Friday, March 30, 2012

CUCUK : 2 BULAN

Assalamualaikum...

Hari ni bawa Honey ke Klinik Kesihatan Simpang Songsang untuk dicucuk 2 bulan. Mujur Honey menangis masa dicucuk saja. Lepas dicucuk terus T menyusukan dia. Alhamdulillah settle bab cucuk ni. Lepas ambik ubat demam (in case), T drive balik. Tq Nurse Suki layan T dan Honey tadi! Hehe. Panggil dia Suki coz mukanya putih comel sweet macam Suki tu tau! Sebijik I tell u!



T check buku Honey ni. Terasa ralat amat coz masa cucuk 1 bulan di Klinik Sulaiman, depa tak buat rutin ini. Catat tumbesaran Honey. Geram lak rasanya. Macam tak reti buat kerjalah uols ni! Dah aku tak tahu saiz anak aku masa umur sebulan. Hilang dah ingatan manis di situ. Ralat amats dong ah! Itu pun aku suruh nurse dia catat berat Honey takut aku terlupa masa nak bayar bil. Hish!



Ini pula catatan Nurse Suki tadi. Terima kasih banyak-banyak Nurse! Anak Ummi semakin membesar! Alhamdulillah. Cuma tengah berjaga-jaga takut dia demam. Kesiannya kalau anak Ummi ni demam. Tak sanggup Ummi nak menghadapinya nanti.



Perkembangan Honey dalam umur terkini:
* pandai menangis aka mengamok
* tidur mesti tutup lampu dahulu
* kadang boleh tidur dalam keadaan bising, kekadang enggak buleh dong!
* kuat breast feeding
* breast busuk tak mau hisap. Ini budak sangat-sangat-sangat demand!
* hari ke 56 Honey naik kereta dengan Ummi. Ummi dah start drive.
* Honey sebut "akak" pada hari ke 60. Honey sebut "akak" coz Kak Ngah dia lambat pakaikan sarung tangan :-) & pada hari ke 26 dulu me macam terdengar Honey sebut "abah". Masa tu hubby tak ada. Out station ke Shah Alam. Adib dan Nur pun dengar. Juga pernah terdengar Honey sebut "nyek" as "nenek". Masa tu neneknya ada di dapur. Ikut diari, Honey sebut "nyek" pada hari ke 27. So Honey, bila nak sebut "UMMI" pula? ;-)

Balik dari klinik tadi, g beli sarapan di gerai kawan T. Then lepaks di rumah Kak Long. Makan, minum, borak-borak. Honey dok tidur aje first time g rumah Mak Long dia. Lama pulak tu. Dia tidur dari pukul 9.30 pagi hingga 12 tengah hari. Bangun menyusu sekali sahaja. Mak Long nak main-main dengan dia pun tak boleh. Setakat dok meriba dia sekejap. Then lena atas toto baru yang Mak Long hamparkan.

1 comment:

Emy Omar said...

Wah!!Honey dah pg jalan2 rumah maklong ye? Bagus dia..x nangis lama.Honey tido sebab penat Ummi..sakit peha kena cucuk tau :p Honey baby,jgn demam ye.Nanti Ummi susah hati..Aunty tahu Honey strong girl