Saturday, March 10, 2012

KENA TINGGAL

Assalamualaikum...

Malam semalam Mak dan Ayah Mertua datang dari Kelantan. Pagi tadi pula Abang Ipar dan Sepupu Mr. Hubby dari Kuala Lumpur datang ke rumah. Datang singgah sebelum mereka ke tempat kenduri kahwin Anak Sepupu Mr. Hubby di Jerantut.



Sebelum ke Jerantut, Mr. Hubby belikan groceries di Tunas Manja. Barang dapur banyak yang dah tak ada. So cari stok makanan dulu sebelum dia tinggalkan kami. Terima kasih darling!



Buah hati Ummi. Adib. Nur. Honey.



My kids. Pakai t-shirt yang Mak Long belikan di Adelaide. Tq Mak Long!



Lunch untuk my kids. Dia orang nak makan burger saja. Tak mahu ikut Abah g makan nasi kenduri, nak temankan Ummi di rumah saja.



Buat Puding Karamel tadi. Tak cantiklah pulak, sopak gini. Tak pelah sopak, janji habis dimakan! Kan?



Mr. Hubby bawa balik ini dari tempat kenduri tadi.



Honey baru siap mandi, menyusu dan tidur. Night-night semua!

No comments: