CUCUK HONEY : 3 BULAN





Assalamualaikum...

Hari ni Honey berusia 91 hari. Bawa Honey pergi cucuk di Klinik Kesihatan Simpang Songsang. Honey menangis semasa me baringkan dia di atas riba. Ha! Dia dah tahu dia nak kena cucuk! Dia berhenti menangis tatkala nurse sudah mencucuk. Me terus bagi breast feeding. Alhamdulillah dia ok. On the way nak balik ke rumah dia tidur saja.

Perkembangan Honey di dalam usia kini:

* nak ikut abah kalau abah siap berpergian

* suka mendengar bunyi-bunyian

* merengek minta didukung pabila ada orang yang menegurnya

* memberi reaksi pabila orang mengusik. Seperti tersenyum bila orang memuji dan masamkan @ cebikkan bibir bila kak ngah usik dia "honey botak!"

* masa mandi tak pernah menangis. Mulut ternganga suka sambil dok melonjakkan badan

* tengok orang makan, dia dok jilat bibir. Apa yang me makan, suap juga sikit padanya

* suka "berbual-bual"

* suka tengok langsir. Di mana-mana tempat ada langsir dia akan tengok langsir, "menegur" langsir dan tersenyum-senyum

* kuat breast feeding

* rutin bangun menyusu at 3am dan 6am

* dalam 3 bulan ni adalah dalam 5 kali Honey menangis sambil keluar air mata. Aduh kesiannya anak ummi!

* diam saja keluar berjalan naik car

* so far 6 kali berjalan keluar waktu malam. Alhamdulillah Honey okey tak menangis meragam

* nak tidurkan dia tepuk-tepuk saja atau tak pun letak je atas tilam, terus dia tidur

* bila berdirikan dia, dia bend her knee and bergerak ke kiri dan ke kanan sambil tersenyum-senyum gatal ;-)

* bila record aksi dia, diam je dok tengok camera :-* say somethingla sayang!

* setiap kali selepas bersin atau sendawa, Honey akan berbunyi "aaaaaa". me rasa macam dia sebut Alhamdulillah ajer :-D

* 1st trip berjalan jauh. Ke Port Dickson at 71 days. Alhamdulillah. Okey tak meragam

* paling rancak "berbual" dengan Abang Adib dia

* mula nak terbalikkan badan nak meniarap semalam, 90 hari

* semalam tunjuk kat dia rakaman dia dan abah. Jealous ok coz tengok abah dia dok pelok cium dukung baby dalam rakaman tu. Merah muka dengan tangan kaki bergerak coz jealous abah layan "baby" lain. Malam tadi pun tidur abah ulit. Merajuk tak nak pandang muka abahnya bila abah nak dukung. Hamboi! Penjealous benar kamu Honey! ;-)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang