Posts

Showing posts from May, 2012

HONEY : 4 BULAN

Image
Assalamualaikum...

Honey sudah menjengah ke usia 4 bulan. Alhamdulillah, Honey sihat dan semakin membesar. Sudah boleh dibawa "bergurau" mahupun "berbual". Keletahnya kekadang membuatkan me tersenyum ketawa. Ada saja aksi barunya setiap hari yang mencuit hati ini. Rasa nak beranak ramai pun tak apa kalau dapat anak cerdik tak banyak kerenah gini tau! Hehehe... Adoiyai...

Apa yang Honey dah boleh buat menjenguk ke usia 120 hari?

* tak meragam sangat tatkala dibawa berjalan ke lost world of tambun (5.5.12) dan gold coast morib resort (6.5.12). Merengek nak menyusu saja. Dalam kereta pun tidur saja. Tak susah mana menjaga kamu sayang!

* honey dah pandai sembur air liur (7.5.12). Jangan bagi rambut ummi botak sudah iye? ;-)

* honey dah mula tidur secara mengiring (8.5.12)

* pantang letak atas tilam, nak berbalik badan aka meniarap saja kerjanya (9.5.12)

* honey baik-baik saja tak meragam temankan ummi ke spa ;-) (10.5.12)

* tersengih-sengih lepas bf. Perut kenyanglah katakan!

SELAMAT HARI GURU!

Image
Assalamualaikum...

Selamat Hari Guru buat warga pendidik. Jasa murni kalian akan dikenang sampai bila-bila pun. Mulianya diri kalian mengajar anak-anak bangsa tanpa jemu dan ragu. Ibarat lilin, rela membakar diri demi kebaikan anak-anak murid. Sekadar ucapan terima kasih tidak memadai. Namun yang pasti, namamu teratas Cikgu! Penghormatan yang besar diberi. Semoga cikgu-cikgu terus diberkati Ilahi. Amin.

Terima Kasih. Ikhlas dari hati ini.
Published with Blogger-droid v2.0.4

44? 60? 100?

Image
Assalamualaikum...

Me dah habis berpantang. Hari ini dah menjengah ke 108 hari. Berpantang anak ke tiga ini tidak seperti berpantang anak-anak sebelum ini. Me "melasak" (buat kerja rumah dan berjalan jauh) juga dah mula makan bermacam-macam selepas menjengah hari ke 60. Kalau dulu boleh bertahan minum air berais selepas 100 hari, sekarang hari ke 60 air berais sudah selamat dibalun. Tetapi tidaklah secara kerap. Berpada-padalah. Me beringat juga. Tak tahan maaaa. Cuaca too hot lately!

Makan pun sama. Tak ada berpantang dah cuma yang berunsurkan bisa, tajam dan sejuk me belum sentuh. Aaaah! Sangat teringin minum air kelapa muda sama itu gulai tempoyak ikan patin. Tunggu setahun baru berani makan. Tapi atas orang-orang kot cause ada yang dah makan even anak belum cukup setahun lagi. For me biarlah dulu. Masih boleh bertahan ni. Kalau dah tak tahan, me makan aje! :-)

Honey semakin membesar aka melasak. Dah boleh mengekek gelak ketawa bila ditegur atau diagah, main sembur air li…