Saturday, March 24, 2012

AUNTY AYUNI

Assalamualaikum...

230312

Semalam kawan T, Ayuni (http://beautifuluneey.blogspot.com) datang ke rumah. Melawat T dan Honey. Terima kasih ye U. Sudi datang melawat kami dan belikan beg yang cute itu untuk Honey. Honey duduk diam saja tatkala Aunty Ayuni meribanya.



Honey naik car dengan Ummi dia hari ni. Abah ke Kuantan so tak ada siapa boleh hantarkan Abang Adib ke kelas tuisyen. Anak saudara T dah sibuk di kedai makannya so T tak mahu kacau dia. Hari ni dah masuk hari ke 56 T berpantang. So T cubalah memandu hari ni. T ok sihat. Tak ada rasa sakit apa dah. Cuma kena memandu perlahan-lahanlah tadi. Bengkek tension je mana-mana driver yang follow T tadi agaknyalahkan. Haha! Honey ok. Diam je di belakang duduk bersama Kak Ngahnya.



Honey tengah tunggu Ummi nak mandikan masa ni. Mahu wangi-wangi nanti Ummi nak gomol.



Hubby balik dari Kuantan. Beli Big Apple Donuts & T order Mee Hoon Goreng tu coz lapar sangat. Sehari ni tak jumpa sebutir nasi pun. Makanya perutku mula berdendang dondang sayang. Dah sudah makan, perut kenyang Alhamdulillah. Layan makan Mee Hoon Goreng sambil menonton drama Bunga-Bunga Syurga di TV3.

No comments: