Friday, May 18, 2012

SPA LE JASMEEN

Assalamualaikum...

Last week, 10512, me ke Spa Le Jasmeen. Bawa Honey sekali. Pergi dalam pukul 10.30 pagi dan pulang ke rumah sekitar jam 3.00 petang. Eh! Lama tu! Apa yang me buat berlama-lamaan di spa ni ye?

Inilah dia spanya. Cantikkan suasananya? T rasa tenang yang amat setiap kali berada di sini. Itu yang selesa duduk lama-lama tu. Tuan punya spa yang baik, ramah dan gojes tentunya, Reena dan juga staffnya Anna yang melayan T dengan penuh mesra sekali. Bukan mesra pura-pura ok? Anna yang dok melayan Honey ketika me tengah bersauna. Tq so much Anna di atas layanan yang telah diberikan! Nak tahu lebih lanjut tentang spa ini, You ols boleh lihat di blognya, http://lejasmeenspa.blogspot.com atau cari di Facebook, Le Jasmeen Spa.







Ini adalah bilik untuk rawatan sauna. Ia dipanggil ”Sauna Herbs”. Ada kerusi di dalam kelambu putih ni. Dok relax santai sensorang. Tenangnya dok melayan perasaan sambil diiringi alunan muzik instrumental.



Selepas bersauna selama 30 minit, me berehat sebentar sambil duduk menyusukan Honey. Dan sambung membuat rawatan melulurkan badan pula selepas menidurkan anak daraku itu.



Miss Honey yang ketiduran selama Ummi berlulur badan :-D



Selepas berlulur satu badan aka body scrub selama 30 - 40 minit, (Anna menggunakan campuran limau nipis dan serbuk kulit kayu manis, which is sangat baik untuk membuang lelemak degil di badan, terutama tubuh badanku ini :-p), me bermandi susu aka milk bath pula. Suka pada baunya! Duduk beremdam di dalam bathtub ini selama 20 minit. Badanku semerbak harum bersih mewangi sesudah dibilas air bersih. Ececececewah! Eh! Betullah tu! Cewah cewah apa pulak! Mana ada me tipu! Betul! Kulit rasa bersih saja. Lembut gebu! Awwww!

Selepas mandi, me menyusukan Honey yang sudah mula berjaga. Kemudian bergegas ke sekolah untuk mengambil Nur. Adib balik lewat coz ada kelas tambahan. En. Suami yang ambil Adib pula di sekolah. Kemudian me balik semula ke spa untuk membuat rawatan facial pula.



Rawatan terakhir, buat facial. Facial Treatment Pearl Collagen With Eye Treatment Mask. Lepas buat facial selama satu jam lebih ni, ku sapu kulit pipiku. Aduh! Gebu amat dong! Hehe... Poyo ajer ah kamu ni Wati! But credit to you Anna! Next month Kak T g buat treatment lagi eh?



Miss Honey yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada Ummi selama Ummi membuat rawatan. Tq anak Ummi! Ummi sayang sayang sayang bangat sama Honey!



Sekarang bulan Mei, Spa Le Jasmeen ada buat promosi tau! Apa lagi, buatlah temujanji sekarang! Gerenti uols berpuas hati okey!

By the way, T dapat mangkuk sup ini sempena hari ibu semasa membuat rawatan di sini. I like! Thanks again Reena!



Ooops! I tak ada sebarang kepentingan dok promote spa no hokey? Sekadar nak berkongsi cerita saja. Benda baik memang bagus kita share samakan?

No comments: