Wednesday, August 29, 2012

2 SYAWAL

Assalamualaikum...

20812

Raya ke dua kami ke Kuala Krai. Rumah sepupu Hubby, untuk melawat emak saudaranya juga ke  rumah anak sepupu Hubby, ada majlis menyambut menantu.
Sudah makan, kami bertolak balik ke Pasir Puteh. Jem pun jem, dengan cuaca panasnya. Alahai! Rasa nak dok rumah tak mo g mana-mana dah! Nur masa ni dah demam, muntah dan cirit-birit. Oleh kerana semua klinik ditutup, kami beli ubat di farmasi sahaja. (Anak my bil pun demam panas masa ni, bawa ke wad kecemasan di hospital Pasir Puteh tapi buat penat menunggu aje. 2 jam tunggu ok? Orang ramai. Last-last beli ubat di farmasi jugek!)

Kemudian, Hubby cari barang dapur sikit dengan kakaknya di Pasaraya Pantai Timur. Sebelah malam ada acara bbq, ada Ayam Bakar dan juga cabutan bertuah.
Malangnya daku tak bertuah! Lepas makan terus naik rumah masok tido.
Gegurl dah majuk ok?
:-@


Rumah Sepupu Mr. Hubby




Yang terbaring di tilam dan paling menjadi tumpuan adalah Kakak kepada My FIL. Emak Saudara Mr. Hubby. Kakak My FIL yang sulong manakala My FIL yang bongsu. Adik-beradik My FIL yang lain sudah lama meninggal dunia.





Rumah Anak Sepupu Mr. Hubby. Ada majlis bertunang dan menyambut menantu masa ni.




Anak Abah. Tengoklah mukanya tu. Mengada-ngada ajekan?





Beli barang dapur sikit



Malam BBQ dan Cabutan Bertuah