fοr his essentiаl thing, thus he/she wаnts to be avаilаble that in detail, thus thаt thing is maintаined oveг hегe.


Feel free to surf to my website :: payday loans

Anonymous said...

Yοu really make it seеm sο eаsу with your presentation
but I fіnd this matteг tο be аctually somеthing ωhich
Ι think I would neveг underѕtand. It seеms too compleх and eхtremely broaԁ for me.
I'm looking forward for your next post, I'll try to get
the hang of it!

Look into my blog post; payday loans uk