Wednesday, May 30, 2012

HONEY : 4 BULAN

Assalamualaikum...

Honey sudah menjengah ke usia 4 bulan. Alhamdulillah, Honey sihat dan semakin membesar. Sudah boleh dibawa "bergurau" mahupun "berbual". Keletahnya kekadang membuatkan me tersenyum ketawa. Ada saja aksi barunya setiap hari yang mencuit hati ini. Rasa nak beranak ramai pun tak apa kalau dapat anak cerdik tak banyak kerenah gini tau! Hehehe... Adoiyai...

Apa yang Honey dah boleh buat menjenguk ke usia 120 hari?

* tak meragam sangat tatkala dibawa berjalan ke lost world of tambun (5.5.12) dan gold coast morib resort (6.5.12). Merengek nak menyusu saja. Dalam kereta pun tidur saja. Tak susah mana menjaga kamu sayang!

* honey dah pandai sembur air liur (7.5.12). Jangan bagi rambut ummi botak sudah iye? ;-)

* honey dah mula tidur secara mengiring (8.5.12)

* pantang letak atas tilam, nak berbalik badan aka meniarap saja kerjanya (9.5.12)

* honey baik-baik saja tak meragam temankan ummi ke spa ;-) (10.5.12)

* tersengih-sengih lepas bf. Perut kenyanglah katakan!

* dah pandai mencebik bibir (11.5.12)

* dah boleh bagi respon gelak sampai keluar bunyi "hahaha" bila diagah terutama diagah oleh abangnya, adib (11.5.12)

* akan cepat lena bila dipasang zikir

* dah pandai gelak kuat-kuat (12.5.12)

* honey suka bergurau tau. Tersengih tergelak kalau orang dok agah-agah dia

* honey memang tidur secara meniarap kini. Dan memang tidur lena. Kalau tidur secara terlentang, mudah terkejut dan terus terjaga.

* 18.5.12, honey menangis mengamok. Masa tu ummi tengah dok masak. Kesian abang dan kakak dok pujuk dan dukung

* 19.5.12, honey memberikan sokongan padu kepada pasukan kelantan melawan sime darby fc. Galak sungguh dia dok "menjerit" aka mengekek-ngekek. Alhamdulillah, kelate meney walau dengan hanya jaringan gol penalti ;-)

* honey dah boleh berguling-guling badan 360 darjah (19.5.12)

* 20.5.12, kuat honey dok mengekek gelak tatkala diagah abang adib. Sambil mengerakkan badannya ke kiri dan ke kanan, terlompat-lompat kau!

* 22.5.12, dah mula letak honey di atas tilam nipis di atas lantai. Takut honey jatuh dari atas tilam tebal tu

* 23.5.12, seluruh tilam dijelajah honey. Nak bergolek baring atas lantai mozek sudah ini budak. Sangat-sangat aktif!

* 24.5.12, bawa honey check up di klinik kesihatan simpang songsang. Honey sudah seberat 6.18kg. Nurse tegur "honey datang bulan depan untuk cucuk 5 bulan ye?" and you know what? Honey menjawab "aaaaaa". Ha! Iyekanlah honey! Sakit awak tau kena cucuk nanti! Hehehe...

* 25.5.12, ke kuala lumpur. Tidur di rumah my sil. Mak ayah mertua dan adik -beradik hubby berkumpul. Pesan kat honey "tak payahlah bangun menyusu, ummi nak tidur" dan memang honey tak bangun menyusu pun! Bangun at 5.45 pagi pada 26.5.12 tu saja. Gerak ummi solat subuh tu ;-)

* 1st time bawa honey ke mid valley. Mujur tak meragam. Tidur saja dia. Time nak bf, ummi ke toilet. Ada bilik cantik untuk bf dan tukar lampin honey.

* pergi rumah my bil di selayang, honey sakan dok berbual dengan mak long, pak long, abang dan kakak sepupu. Merengek time nak bf saja.


* honey dah boleh memegang barang seperti baju dan bear (gambar di atas). Juga dah masukkan jari-jari ke dalam mulut untuk dihisap

Me dah jarang update blog. Dok upload gambar di instagram aje. Berpaling tadah sudah!

Search for me honey_madu at ig ye! XD

Thank you and good night!


Published with Blogger-droid v2.0.4

3 comments:

Mamasya said...

Salam T.comei baby Honey...dah pandai mcm2...seronok baby tgh membesar ginikan...

~LoVE PiNk~ said...

comei bangat baby tue..

salam jumaat..

munna said...

berat juga baby Honey ye...mesti montel dan gebu pipi dia ni