Saturday, March 31, 2012

BAWAKU PERGI

Bawaku Pergi
Lirik lagu ini
Menjadi inspirasi
Anak gadis sunti
Melarikan diri
Bersama pacar lelaki
Kononnya idaman hati
Cinta yang sejati
Apa yang pasti
Wahai si gadis sunti
Kamu yang bakal merana nanti
Memalit malu di muka famili
Ibu dan bapa kamu sendiri
Tetapi kamu apa peduli
Malunya tidak terperi
Untuk mereka meniti hari
Hari yang mereka perlu tempuhi
Akan tetapi
Demi anak si buah hati
Rela mereka terima kembali
Walau kepercayaan telah kamu nodai
Sedarlah si gadis sunti
Cinta yang kamu cari
Bukan pada pria pujaan hati
Jawapannya cinta sejati
Cinta hakiki
Cinta abadi
Cinta yang tulus suci
Adalah DIA
SATU tak berganti!


Bawaku Pergi (Kaka ft Zizan)


Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali
Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan mungkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi
Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa
Oh, buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh, ayuh
Mata dalam kaca
Topi berceloreng
Sarung tangan hitam
Atas muka ada topeng
Hanya perlu siul
Tidak tekan loceng
Hero sudah sampai
Cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan aku pacu
Engkau bonceng
(ajak lari naek motor je ke? Tak kelas langsung ah! Tak de kereta ke bang hero?)
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng
Lari dari kewajipan
Tanggungjawab ponteng
Lari dari kenyataan
Mula kisah dongeng
Tinggalkan dataran
Puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan
Cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Sambil cari yeti kita boleh cari (what)
Tinggalkan dataran
Puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga
(syurgalah sangat!)
Bila kita pergi
Apakan berlaku
Siapakan peduli
Siapa ambil tahu
Hidup kita tempuh
Untuk apa saja
Tidak kira mana kembara membawa
Kitakan bersama


Nak kaji dulu baru nak haramkan lagu ni? Hadoiyai!


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

Tihara said...

suruh jer malique tu tuko lirik dia tp rentak yang sama..pe susah kan