Tuesday, July 31, 2012

HONEY MELASAK

Assalamualaikum...
Iye, Ummi sudah boleh menerima kenyataan ini. Honey semakin melasak. Masuk bawah kerusi, jelajah hampir ke seluruh ruang tamu, menjilat lantai dan perabot bagai dan terkini memecahkan tangkai mug yang diletakkan di atas lantai. Nasib baik tak luka apa. Ummi tinggal sekejap aje pun nak menjemur kain di belakang rumah. Haip!
Apa-apa sajalah Honey. Ummi bersedia menghadapi. Just bring it on! Buatlah apa sahaja asal jangan memudaratkan dirimu. Melasaklah semahumu!
Ummi sayang anak Ummi ni banyak-banyak-banyak!

Published with Blogger-droid v2.0.6

3 comments:

mountdweller said...

A'kum T,

Rasanya Honey sama umur dengan Haris, cucu uncle. Haris pun dah pandai bergurau dan melasak.

mizzura said...

uishhh...hati-hati barang pecah...budak tengah lasak..rumah ni setingkat ke dua? kalo ada tangga...masakla nak layan dia main tangga nanti plakkan..haha..

k.e.r.i. said...

haih.

comey sangat si Honey.

Uncle Keri nak cium pipi sampai lebam boleh?