Tuesday, April 03, 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME!

Happy Birthday to me. Menjengah ke usia 33 tahun pada hari ini. Syukur Alhamdulillah. Masih diberikan nikmat untuk terus hidup. Masih mampu bernafas tanpa sebarang sekatan atau halangan. Tubuh badan yang sihat tanpa adanya sebarang penyakit yang menjengah (Sehingga ke detik ini. Esok lusa di luar pengetahuan me pula), dikelilingi oleh insan-insan tersayang, keluarga tercinta. Si suami pujaan hati pengarang jantung belahan jiwa, anak-anak-anak yang Ummi kasihi, serta keseluruhan ahli keluarga me yang besar jumlah ahlinya, kawan-kawan di alam maya dan tidak lupa sahabat-sahabat sejati yang berjanji untuk setia hingga ke mati. Betapa bertuah diri ini hidup dikelilingi kalian. Membuat hidup me bahagia tidak pernah suram. 

Semoga hari-hari mendatang, akan lebih membawa kebahagiaan dan kejayaan. Di dunia. Juga di akhirat sana. Bukan untuk diri sendiri malah me doakan untuk semua sekali.

Terima kasih di atas ucapan kalian. Setiap tahun tidak culas untuk mengucapkannya. Mendoakan yang baik-baik dan menyayangi me seikhlas hati. Tidak terbalas rasanya budi. Di atas tulus ingatan yang telah diberi. Me sangat-sangatlah menghargai. Kalian akan sentiasa me ingati. Abadi bersemi. Di lubuk jiwa yang paling dalam. Itu sudahlah pasti sekali!

Bicara ini me akhiri di sini. Sehingga kita bertemu lagi. Jaga diri. Hiasi peribadi. Semoga hidup kita lebih diberkati oleh Ilahi.


Salam seribu kali sayang,

Wati


Published with Blogger-droid v2.0.4

4 comments:

Zana Nordin said...

HAPPY BIRTHDAY DEAR KAK TIE

moga terus diberkati
dirahmati
dan dipermudahkan segala ursan di dunia ini juga insya allah di akhirat nanti...

muuaaahhh
love u kak

MamaYatie said...

happy birthday my twin!
bila smp birthday,mesti ingat ti!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

happy birthday T....

moga dirimu sentiasa diulit kebahagian di dunia mahupun di akhirat kelak... amin..

akak tumpang seronok mengikuti kehidupan T yg penuh kebahagiaan disamping suami & anak3 tersayang.. bertuah T...

wati said...

happy besday T...

moga diberkati dunia akhirat, amiin.