Wednesday, February 29, 2012

DEMI KAMU

*honey*



Honey
Demi kamu
Ummi sanggup menjadi gemuk
Menambah kg ke kg
Sehari ke sehari
Minggu bersilih minggu
Bulan bertemu bulan
Sehingga 9 bulan di dalam kandungan

Honey
Demi kamu
Ummi sanggup berhabis duit
(Eh! Duit Abah kamu sebetulnya! :-p)
Buat membeli itu dan ini
Juga memborong ini dan itu
Keperluan kamu sebagai seorang bayi
Semuanya serba baru duhai anakku

Honey
Demi kamu
Ummi sanggup menahan sakit
Yang bukannya hanya sedikit
Sepanjang menghamilimu
Sehingga detik kamu menjenguk dunia
Dan sesudah melahirkan kamu
Wahai zuriat ke tigaku

Honey
Demi kamu
Ummi sanggup bersengkang mata
Berjaga siang mahupun malam
Menjaga keperluan dirimu
Dari saat memandikan
Menukar lampin pakai buang
Memakaikan baju
Menyusukan kamu
Dan hampir untuk segala-galanya
Ummi sentiasa bersedia untuk itu
Fizikal atau pun mental
Bagi segala kemungkinan yang tiba

Honey
Demi kamu
Ummi sanggup menahan diri
Berpantang makan itu dan ini
Aduh!
Dugaan ini yang paling mencabar
Ummi sungguhlah tidak sabar!
kuikuikui

Honey
Demi kamu
Ummi sanggup berbuat apa sahaja
Asalkan kamu sihat membesar
Honey anak Ummi sayang!

Dan juga demi kamu juga
Adib & Nur

Demi kamu semua
Anak-anak Ummi
Demi kamu!

* Adib & Nur *

1 comment:

MAYA said...

so sweet.. begitulah pengorbanan seorang ibu..