Sunday, March 25, 2012

NUR

Update cerita Nur & kawan lelakinya. Nama budak tu Iqbal. Iqbal dok call Nur sejak hari Jumaat lepas lagi. Dia dapat no telefon Nur melalui kawan Nur, Dania. Dania tu pulak sepupu Iqbal. Maka tak berhenti berdering hand phone Ummi dibuatnya. Sekejap-sekejap dok call Nur. Ingat Dania yang call tapi sebenarnya Iqbal ok? Semalam dia call sampai 10 kali. T saja malas jawab. Dia hantar mesej. "NOR AWAK BUAT APA. NOR NANTI KITA JUPA KAT SEKOLA. ASSALAM MULIKUM. Haish!


Pagi tadi dia call lagi. T saja tak jawab. Dan baru tadi dia call. Nur jawab. Kebetulan Nur ada di sebelah T. Nak tahu dia bilang apa? Dia dah sampai dari Johor Bahru. Call Nur pagi tadi tapi tak berjawab. Call pagi tadi coz nak bagitahu dia baru nak bertolak dari JB ke Temerloh. Alahai! Dia belikan Nur gelang. Nur cakap tak nak. Dia kata dia nak bagi esok di sekolah.  Hamboi hamboi kau! Kan? Ish budak-budak zaman sekarang! T lak gerun. Nak sound Nur tak payah layan mamat ni. Karang makin dilayan, makin melarat. Nur pun dah cakap masa Iqbal call tadi "kau janganlah call no ni lagi. Ni nombor mak aku". Emmmmm...


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

munna said...

budak2 skrg ni..berani2... cabaran buat kita sebagai ibubapa kan....