Saturday, March 17, 2012

SEPUPU DATANG

Assalamualaikum...

Petang tadi Sepupu T datang singgah di rumah. Mereka dari Gombak menghadiri majlis kenduri kahwin di Felda Bukit Mendi. T masak nasi manakala Mr. Hubby membeli lauk for dinner di Restoran Selera Timur Tom Yam. Menu malam ini Ikan Siakap Tiga Rasa, Sup Cendawan, Tom Yam Campur dan Puyuh Masak Pedas.



Kelihatan Mr. Hubby sedang mendukung Honey dan melayan tetamu sedang menjamu selera.




Selepas dinner kami berbual seketika sebelum mereka pulang ke Gombak. Tq Kakak & Abang Shahrel. Datang singgah di rumah kami. Untuk Kak Long, good luck untuk final exam nanti dan habiskan buat Master tu ye? Si kembar (lelaki, anak ke-2 dan ke-3) pula sudah habis belajar di Mesir. Tetapi masih belum pulang ke tanah air. Mereka mahu sambung belajar ilmu agama di sana lagi. Anak yang ke-4 (lelaki) belajar di Kolej Universiti SEGi. Yang ke-5 (perempuan) belajar di UIA Gombak manakala yang bongsu (perempuan) baru darjah 5. Fuh! Memang sejuk perut sepupu T mengandungkan mereka. Anak-anak semua menjadi. Alhamdulillah! T pun mahu sebertuah dia. Boleh ke? Mampu ke T nanti? Untuk pengetahuan, sepupu T ni sanggup berhenti kerja tau. Pangkat dan gaji dah sedap tapi itulah. Berhenti kerja semata-mata nak beramal. Nak tambah masa untuk beribadat. Masya Allah!

1 comment:

NF Two A Resources said...

Kak T....seronok baca...kejayaan anak2 sepupu kak T tu...harap2 Anak2 kita pun nanti mcm tulah hendaknya....InshaAllah...