Thursday, March 29, 2012

NOTA CINTA

Assalamualaikum...

Hari ni masa Nur masuk ke dalam kereta (masa T ambil di sekolah tengah hari tadi), dia berikan T surat aka nota cinta ni.



Seriously. Sejurus habis membacanya, I mnangis hokey?



Pagi tadi T ada marahkan Adib dan Nur. Ada benda yang tak kena. Tak berniat nak marah tapi T marah jugak. Benda-benda kecik aje pun. Macam biasa, me lepas marah anak-anak sure menyesal tak sudah. Then menangis. Pas tu agak-agak dah cool sikit, T mgadap diaorang semula. Terangkan pada mereka kenapa T marah. Then minta maaf. Minta mereka maafkan T coz dah marah dan lukakan hati mereka. Masa tu pun mereka minta maaf dengan T coz they ols dah buat salah. T memang bukan seorang Ummi yang baik! Kesian tengok muka they ols lepas kena marah. Ummi memang jahat! Marahkan anak-anak tak bertempat! Tapi T stakat bising mulut aje. Pukul-pukul memang bukan menjadi amalan dan T cuba hindarkan. Kesian wei pukul budak-budak! Depa kecik lagi! Selagi boleh tegur, T tegur. Tak tergamak nak pukul anak-anak tau! Tapi kalau agak-agak nakal tak mahu dengar cakap Ummi dan Abah, ha merasalah juga tamparan wanita eh tamparan tangan gebu T di peha mereka. Sila elakkan memukul di kepala, muka dan telinga anak-anak ye tuan puan? Pernah pukul di peha mereka dengan hanger. Adib kena sekali. Nur kena sekali. Kalau berkali-kali agak kurang waras di situ ye? Sekali tu cuma. Masa T tengah sarat mgandung baru-baru ni. Nakal sangat time tu. Me punyalah menyesal sampai sekarang tak boleh lupa. Tapi sebelum T admit di hospital, T dah minta maaf pada mereka. Cakap kalau Ummi mati, Adib dan Nur maafkanlah Ummi :-(

Kadang-kadang terpikir T tak layak menjadi seorang ibu. Coz T ni bukan penyabar orangnya. Tetapi bila memikirkan mereka ini adalah satu amanah, satu tanggungjawab, buah cinta T dan suami, T redha ajelah. T terima. Mungkin DIA mahu menduga. Setara mana tahap kesabaran, tahap keimanan T.

Ya Allah! Berikanlah sedikit kesabaran untukku membesar dan mendidik anak-anak kecil ini. Mereka anak-anak aku. Darah daging aku. Aku yang mengandung dan melahirkan mereka. Menanggung kesakitan tak terperi ketika melahirkan mereka. Tolong aku Ya Allah. Berikan, pinjamkan aku kekuatan itu Ya Allah! Kepada-MU aku meminta. Kepada-MU aku mengadu nasib. Aku hamba-MU yang lemah tiada upaya Ya Allah.

Anak-anak Ummi,
Ummi minta maaf banyak-banyak ye sayang?

Ummi sayang kamu Adib! Kamu Nur! Tak lupa, juga kamu si kecil Honey.

Ah anak-anak Ummi,
Kamulah racun
Kamulah penawar
Di hati Ummi!

No comments: