Sunday, March 25, 2012

DUIT GAJI UMMI

Assalamualaikum...

Kalau nak tahu setiap bulan sejak Oktober tahun lepas Nur berikan RM20 kepada T. "Duit gaji Ummi", katanya. "Nur nak bagi banyak-banyak keping duit RM50 macam Mak Su bagi pada Nenek, Nur tak mampu. Ini je yang boleh Nur bagi untuk Ummi". Duit ni yang dia beri pada T bulan ni. Dia nampak T pegang RM10 dan tetiba terus dia ambil walletnya. "Ummi, Nur mintak maaf! Lupa bagi gaji pada Ummi untuk bulan Februari". Dia lupa coz busy tolong Ummi jaga Honey kot? Kui kui kui kamu ni Nur!

Dia suruh T belanjakan duit tu. "Belilah apa yang Ummi nak beli. Beli ikan ke, sayur ke, kuih ke". Oh kamu Nur! Kecik-kecik lagi dah prihatin pada Ummi. T simpan je duit yang dia bagi pada T tu. Bila dia tanya T dah guna duit tu belum, T jawab belum guna. Dia cakap, "Guna ajelah Ummi. Jangan simpan". Sekali lagi bila dia tanya soalan yang sama, T jawab, "Dah. Ummi dah guna". Padahal tak pun! Hehe.

Hari tu dia tanya T, "Nak tahu tak sekarang kenapa bila keluar rumah Nur pakai tudung". T balas "why?" Ustazah pesan kena wajib pakai tudung. Nanti bila Ummi & Abah nak melangkah masuk syurga, kena tarik keluar semula sebab tanggung dosa Nur tak pakai tudung. Nur tak nak Ummi & Abah masuk Neraka. Sebab tu Nur pakai tudung". Ha kau! Terdiam T dibuatnya. Nur ni boleh diajak berbicara hal-hal dewasa. Dia boleh faham emosi kita. Kalau dia nampak T menangis, cepat-cepat dia pujuk T atau dengan dia-dia dok mengalir air mata. Dia pernah cakap minta maaf minta ampun dengan T kalau dia ada buat salah yang sampai T marahkan dia. "Nur tahu Nur dah banyak susahkan Ummi. Nur banyak dosa dengan Ummi. Nur nak minta maaf & minta ampun". Huh! Terusik hati. Terus tak jadi marah-marah dah. Dan Nur dah boleh diharap bila diminta tolong. Samada buat kerja rumah atau jagakan Honey. Agaknya inilah hikmah T bersalin sekarang. Dah boleh harapkan dia tolong Ummi jaga Honey. Kan?

Baru-baru ni dia ada cerita guru lukisannya ketuk kepala dia dengan pembaris panjang. Sebab dia tak tahu nak melukis apa. Abahnya dah call guru besar (atas desakan aku). Nanti guru besar akan tanya hal ni kepada guru tersebut. Isnin lepas dia mengadu kena pukul di tangan pula sebab bawa Manila Kad. Bukan Card Board seperti yang gurunya pesan. T yang tersilap suruh Hubby beli Manila Kad. Tak pasal-pasal kena pukul lagi. Ben**** betul! Geram je T dengar Nur cerita dia kena pukul. Kepala Nur pun tak pernah aku ketuk pukul. Memang ban**** betullah! Aku tak kisah kalau anak-anak kena pukul masa belajar tapi kalau setakat kesalahan macam ni pun kau nak pukul rotan bagai apa kes ye? Setakat mengajar Pendidikan Seni gitu pun nak pukul-pukul. Bukan kau ajar Math, Sc, Inggeris bagai. Kalau tak pikir aku tengah dalam pantang ni, aku g je ngadap cikgu Nur tu. Tapi tulah. Abahnya bilang, sabar, sabar. Dan petang Isnin tu Nur belikan Card Board tu. Nak buat topeng katanya macam yang cikgunya suruh. Walawei! Kerasnya kad tu nak digunting bagai. Guna Kad Manilakan lagi senang? Adoi! Tu tak berusik lagi Card Boardnya. Dok tepi dinding. Tak tahulah jadik tak nak proceed. Buat topeng tu. Sampai Nur cakap tak nak g sekolah hari Isnin. Takut cikgu tu pukul lagi. Melampau betul! Sampai trauma dia buat anak aku! Tengoklah nanti. Kalau aku dengar Nur mengadu lagi, harus aku "serang" cikgu tu kot? Dah 2 kali ni. Dia ingat dia siapa? Setakat mengajar Pendidikan Seni aku jadik heran sangat ke? Nak pukul boleh. Niat nak mengajar tak pe kot asal jangan cedera mudarat sudah. Tetapi bukan di kepala atau di mukanya ok? Tidak sama sekali! Tengoklah besar mana kesalahannya kalau nak pukul pun. Budak kelas No 1 pun dia layan gitu, kalau dia mengajar budak kelas akhir macammanalah pulak tu ye? Tensi tau bila dengar kes gini. Macamlah anak aku jahat sangat sampai tahap nak kena pukul. Ish, geram!

Kesian sedih tak terkira bila dengar Nur mengeluh, "apalah malang nasib Nur ni"!

Paling baru dia dok bercerita pasal sorang budak lelaki. Dok kelas akhir nak usha dia. Dah banyak kali bagi Nur surat. Nur koyak. Tapi surat pertama Nur terima dia baca. Siap tabur bedak lagi dalam surat. Ececece! Bagi Nur hadiah tapi Nur tak nak ambik. Hari-hari dok tunggu Nur. Lambai-lambai tangan & akan marah pada budak-budak lelaki lain yang nak bercakap dengan Nur. Hamboi-hamboi! Ni sorang lagi dok kacau anak aku! Biasa ni tau! Hish budak-budak zaman sekarang. T pesan kat dia, Nur jangan layan tau! Hehe. Ni ikut Ummi dia ke ni? Ngorat-ngorat zaman sekolah dulu ni? Haish! Pecah rahsia sudah! Shhhhhhh! Diam-diam ok? Hehe.

1 comment:

EdaManAli said...

bdk baik mcm nur pon cikgu nk pukul, silap sikit je pon...cikgu baran laa tu...
bestnye ade ank mcm nur...abg adib pon msti baik jgk...arap2 ank2 ida mcm ank2 k.T...nk tggu aisyah baya nur lah, br nk tmbh lg yg ke-3, hihihiii...bleh harapkn jg adik...