Posts

Showing posts from July, 2012

HONEY MELASAK

Image
Assalamualaikum...
Iye, Ummi sudah boleh menerima kenyataan ini. Honey semakin melasak. Masuk bawah kerusi, jelajah hampir ke seluruh ruang tamu, menjilat lantai dan perabot bagai dan terkini memecahkan tangkai mug yang diletakkan di atas lantai. Nasib baik tak luka apa. Ummi tinggal sekejap aje pun nak menjemur kain di belakang rumah. Haip!
Apa-apa sajalah Honey. Ummi bersedia menghadapi. Just bring it on! Buatlah apa sahaja asal jangan memudaratkan dirimu. Melasaklah semahumu!
Ummi sayang anak Ummi ni banyak-banyak-banyak!Published with Blogger-droid v2.0.6

HONEY MENGEMOP LANTAI

Image
Assalamualaikum...
Honey membantu Ummi mengemop lantai today. Kelihatan licin dan bersih permukaan lantai jubin di ruang tamu ini ye tuan puan. Terima kasih ye nak!
Haish kamu budak kecik! Hamboi! Tak lama lagi pandai pulak dok kutip bendasing "puap boh daley mulok tu" (makan segala benda yang dijumpai di atas lantai). Semalam dok tarik dah plastik pengalas meja makan, (Ummi dah buang dah masa sahur tadi plastik dan kain alas meja tu)  today ini pulak aktivitinya.
Puas Ummi kutip dan g basuh tangan dia. Ada habuk melekat di tangan. Nanti dok hisap jari-jari tu pulak.
Sokmo kena alert dengan pergerakan dia sekarang. Ummi tak leh lalai langsong! Tugas baru menanti Ummi. Day by day, ada-ada saja peel kamu Honey!
Haip!
Honey madu Ummi...Published with Blogger-droid v2.0.6

HONEY: 6 BULAN

Image
Assalamualaikum...
Honey berusia 6 bulan aka 181 days today. Alhamdulillah. Honey sihat walafiat. Diari Honey menjengah ke usia sekarang;-
* (26612) adik bongsu t datang membawa suaminya ke rumah. Honey galak menggelekek ketawa bila mana Pak Su dok geletek perut dia  :-)
* emak t pun datang ke rumah. Honey yang berada di ribaan neneknya sebok dok menari-narik kain tudung dan baju neneknya.
* Honey menonggek-nonggek semasa bergolek. Macam nak bangun merangkak.
* (27612) keluar dinner di Chatin, Mentakab. Makan Stimboat di House of Stimboat with my sisters. Honey duduk diam di atas ribaan Mak Long dan Mak Ngahnya.
* (28612) Honey tak bangun breast feeding pun malam ni.
* (29612) Honey bangun berjaga untuk breast feeding 3 kali malam ini. Lepas bf, senyap je dok ralit tengok lampu merah yang Ummi dia beli di IKEA.
* Abah bawa Honey g sekolah masa nak menghantar Abang Adib dan Kak Ngah. Suka benar dia dapat naik car!
* me ke sekolah my kids. Ambik report card mereka. Nak ke kelas Adib, kena naik t…

GERAI KAK LONG

Image
Assalamualaikum...Hari ni my Kak Long ajak berbuka di gerainya. Di hadapan kedai SAKAN di Temerloh. Kak Long masak Gulai Lemak Cili Api Siput Sedut, Sambal Lala, Ikan Goreng, Sambal Paru dan Kangkung Belacan. Ada Ayam KFC juga Air Oren Sunquick. Mr. Hubby pula belikan Murtabak, Air Kelapa dan Air Katira di Pasar Ramadan.Alhamdulillah! Terima Kasih Kak Long & Co.Published with Blogger-droid v2.0.6

RAMADHAN KAREEM

Image
Assalamualaikum...
To all my families, my friends, my readers and my followers;
Selamat menjalani ibadah berpuasa. Ramadhan Kareem 1433H.Published with Blogger-droid v2.0.6

HONEY : 5 BULAN

Image
Assalamualaikum...

Honey dah masuk 5 bulan aka 150 hari pada 260612 yang lalu. T bawa Honey g cucuk di Klinik Kesihatan Simpang Songsang pada 210612. Honey tak menangis langsung! Bagusnyalah anak Ummi ni!   :-)

Apa yang Honey dah boleh buat sekitar umur ini ye?

* (27512) Honey dah mula menarik-narik rambut Ummi dan Kak Ngahnye. Adoi! Sakit ok?

* (27512) Suka hisap jari-jari. Sumbat jari-jari dalam mulut.

* (270512) Honey teman Ummi shopping di IKEA  :-)

* Jadual breastfeeding, pukul 3.30am & 6.00am. Ada jugak bangun bf sekali sahaja iaitu pada pukul 5.40am.

* Makin demand. Time dia dah berjaga nak Ummi ada saja di samping dia. So kerja-kerja rumah Ummi kenalah tangguhkan dulu.

* Merajuk kalau Ummi lambat bagi susu.

* (290512) Honey tarik rambut dia sendiri, dia menangis. Honey cakar muka sendiri dan menangis. Adoiyai!

* Suka main kejar-kejar. Abah dukung Honey dan kejar Ummi. Galak je dia dok gelak!

* (30512) Dah tido pun buleh bangun bila abahnya pulang ke rumah. Daddy's girl …