Monday, May 14, 2012

44? 60? 100?

Assalamualaikum...

Me dah habis berpantang. Hari ini dah menjengah ke 108 hari. Berpantang anak ke tiga ini tidak seperti berpantang anak-anak sebelum ini. Me "melasak" (buat kerja rumah dan berjalan jauh) juga dah mula makan bermacam-macam selepas menjengah hari ke 60. Kalau dulu boleh bertahan minum air berais selepas 100 hari, sekarang hari ke 60 air berais sudah selamat dibalun. Tetapi tidaklah secara kerap. Berpada-padalah. Me beringat juga. Tak tahan maaaa. Cuaca too hot lately!

Makan pun sama. Tak ada berpantang dah cuma yang berunsurkan bisa, tajam dan sejuk me belum sentuh. Aaaah! Sangat teringin minum air kelapa muda sama itu gulai tempoyak ikan patin. Tunggu setahun baru berani makan. Tapi atas orang-orang kot cause ada yang dah makan even anak belum cukup setahun lagi. For me biarlah dulu. Masih boleh bertahan ni. Kalau dah tak tahan, me makan aje! :-)

Honey semakin membesar aka melasak. Dah boleh mengekek gelak ketawa bila ditegur atau diagah, main sembur air liur, "berbual", meniarap sambil mengangkat tinggi lehernya, menangis merengek kalau tidak hiraukan dia, menjilat bibir bila tengok orang tengah makan. Segala yang berkaitan dengannya, menjadi keutamaan me sekarang. Kak Ngah kadang merungut, "ummi tak sayang nur lagi". Abang Adib cool saja. Me sehabis boleh akan melayan mereka sama rata. Sayang mereka semua. Tak lebih tak kurang. Bila dijelaskan kepada nur, dia faham. Dah boleh ummi harapkan dia untuk basuh, angkat, lipat kain. Masak nasi, basuh kasut sekolah, jaga riba adik. Buat homework tanpa disuruh, tolong ummi itu dan ini. Adib pun sama. Tahun ni nak exam UPSR so perhatian yang lebih perlu tertumpu kepada dia juga.

Me sentiasa berdoa semoga dapat menjadi isteri dan ummi mithali kepada suami dan juga my kids. Semoga dipermudahkan segala urusan. Begitu juga me doakan buat kawan-kawan semua.

Honey nak menyusu ni. Me kena stop membebel sekaranglah. Ada masa rajin, blog bakal berupdate.

Jumpa lagi!


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kejap jer dah 100 hari lebih ye T.. kalau org rasa kejap.. bila sendiri bukan main lamanya...

hehe.. serupa ngan anak2 akak bila mereka dpt adik dulu.. ada juga perasaan cemburu tu terutama masa dini dpt haziq.. mungkin sbb dpt adik lambat.. jd dia dah terlebih2 manjanya so bila ada adik dia terasa tak disayangi lagi.. padahal bagi kita tak dibeza2kan pun.. cuma mungkin dah kurang sikit tumpuan pd dia bila kita asyik melayan si kecik... takpela..lama2 nnt nur mesti faham...

mizzura said...

Sweet je panggil honey kan..rasa manis je..tgk honey rasa nk cubit:-)