Wednesday, July 04, 2012

HONEY : 5 BULAN

Assalamualaikum...

Honey dah masuk 5 bulan aka 150 hari pada 260612 yang lalu. T bawa Honey g cucuk di Klinik Kesihatan Simpang Songsang pada 210612. Honey tak menangis langsung! Bagusnyalah anak Ummi ni!   :-)

Apa yang Honey dah boleh buat sekitar umur ini ye?

* (27512) Honey dah mula menarik-narik rambut Ummi dan Kak Ngahnye. Adoi! Sakit ok?

* (27512) Suka hisap jari-jari. Sumbat jari-jari dalam mulut.

* (270512) Honey teman Ummi shopping di IKEA  :-)

* Jadual breastfeeding, pukul 3.30am & 6.00am. Ada jugak bangun bf sekali sahaja iaitu pada pukul 5.40am.

* Makin demand. Time dia dah berjaga nak Ummi ada saja di samping dia. So kerja-kerja rumah Ummi kenalah tangguhkan dulu.

* Merajuk kalau Ummi lambat bagi susu.

* (290512) Honey tarik rambut dia sendiri, dia menangis. Honey cakar muka sendiri dan menangis. Adoiyai!

* Suka main kejar-kejar. Abah dukung Honey dan kejar Ummi. Galak je dia dok gelak!

* (30512) Dah tido pun buleh bangun bila abahnya pulang ke rumah. Daddy's girl betol!

* (31512) Honey flu. Ada hingus. Me terus sapu kunyit hidup di atas dahi dan sekitar hidung. Sekejapan saja flunya hilang. Alhamdulillah.

* (31512) Honey jeles tengok Ummi dan Kak Ngah pelok dan cium abah. Bising terus mulutnya tu.

* Ada masanya juga Honey susah nak lena, pas bf, layan main pelok cium tidurlah dia.

* (1612) Honey jalan-jalan ke Sg. Rambai, Melaka. Dalam car terlompat-lompat. Mulut bising dok berborak.

* (2612) Honey jalan-jalan ke Johor Premium Outlets  :-)  Nasib Honey tak buat perangai. Dia suka ngat kalau dapat berjalan-jalan ni  :-)

* (3612) Honey jalan-jalan ke Muar. Dari Muar, kami singgah di Senawang dan Selayang sebelum pulang ke rumah. Bagosnye Honey tak buat perangai. Tidur je dalam car.

* (4612) Ummi ralit tengok tv, Honey marah bla dia panggil Ummi, Ummi tak pandang dia! Hehe

* (5612) Honey galak dok berborak. Mulut memang bising. Kalaulah Ummi faham apa yang dia cuba nak cakap tukan best?  :-)

* Suka tengok video-video nyanyi abc atau mengaji, berzikir. Ralit tengok tab Ummi.

* (7612) Honey balik Kelate! Mujur tak buat perangai. Tidur je dia. Kalau berjaga pun tak berhenti melompat-lompat!

* (8612) Honey g Kota Bharu. Tok Ayoh tok larak nok dukung Honey. Cucu dia kuat ngat melompat-lompat!  :-)

* (10612) Honey jalan-jalan ke Cherating

* (13612) Abah nk g kerja Honey dok hantar sampai Abah masuk car. Nak ngikotlah tu!

* (14612) Honey tarik baju Ummi. Ngintai dalam baju Ummi. Nak menyusu! Kelakar betul tengok muka dia masa tu. Haha!

* (15612) Kuat bergolek-golek atas toto. Sudah di luar kawalan! Tak larat Ummi dok kutip angkat letak atas toto semula.  Kalau tak angkat cepat-cepat, Honey akan jilat-jilat lantai mozek tu. Eeeiiuuuuwwwww!

* Baru bangun tido dan nampak Ummi di sisi tersengih-sengih dia. Galak dok main dengan Ummi.

* Kalau abahnya ada, Honey akan merengek-rengek selagi abahnya tak tegur dan angkat dia. Nak perhatian saja dia!

* (17612) Honey ke Jerantut. Then singgah balik rumah atok dan nenek di Kuala Krau.

* (19612) Honey akan menjilat-jilat bibir dan seperti mengunyah makanan bila tengok orang dok makan depan dia. Kesian anak Ummi! Nurse cakap 19712 ni nak masuk 6 bulan baru bleh makan bubur nasi.

* (21612) Bawa Honey g klinik untuk dicucuk 5 bulan. Honey tak menangis! Masa Ummi drive nak balik rumah, Honey dah tidur dalam car seat. Kesiannya anak Ummi!

* (22612) Drive balik ke Kuala Krau with my kids. Hubby ke Raub masa tu. Hubby balik ke Kuala Krau lepas settle kerja di Raub. Honey tidur saja sepanjang perjalanan balik ke rumah atok dan nenek dia.

* (23612) Me jadi pengapit adik bongsu kawen. Honey dijaga oleh saudara-mara. Mujur Honey tidur dan tidak meragam  :-) Semua geram dengan Honey dan nak bergambar dengannya. Honey banyak buat collection jugak!  :-) Rezeki Honey. Tq Tq Tq!

* (24612) Kenduri belah pihak lelaki. Di Kuala Krau juga (setaman actually) Then ke rumah kawan T dan Hubby  di Desa Murni, Kerdau. Kenduri kahwin juga. Honey ok tak meragam walau cuaca panas  terik.

* (24612) Angkat punggung tinggi-tinggi dan bergolek laju merata-rata.

* (25612) Berehat baring golek dengan Honey today. Penat berkenduri! Heaven!


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

Cho Zila said...

sangat baguih der perkembangan yang details... suka tapi akak malas nak buat gitu.. mesti bila honey besar nnt suka bacanya..