HONEY: 1 BULAN



Apa yang Honey boleh buat dalam usia sehari menjangkau ke satu bulan?

* tak mahu teruskan bf kalau my breast berbau. Kalau tidak dia beraksi seperti mahu muntah. Hal ini terjadi masa T susukan dia di hospital sesudah melahirkannya. Masa tu badan Ummi berpeluh, berbau busuk. Pembersih betul kamu ni ye Honey?;
* tidak suka dibedung;
* tali pusat tercabut pada hari ke 9;
* tersenyum kala diagah orang,
* lepas bf, tak mahu terus diletak, nak duduk beriba dahulu;
* me tak boleh hilang dari pandangan matanya, mahu Ummi sentiasa di sisinya;
* setiap malam bangun bf 3 kali sahaja. Selang 2 jam sekali;
* purata tukar diaper 6 kali sehari;
* lately mahu tidur beriba. Then baru boleh letak atas tilam;
* kuat bf tau anak Ummi ni!;
* mulut ternganga tanda tidurnya yang amat lena;
* lately dah pandai menangis kalau Ummi lambat ambik dia;
* kuat mengerang. Orang tua-tua cakap "tengah mengeras daging";
* bersunat hari ke 30. Alhamdulillah;
* mula-mula nak tidur kena bertepuk peha. Dia nak ada orang temankan dia masa dia tidur;
* lahir 2.57kg. Hari yang ke 11, 3kg. Hari ke 19, 3.1kg;
* nampak pipi dah tembam. Dagu dah ada 2. Ummi suka nak tengok Honey chubby!;
* tatkala dimandikan diam sahaja. Tak berbunyi langsung as long air mandian tu suam. Pernah sekali mandikan dia dengan air sejuk, menangis dia!;
* hisap ibu jari sendiri kalau Ummi lambat bfkan dia. So cute!;
* muntah @ jeluak kalau lepas bf tak sendawakan dia;
* dah mahu berdiri hari yang ke 15;
* mulut dia tak berhenti "membebel" tatkala menyusu kalau bagi bf lambat padanya;
* duduk diam saja kalau dok tungku badan dia;
* suka tidur di dalam gelap;
* masa bf tak boleh bising. Kena diam-diam. Kalau tidak Honey "membebel" tak sudah-sudah;
* main dengan uri kot. Kadang tersenyum sampai tahap nak gelak & kadang sebak nak menangis juga;
* mak mertua bilang, muka Honey ni sentimental. Hehe...;
* semakin hari, semakin meragam. Nak beralih bulan kot?



Ummi sayang Honey banyak-banyak! Tak sabar nak tengok tubuh dia berisi. Gemok!

Comments

munna said…
sekejap je dah sebulan ye... semoga Honey membesar dengan sihat
My Putri said…
ooohhh...kejap jer mase berlalu kan...dah nak beralih bulan da.. comelllll.....

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang