Monday, March 19, 2012

KADANG-KADANGKAN...

kadang-kadangkan
terpikir jugak
ada ke orang baca blog aku
bloglah sangatkan?
bukan ada cerita sensasi mana pun
cerita bab masak
cerita bab anak
cerita pasal diri sendiri
goreng ayam dua tiga ketul pun
update kat blog
kan?
ah kata blog!
sekadar suri rumah macam i ni
tak adalah isu lain
yang nak diwar-warkan
cerita gitu-gitu ajelah
persoalannya
ada ke yang dok baca blog aku ni?
kalau tengok traffic tu
adalah jugak
terima kasih ye
terima kasih banyak-banyak
baca buat penghilang stress korang ye?
setelah penat bekerja seharian
coz cerita yang aku update
cerita ringan-ringan
tak ada panas mana pun
kalau nak panas pun
ala suam-suam gitu

kadang-kadangkan
terpikir juga
bahan yang aku nak update tu
kalau aku update blog
orang nak baca ke cerita remeh gitu
"ari ni masak bla... bla... bla"
"ari ni adib bla... bla... bla..."
"ari ni nur bla... bla... bla..."
"ari ni honeykan, diakan bla... bla... bla..."
kan?
macam bosan aje ye?
dan kalau ditengok blog korang
wah!
tak mudah belaka ceritanya
berjalan ke sana sini
melancong sana sini
stress kerja di opis
anak-anak berjaya itu
anak-anak berjaya ini
seronok dengar!
eh bukan!
seronok baca!
teruja!
tapi itulah
cerita aku
berkisar dengan famili aku
tak lari jauh mana pun
balik-balik pusing tang tu jugak
itu yang dibuat modal

kadang-kadangkan
terpikir jugak
ah! biarlah
pedulik apa!
blog aku
suka hati akulah nak tulis apa
iye?
ada ke orang nak datang baca?
ada ke orang nak komen?
ikut diaoranglahkan?
nak paksa-paksa buat apa?

kadang-kadangkan
terpikir jugak
macam malu je nak suruh orang baca blog aku
sebab blog aku bukan apa-apa pun
tu aku tengok
depa suruh visit blog depa
depa suruh follow blog depa
eh! janganlah suruh-suruh
kalau aku nak baca
nanti aku baca
kalau aku nak tinggalkan komen
nanti aku tinggalkan komen
kalau aku rasa aku nak follow
nanti aku followlah
suka hati masing-masing iye?

kadang-kadangkan
terpikir jugak
dah lama benar ni tak visit blog kawan-kawan
yang dah lama aku kenal di alam maya ni
mintak sorry eh?
jangan marah ah!
busy kelek honey
my little baby
nak fb lagi
nak tweet-tweet lagi
nak baca buku lagi
nak baca majalah lagi
nak carakan ke adib, nur dan hubby lagi
nak main masak-masak lagi
ada masa nanti
t datang ziarah
baca blog
kamu-kamu-kamu
kawan-kawanku!
bukan janji, tapi pasti!
hehehe...

okey
tak mau fikir apa lagi
nak mandikan my puteri
bagi dia bersih
bagi dia wangi
supaya sedap dicium digomol nanti

sampai jumpa lagi iye?

4 comments:

MAYA said...

sy baca je blog akak..hehe.. suka tgk bab2 makanan.. meletopsss

wati said...

salam T...

kita selalu jer baca blog awk tapi tak selalu tinggal jejak...kita bz manjang hehehe...

mamawafiy said...

suka sangat entry ni T.....sama mcm dalam hatiku saje every time nak update blog

Anonymous said...

propecia without prescription buy propecia united states - cheap alternative to propecia