Thursday, February 09, 2012

BERPANTANG: I

Assalamualaikum...

Sebahagian makanan yang disediakan oleh Kak Long T selama T berpantang hampir 2 minggu ni. 5 hari pertama berpantang, T tak ambik gambar menunya. Kak Long sediakan Ikan Selar Bakar saja. Disebabkan Honey jaundis, so T kena kurangkan pengambilan kunyit, lada hitam dan halia di atas nasihat oleh nurse. Masak seringkas yang boleh. Makan ajelah apa yang Kak Long masakkan. Mujur ada orang nak tolong jaga, kan? Dan hasilnya, berat T dah turun hampir 9kg. Sebelum mengandung, 80kg. Masa tengah sarat baru ni, 94kg. Tadi timbang dah turun ke 85kg. Ala, baru turun 9kg. Masih banyak lagi berat yang perlu diturunkan tu. Slow & steady eh Wati? Ngeeee... Di antara menu yang dimasak oleh Kak Long, Sup Ayam, Ikan Selar + Daun Mengkudu @ + Daun Pegaga, Ayam Bakar, Sayur Sawi Tumis Air dan Kari Ayam yang dimasak pekat-pekat + Daun Pegaga. Untuk Sarapan dan minum petang pula biasanya T ambil Horlicks @ Milo @ Nestum Nesvita @ Nescafe Panas + Roti Berserat. Ambil Biskut Jacobs juga. Air masak @ air suam tidak dilupakan sama sekali. Alhamdulillah. So far belum makan sebarang jamu pun lagi. Minggu depan baru berani makan kot. Takut jaundis Honey datang lagi. T baru minum Jus Gamat dan Air Gamat saja yang dibeli di Langkawi sebelum ini. Cool Wati. Ingat! Nak kurus kena ambik masa ok? Sabar ye? Bertabahlah...










3 comments:

Cho Zila said...

rasa macam barujer lagi.. akak kalau berpantang selera.. tu ler sebab tak leh nak kuruih-kuruih.. ha masani ler kalau T nak cepat kuruih tau.. pantang elok2 tau... nanti mesti kuruih..

MAYA said...

sedapnya tgk lauk berpantang akak.. saya dulu takde lah mkn cenggini.. hehe..

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

kak tieeeeeeee
dah bersalin upenyee ehehe tahniah kakkkk!
comey bb gurl..sedap namanya..
tahniah again n selamat berpantang!