Monday, April 23, 2012

KECEWA

Rasa kecewa yang teramat. Sangat. Rasa dikhianati. Bukan sekali. Malah sudah berkali-kali. Sampai aku dah naik lali. Meluat pulak rasanya di hati. Dah berjanji tak mahu buat lagi tetapi janji cuma tinggal janji. Janji yang tak pernah kamu tepati. Cuba jangan dengar cerita sebelah pihak saja. Be fairlah! Mulut tu kalau bercakap, menuduh, mengutuk bukanlah main sedap lagi. Cuba tanya me depan-depan. Face to face. Me tak de hal nak jawab. Ni main cerita belakang apa kes der?

Selama ni aku dok buat baik pun kamu kutuk. Apa pun kamu tak sebut. Itu dah buat baik tu. Sekarang aku rasa nak buat jahat pula. Boleh? Kan? Tak pernah puas dengan apa yang telah aku buat. Aku bagi. Bukan nak mengungkit. Bukan nak berbangkit tapi kalau dah over sangat, melampau begini, aku sudah tidak tahan lagi. Apa yang kamu rasa nak buat selepas ini, sila. Jangan segan-segan sebab aku dah tak ambil peduli. Aku rugi? Apa aku kesah pun!

Hati ini hampa dan kosong. Pabila teringatkan perbuatan kamu, kamu dan kamu. Bendanya tidak seberapa. Ibarat cuma sepatah ayat. Kamu karang seperenggan. Perenggan demi perenggan. Menzahirkan sebuah karangan yang maha dahsyat untuk dibaca. Tetapi akhirnya, yang disalahkan, siapa lagi kalau bukan aku. Aku juga yang kamu nampak buruknya!

Sesekali terlintas difikiran, kan bagus kalau selama ini aku tidak berbuat baik kepada kamu. Tidak perlu menabur budi seperti selalu. Aku bukan minta balasannya. Cukup sekadar ingat dan hormatlah orang yang telah membantu kalian selama ini. Ini tidak, lagi kita dituduh dikutuk tanpa henti. Sedarlah diri sebab aku dah mula sedar sekarang. Aku seorang yang sangat bodoh bergelumang dengan permainan kalian ini.

Aku mahu tarik diri. Jangan diganggu aku lagi. Full stop. Titik.


Published with Blogger-droid v2.0.4

4 comments:

Emy Omar said...

Jangan sedih,jangan kecewa...itu semua lumrah hidup yang mematangkan kita. Cheer up my dear friend,I always here by your side...hugssssssss

mamawafiy said...

hmm....sabar byk2 tie...jgn layan dah org camtu..walaupun x tau apa2 pasal benda ni.percayalah, Allah itu Maha Adil

~LoVE PiNk~ said...

dont give up..

wati said...

Salam T..

serahkan segalanya pd Allah SWT..dia maha mengetahui segalanya..